Monday, December 22, 2008

Makhluk baharu

Makhluk ciptaan agung, berapa ramai yang berfikir dan sudi melapangkan waktu memerhati kejadian setiap makhluk baharu ini? Perhatikan dalam diri dan pertanyaan ulung....Sempurnakah aku yang bergelar makhluk sempurna ini?

Sunday, December 21, 2008

Kuku bima

Bismillahirrahmanirrahim...ini adalah upacara memasukkan aura kuku bima yang berlangsung di Toko Anas Bagan Serai semalam.
Ya...sahabat aku Fuad sedang memasukkan sendiri aura dan kesaktian kukubima yang dicampur merah telur ayam kampung + madu kelulut + madu lebah + macan terbang...maka amat sukarlah kesaktian itu nak masuk sehingga berkeremutlah mukanya menahan siksa aura dan aroma kuku bima tersebut yang sedang memasuki kerongkong...hik!
Setelah ia masuk, maka terbukalah segala urat saraf yang dulu tersentot dan terkatup. Maka kajonglah sang raja urat, ringanlah segala anggota disebabkan menularnya kuasa sakti sang macan terbang itu...hrrrrrrrrr. "Pulang kerumah bisa jadi macan pak!"
Inilah rupanya kuku bima dan kawanannya. Sebut saja apa yang mau, sebut saja apa penawar yang di butuhkan, maka di sini ianya ada...
Kopi pra campuran "bapak tarik", tak pernah dengar dan rasa...baru semalam aku tengok. Buat pria yang ganteng pak!

Project pagi-pagi

Project awal pagi, tepi longkang, sambil cuba-cuba yang terbaik - dapatlah jugak gambar embun di dedaun rumpyt tu. Sejuk-sejuk pagi, sejuk lagi siku aku kena embun...
Oleh kerana tak ada orang nak tolong ambil gambar aku, lantas aku mengarahkan camera aku sendiri ambil gambar aku hehehe. Lantaklah, janji gambar jugak walaupun tak sempurna macam gambar, tak nampak muka bukan salah aku, tapi camera tak kerjasama...hehehe

Friday, December 19, 2008

Jari

Dah menjadi rutin harian aku, setiap pagi buka email - jawap apa yang patut. Kadang-kadang aku jadi termanggu-manggu apa yang nak ditaip, acapkali juga aku cuma membaca tanpa menjawap apa-apa soalan. Ada soalan, ada jawapan, tapi selalunya kita tidak menjawap soalan dengan tepat, penuh dengan liku bahasa pelik yang sukar manusia lain untuk mengerti.
Ada ketikanya aku jadi kaku seribu bahasa. Jari-jari aku semacam keras atau lembik tidak bermaya untuk mengungkapkan sesuatu dengan seseorang. Layakkah aku memberi nasihat sedangkan aku masih memerlukan nasihat? Bolehkah aku memberi buah fikir yang bagus-bagus sedang aku sendiri masih mendambakan ilmu dari orang lain ?
Banyak soalan duniawi masih belum terjawap oleh aku. Banyak sudah individu yang kononnya mereka ahli fikir cuba menjawap persoalan yang sama dalam diri aku, namun kelihatannya begitu dangkal malah kedangkalan itu diresponkan terlalu baik oleh para pemikir yang lain. Di jalan benarkah aku bila aku menolak ratusan respons lain itu sedang aku cuma berpandukan senaskah tafsir dan sebaris hadith?

BAKIS oh BAKIS

Minggu lepas, BAKIS AGM berlangsung dengan suasana harmonis, tidak ada perkara besar dibangkitkan dalam meeting kalini. Aku masih dipilih sebagai AJK walaupun pada dasarnya aku memang nak melepaskan jawatan yang kujawat sekian lama. Muka baru juga hadir bagi mewarnai BAKIS kalini. Mudah-mudahan tidak berlaku seperti dahulu, masing-masing menarik diri atas alasan tidak layak, sibuk, bagi pada orang lain...walhal pintu pahala cukup terbuka di sini. Aku cuma mengambil peluang sekali untuk bercakap didalam majlis, diwaktu lain aku cuma mendiamkan diri, samalah microphone yang tertunduk malu, enggan mengeluarkan suara, prejudis, hambar...yang penting selepas ini ada orang lain yang sama-sama mengorak BAKIS selangkah lagi kehadapan - bukan tertinggal jauh entah dimana...sebab tidak ada yang prihatin dan peduli.

Wednesday, December 17, 2008

Hidup limau dan anggur

Semalam jam 5.30ptg, aku keluar dari office terus ke Medan Selera Kemunting kerana paksu aku sudah menunggu untuk minum petang. Bergegas aku ke sana pasal pentingnya menghargai pelawaan seorang bapa saudara ni. Cadangan awal nak pekena bihun sup, tapi sebab terlalu awal, si Shahril belum ready lagi, so kami mengambil tempat di belakang gerai menghadap tapak pasar malam. Kebetulan semalam ada pasar malam di situ.
Aku memang jarang ke pasar malam sebab aku tak suka langsung tempat macam tu...tempat yang senangnya mendapat dosa. Peniaga yang senang mendapat dosa keana nak menjual, pembeli yang senang mendapat dosa kerana asbab yang boleh mendatangkan dosa juga. Jadi aku cukup mengelak bila nak ke pasar-pasar malam.
Dalam berbual rancak, datang seorang tua kenalan paksu aku, singgah sebentar menghilangkan lelah dengan kopi o, sedang di tangannya masih memegang seplastik penuh dengan buah limau. Di dalam beg plastik itu ada lagi satu beg plastik lalu diasingkan dua biji limau sementara selebihnya diberinya pada kami berdua untuk makan atau bawa pulang. Kami jadi pelik kenapa begitu. Selamba dia berkata _ "tadi nak beli 2 biji saja, tapi peniaga tak mau jual, jadi aku belilah sepuluh, yang siap dalam raga kecik tu, aku beli untuk mak ngah hang je, aku tak makan...kat rumah tinggal berdua saja". Faham la duduk perkara.
"Cuba hangpa tengok tu" mulut dia menjuih kesatu pasangan..."tu baru kawin tu...inai berjalur kat kaki pompuan tu, tengok...mesti laki dia beli buah anggur punya". Memang betul, lepas 2~3 kali belek buah lain, sisuami memang beli buah anggur...hehehe. "Mana pak cik tau?" aku saja gatal mulut tanya....
"Dulu masa pakcik baru kawinpun selalu beli buah anggur untuk makcik hang, tapi la ni beli buah limau je pasal dia nak kawal darah tinggi dia" oo...!
"Apa kaitan buah anggur dengan masa mula kawin pakcik?". Dia sambung lagi..."baru kawin tu semua manis, nak makanpun yang manis2, cakappun manis2 belaka, kentut depan mukapun masih senyum manis hehehe. Bila dah lama kawin semua nampak hambar, tawar pasal tak ada masa-masa manis, yang ada kencing manis mula nak mai macam aku ni!!"
Aku dengan paksu gelak saja bila dia buat lawak, tak terfikir langsung hal2 macam tu hehehe. Tapi petang semalam semasa nak kebilik air aku terima sms dari seseorang yang menyatakan perasaan kosongnya terhadap pasangan hidupnya...
...aku terfikir semula kata-kata pakcik tu tetapi mungkinlah berbeza keadaannya...mungkin dulu minumannya bersusu, tapi sekarang sudah "O" sebab faktor usia atau sudah berubah seleranya pada minuman yang lebih hangat...mungkin saja.

Tolong aku yang sedang FIKIR.

Sunday, December 14, 2008

Bius

Agaknya mungkin begini rupa orang dibius cinta. No words, speechless, day dreams and finally say "wa aini" (chinese word) hahaha.

Wednesday, December 10, 2008

60's Volkswagen




Wow!! How they turn this old wreck to be a sweet preety Volk?? Costly maintainance I think...
According to the owner, he spend a lot on his lovely ride. For the whole body paint cost him RM5.0K, how about the other parts?? Jangan fikir la beb!! Love will turn u to be crazy hehehe...tepuk dada, jangan tanya selera tapi tanya poket - half or full?

Jaga anak?

I really respect to my brother...bapak mithali hahahaha. Those day, I can't do this,i don't have a chances to act like this...

Puteri mandi



A day before Idul Adha, my mum called for desert preparation, and cellebrating it among family members. Of course, my "anak saudara" take part for these 'gentel' puteri mandi deserts but sadly said, I missed to enjoy the desert....It was finish before my "body container" free from other foods.
Huuhuuu.

Thursday, December 4, 2008

Gawat

SUSAH, memang susah nak di ungkapkan. Barangkali tidak ada ucapan yang perlu di lontarkankan dari mulut kita. Sewaktu bergegas keluar tadi subuh , dengan otak yang angankan sesuatu yang enak untuk dimakan, terpandang dari dalam kereta semasa di lampu merah, seorang lelaki separuh umur mengangkat seguni yang entah apa di dalamnya. Pada fikiran aku, mungkin getah sekerap untuk di jual kerana bentuknya persis guni orang bawa getah sekerap hasil torehan semalam, atau ubi kayu?? Tapi nyata meleset bila mana nampak berkeliaran anak-anak kucing yang baru kenal dunia, terpinga-pinga di tepi jalan. Selepas ini kemana anak-anak kucing itu melarat, mengiau minta di belas. Ibunya tiada, kesian.

Terfikir juga dalam hati, inilah akibatnya jika kucing terlalu banyak di rumah, atau mungkin sesuatu onar sudah dilakukan oleh kucing-kucing itu hahaha, atau kantung tuannya sudah mulai tidak pernah penuh lagi seperti dulu akibat ekonomi yang meleset.

KITA?? Mungkin besok, lusa atau suatu hari nanti akan diberitahu oleh majikan kita, kamu boleh pulang kerumah, rehatkan minda, jangan susah hati, kami akan hubungi kamu secepat mungkin...ATAU, maaf...kamu sudah tidak diperlukan lagi. Di luar pagar sekumpulan warga Myanmar, Vietnam, Indon sedang sabar menunggu untuk memenuhi ruang-raung kantor kita...atau seluruh premis rezeki kita.

Ketika itu, apa yang harus kita lakukan dengan keadaan sekarang yang terlalu meruncing, gawat politik, rasuah, kronisma, tolak agama, pijak kepala, hentam kromo, tidak bersatu di bawah lembayung agama? Sedangkan bangsa lain, sudah menunjukkan sifatnya yang tidak ubah seperti heina yang menunggu peluang mencarik-carikkan daging mangsa sang singa yang lapar serta kedekut itu??

FIKIR....

Bihun sup Railway


Petang Rabu baru-baru ni, aku singgah lagi kewarung Shahril. Memang aku dah gian bihun sup "railway" terutama sos kicapnya. Memang kalau tanya kepada sesiapa yang meminati bihun sup railway ini memberi komen sama macam aku. Kekuatan bihun sup ini terletak kepada sos kicap cabainya. Ayamnya disalai terlebih dahulu baru dibuat sup. Lepas makan for sure berpeluh punya hehehe.
Suatu ketika dahulu aku jadi pelik, kenapa di warung shahril ini tidak meletakkan kipas angin, at least pelanggan tak panas. Ringkas jawapannya..."nanti lepas makan orang duduk lama-lama melepak sedangkan pelanggan lain sedang menunggu. Jadi aku tak mau letak kipas"...sendiri kena fahamlah, sebab di warung ini kalau nak makan bihun sup kena tunggu agak lama sebab ramainya pelanggan, paling cepatpun 1/2jam huuuu. Ada baiknya warung ni ditukar nama kepada "warung sabar menanti". Pada yang tak pernah makan sila singgah di railway station Taiping antara jam 9.00pg ~ 12.00tghari dan petang di Medan Kemunting.
Adios

Monday, December 1, 2008

Wan.Soo dan mekah.

Ketika aku menulis ini, sahabat aku ini mungkin sedang sebok tawaf keliling ka'abah. Sudah sampai gilirannya setelah sekian lama menyimpan niat dan wang. Mudah-mudahan dia membawa pulang seribu rahmat dan haji yang mabruro.
Aku masih ingat ketika aku berintraksi dengan seorang mua'lim dari kuala kangsar, ust Ismail, seorang guru tasauf. Hidupnya cuma bertani dan membela kambing untuk saraan keluarganya. Aku jadi kagum dengan ketabahan beliau. Dengan membela kambing itu, beliau sudahpun 3x menunaikan haji. Sekali dengan hasil titik peluhnya dan lagi 2x rezeki Allah yang membawanya kesana katanya (orang sponsor).
Ada yang menunaikan haji kerana mereka ada wang, ada yang ke mekah kerana title "al-hajj", ada yang ke sana kerana mereka diberi kemudahan, dan yang paling menarik katanya orang yang ke mekah itu terbahagi kepada 2, iaitu tetamu dan bukan tetamu Allah. Aku jadi termanggu-manggu berfikir kenapa jadi begitu. Lalu disambung kenyataannya begini;
Mekah itu rumah Allah, sesiapa yang berhajat untuk hadir, boleh hadir...tetapi yang hadir tanpa di jemput bagaimana? Samalah kita ke rumah seseorang, kalau dijemput, bermakna sememangnya kita ditunggu dan dilayani. Bagaimana yang tidak dijemput?? Fikir sendiri...
Dalam kotak fikir aku sampai sekarang masih berfikir, mungkin itulah yang disebut haji mabrur...segala amal ibadat ditahap yang tertinggi nilaiannya. Pulang dengan meninggalkan segala kebobrokan hidup yang lalu. Tidak hairan kalau yang bukan tetamu itu bila pulang mereka masih seperti dulu, tiada perubahan, cuma kepala yang botak selepas tahlul. Perangai dan tutur bicara masih sama. Lihat sendiri sekeliling kita, dan perhatikan sahabat atau jiran kita yang pulang dari mekah nanti, bagaimana.
Wallahua'lam, mudah-mudahan kita adalah tetamu allah yang dijemput nanti. Simpan wang dan niat, paling kurang sekiranya kita mati sebelum menunaikan haji, kita tidak tergolong dalam golongan nasrani atau majussi.

Thursday, November 27, 2008

Malam Jumaat

Semalam, hari Khamis, hari ini Jumaat, penghulu segala hari. Malam tadi malam Jumaat, apa yang istimewa sangat malam Jumaat ni? Kalau otak ‘bias’ dia ingat benda lain, bagi orang yang dah beristeri atau bersuami memang tersenyum-senyumlah, kununnya malam sunat..! Apa yang sunat, sendiri fikirlah beb!

Semasa aku masih dizaman kanak-kanak dulu, tok guru mengaji Quran cuti. Alasannya takut tok guru pendek umur. Wallahu’alam, sampai sekarang aku tak boleh jawab betul atau tidak statement tu, atau ianya mungkin muslihat yang dikatakan sunat. Tapi yang pasti, di surau-surau dan mesjid ramailah berkumpul dalam bulatan, pakat-pakat baca Yaasin berkhalifah, baca ikut tartil dan di tengah bulatan selalunya diletakkan 2-3 jar air. Untuk apa?? Wallahua’lam jugak....! Ceteknya ilmu aku. Aku cuba bertanya, wajib ke sunat ~ jawapnya sama macam aku...wallahua'lam hehehe.

Malam Jumaat macam semalam, kenapa tidak kita ambil peluang muhasabah diri. Sepanjang minggu, sepanjang tahun, apa yang sudah kita buat, apa yang tertangguh dan perancangan untuk besok? Dah hitung ke umur kita berapa sekarang? Hari tua kita yang mungkin ada - mungkin tak ada, atau mungkin sekejap lagi kita berhijrah....Kalau berhijrah kealam lagi satu, macamana?? Bekalan cukup ke?? Anak isteri macamana?? Harta-harta kita??Aduh!! Semua kita tak tahu apa nak jadi, nak meneka tidak boleh walau seminit kehadapan, jawapan tidak ada ...ramalan ada, tapi kita malas nak ambil pusing, malas nak selak helaian kitab.

Oleh itu sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama tidak mengabaikan Al Quran. Sehari, semuka pun jadilah. Nanti Quran tu dakwa kita pulak sebab abaikan dia. Seronok- seronok juga, yang ni jangan dilupa. Tak boleh laju, pelahan-lahan baca. Akupun macam tu jugak...tapi cuba jugak baca ditemani bebayang kedai kopi, starbuck, old town, kopitiam dan suasana riuh peniaga pasar malam yang melambai dan cukup menggoda. Ditambah lagi dengan sms yang bertali arus dengan ayat-ayat cinta..."jom minum yeop!!" hmmm.

Sebaik-baik insan, adalah insan yang meluangkan sekelumit waktunya bersama keluarga, sahabatnyanya mengingati Allah dan Rasul, janji baiknya serta janji kemurkaannya. Aku takut - aku tak sempat nak buat macam tu pada orang~orang yang disayangi dan sahabat-sahabat sekeliling aku.

Hari ini hari Jumaat, insyaAllah kita ke mesjid menunaikan solat fardhu Jumaat. InsyaAllah, aku takkan terlelap dari awal hingga akhir khutbah, kalau terlelap juga, nampak gayanya, aku memang ada ‘penyakit’.
Saja memperingatkan diri aku dan teman-teman yang mungkin terlupa...bahawa kita memang ada penyakit.


Adios

Tuesday, November 25, 2008

Ulat "danung"

Semalam, yang basah….semua basah termasuklah keter singa buruk aku. Taiping ni memang terkenal dengan jolokan "the rain town" kat Malaysia. Negeri lain atau pekan lain tandus, di sini hujan jugak. Sebelum ni sekira-kira sudah 2 minggu kering kontang, setitis hujanpun tak turun. So semalam juga aku pergi car wash, cuci keter aku yang berdebu tu. Memang pantang agaknya bila setiap kali aku basuh keter, esoknya hujan mesti turun, atau mungkin kebetulan hujan nak turun, no komen…hehehe, tapi yang pasti keter aku berkilat-kilat semula bukan sebab cat baru, tapi ada coating dengan air, bila malam nampak berkilat.



Kemunting berwajah baru, sana sini sudah bertukar dari semak samun ke deretan rumah kedai. Apa yang tak ada? Semuanya tumbuh macam cendawan lepas hujan. Siap dengan segala macam tempat hiburan, dari snooker, cyber sport, jamming studio, bowling dan paling banyak karaoke bawah pokok manggis. Di sini memang terkenal dengan karaoke pokok manggis ni, kerana yang menjadi pelanggan tetapnya adalah golonga 50an keatas. Nampak dah terhinggut-hinggut jalanpun, karaoke lagi bawah pokok tu. Apa nak buat, itulah peredaran zaman dan tempias
keberengsekan budaya itu mungkin terkena pada kita atau suku sakat kita nanti kalau tidak ada suatu benteng.
Mesjid kemunting, antara mesjid tertua daerah Taiping. Sudah di ubah suai dengan bantuan penuh kerajaan, tetapi wang simpanan lesap di bawa arus politik dalam mesjid. Dulunya mesjid ini mempunyai 1500 batang tiang-tiang yang menyokong bangunan lama ni, sekarang tiang kayu sudah di ganti dengan konkrit, dan kubahnya juga di tukar dengan yang baru. Kosnya?? Menimbulkan tandatanya…Ada sesuatu yang pelik, tentang mesjid ni, dulu semasa tiangnya banyak, kuliahnya hampir setiap hari dan pengejar ilmu mengerumuni setiap malam. Sekarang tiangnya sudah berkurang, kuliahnya 30 kali sebulan, penuntutnya tidak seramai mana. Mungkin sebab tiangnya sudah berkurang dan pengunjungnya sudah tidak boleh menyandarkan badan-badan mereka masa mengaji…mungkin!

Papan tanda ni dalam kawasan mesjid, setiap 1 tahun sekali company kena bayar pada mesjid, juga tayar ehsan untuk Kereta jenazah.
Lepas hujan selalu nampak pelangi, tapi di kemunting ni asal lepas hujan jer nampaklah pelangi tu, senang sungguh nampak di kaki Bukit Larut. Metos dulu-dulu pelangi tak boleh di tunjuk dengan jari telunjuk, nanti kudung jari tu. Orang tua-tua tempat aku sebut yang ni "ulat danun" atau kalau pekat petaninya di sebut "ulat danung".
Aku saja-saja tanya kawan aku yang selalu keluar tabligh, percaya ke benda-benda macam tu? Dia jawap mengarut!! Spontan aku suruh dia tunjuk dengan jari, dia tak nak…..hehehehe!!!


Adios

Monday, November 24, 2008

Sporting bride





Sabtu, tanggal 22/11/2008, berakhirlah sudah debaran seorang gadis dan teruna. Hidup baru bermula....Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga keakhir hayat. Antara yang sempat dirakam dengan kamera pekak aku di dalam suasana kecoh dan riuh rendah tetamu yang hadir. Aku tak ingat, aku lupa, aku tak peduli orang ~ jangan peduli orang bila camera di tangan!! Click! Click! Click! Hasilnyapun, jangan peduli apa orang nak kata hahahaha! Hodoh ke, cantik ke, hancuss ke, jangan kira...! Janji gambar ~ sudahlah?!
Betul ke aku tulis ni??

Friday, November 21, 2008

Engine temperature


Last year event...37 participants turn up for Penang Island Tour. Gempaq with "gringing" sound of 405, 406 and 306 pugs engine. Still fresh in my memory how's my engine temperature only touched to 80°c but the others complaining their engine temperature is quite high 95°~100°C whenever climbing Balik Pulau hill. Learn from me how to solve it dude!
Maybe a bottle of ENO can be cold down it....hahahaha
Adios

Thursday, November 20, 2008

Mesjid

Mesjid bukan asing bagi kita yang bersyahadah. Cuma kadang-kadang kita dibelenggu oleh pemikiran negative terhadap institusi ini hasil tohmahan orang-orang yang mengaku Islam tapi benci dan tidak mengikutinya. Saban hari dan waktu berkumandang seruan mua'zin tapi berapa ramai yang bergegas untuk melaksanakan tugas sebagai makmum di belakang imam? Jika dibuat perbandingan golongan pecinta kedai kopi atau yang berpeleser di sekitar pasar-pasar malam, jauh ketinggalan jumlah kehadiran di mesjid. Kenapa jadi begitu masing-masing ada jawapan bernas masing-masing mengikut hukum akal semata. Ada yang sanggup menggunakan hujah-hujah dangkal yang semakin dibiarkan semakin menampakkan ceteknya ilmu didada-dada mereka.
Besarnya majlis ilmu sehinggakan orang yang terlewat hadir tidak dianjurkan memberi salam kepada hadirin yang ada, besarnya majlis ilmu sehinggakan kita tidak payah solat sunat ketika majlis berjalan, hebatnya majlis ilmu sehingga diberitakan oleh nabi s.a.w bahawa ianya adalah salah satu dari taman-taman syurga. Rahmatnya majlis ilmu sehinggakan para malaikat memohon keampunan dari Allah terhadap pecinta majlis-majlis ini selama mana mereka berada di dalam majlis itu. Tidak cukup dengan itu, pergi dan pulang mereka dari majlis ilmu ini dijanjikan syahid oleh Allah sekiranya mereka mati dalam perjalanan menuntut ilmu.
Hebatnya majlis ilmu, sehingga menghantui golongan munafik yang takut ayat-ayat Allah dibacakan. Pada mereka, ayat-ayat Allah itu umpama petir sabung menyabung dan mereka takut akan bunyi petir itu....
Fikir.....

Wednesday, November 19, 2008

Red Sunday

Last Sunday xtvt...
NIKE ~ Just DONT Do it!
The day that I'm feeling something "spin n twist" in my head. Duno what to say, but 11.45am aku dah di rumah lay down infront of bilik kecik.

Tuesday, November 11, 2008

Apam

Makan???

Syuhada'?




Berita kematian mereka bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah seantero dunia menyaksikan tubuh mereka diusung ke tempat persemadian. Itulah yang dinantikan puak kafir yang mengklasifikasikan mereka sebagai "pengganas".
Mudah-mudahan mereka dikurniakan syahid dunia dan akhirat. Wallahua'lam...


Sunday, November 9, 2008

Vivid

This picture was taken a few months ago somewhere in Penang island. Nothing special, but I'm trying to play a vivid colour,crop, and make it "syahdu". Here it is...but it more yellowish spot.

Friday, November 7, 2008

Matan d tedai bah..?

Dunia kanak-kanak, seronok , suka, duka bila kehendaknya tidak dipenuhi. Apa yang seronok sangat bila makan di kedai nih? ...ntah, mungkin boleh tunjuk~tunjuk apa yang dia mau dan disediakan...
...atau mungkin "menurun" seseorang yang suka berkelakuan macam tu gamaknya..

My cartoon


Nobody know, this is my hobby before. Sketching everywhere, asalkan ada pen dan kertas kira jadik...and this cartoon was my previous "ilham" whenever life start bored due to not even single cent in my pocket. I forgot this cartoon sketch but last week somebody show me and asked ~ "abang ni dulu lukis kartun ker?". Hehehe, "dulu ye, sekarang dah tak lagi, hatta caligraphy pen pun dah simpan dalam almari dah..."
I still remember, my life partner always scold me whenever I'm drawing something on the paper and she dont like it becoz she felt lonely when my eyes and my mind just focus on what I'm doing on the paper, not her...heehehe
So, I stop the activity till today.
Adios

Tuesday, November 4, 2008

Kesiannya Farhan

Senyum kelat seorang ibu....sabarlah
..kesayangan nenek
Sakitnya tidak mengizinkan dia bergerak aktif seperti sebelumya.
Farhan, baru keluar ICU, di tempatkan di wad C3 Hospital Besar Pulau Pinang.

Dua minggu yang lepas, bergegas aku ke Pulau Pinang setelah mendapat berita anak saudara aku yang dimasukkan ke wad ICU. Sebabnya belum pasti tapi dari telahan awal doktor yang merawatnya, paru-parunya sudah 75% di liputi air. Pembedahan terpaksa dilakukan cepat untuk keluarkan air dari paru-parunya. Nafasnya tidak teratur dan sesak. Ketika aku melawatnya dulu, aku tak sanggup nak berdepan dengan budak-budak yang sakit macam ni....kesian! Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang sebak.
Isnin tadi, ke Penang lagi aku, tapi kira bolehlah aku usap kepalanya, cakap dan sebagainya. Kini sakitnya sudah diketahui~virus kanser paru-paru sudah ada, sudah tahap 3 dari 4 yg serious. Pembedahan membuang ketumbuhan perlu dilakukan cepat, tapi menurut doktor keadaan nadi nafasnya tidak menentu (93~95% saja) menyebabkan operasi terpaksa di tangguhkan dulu.
Wallahua'lam, kena sabar dan berdoa sajalah yang mampu. Ketika sakit sebegini, wang ringgit bukan nilaian untuk bugarkan tubuh seseorang. Semangat yang kuat perlu untuk kedua ibubapa...
Adios

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H