Thursday, November 20, 2008

Mesjid

Mesjid bukan asing bagi kita yang bersyahadah. Cuma kadang-kadang kita dibelenggu oleh pemikiran negative terhadap institusi ini hasil tohmahan orang-orang yang mengaku Islam tapi benci dan tidak mengikutinya. Saban hari dan waktu berkumandang seruan mua'zin tapi berapa ramai yang bergegas untuk melaksanakan tugas sebagai makmum di belakang imam? Jika dibuat perbandingan golongan pecinta kedai kopi atau yang berpeleser di sekitar pasar-pasar malam, jauh ketinggalan jumlah kehadiran di mesjid. Kenapa jadi begitu masing-masing ada jawapan bernas masing-masing mengikut hukum akal semata. Ada yang sanggup menggunakan hujah-hujah dangkal yang semakin dibiarkan semakin menampakkan ceteknya ilmu didada-dada mereka.
Besarnya majlis ilmu sehinggakan orang yang terlewat hadir tidak dianjurkan memberi salam kepada hadirin yang ada, besarnya majlis ilmu sehinggakan kita tidak payah solat sunat ketika majlis berjalan, hebatnya majlis ilmu sehingga diberitakan oleh nabi s.a.w bahawa ianya adalah salah satu dari taman-taman syurga. Rahmatnya majlis ilmu sehinggakan para malaikat memohon keampunan dari Allah terhadap pecinta majlis-majlis ini selama mana mereka berada di dalam majlis itu. Tidak cukup dengan itu, pergi dan pulang mereka dari majlis ilmu ini dijanjikan syahid oleh Allah sekiranya mereka mati dalam perjalanan menuntut ilmu.
Hebatnya majlis ilmu, sehingga menghantui golongan munafik yang takut ayat-ayat Allah dibacakan. Pada mereka, ayat-ayat Allah itu umpama petir sabung menyabung dan mereka takut akan bunyi petir itu....
Fikir.....

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H