Monday, April 27, 2009

Iman daun pisang


Salam sejahtera, "mari-mari....pekena apa yang ada atas meja dulu, baru buat kerja, nanti perut lapar....tak boleh nak buat kerja dgn tenteram" hehehe.
Kenapa kita perlu makan dulu sebelum buat kerja? Kenapa tidak kerja dulu baru makan atau sarapan? Jawapannya ada pada diri masing2 dan pelbagai jawapan ikut logika fikir sendiri.
Ada yang makan untuk hidup, ada yang hidup untuk makan. Orang miskin berfikir bagaimana nak cari makan untuk harini, nak mengisi perutpun berkira-kira untung nasib. Orang2 yang punya pangkat besar juga berfikir, tapi berfikir bagaimana nak menghabiskan apa yang di depan mata sekarang atau masa mendatang, berfikir siapa yang nak dimakannya nanti.

Dua pemikiran yang berbeza yang diantara keduanya memerlukan antara satu sama lain. Si miskin tidak akan makan jika tidak mendapat sesuatu dari sikaya, si kaya tidak akan mendapat apa2pun jika tidak ada si miskin yang bekerja untuknya. Lumrah alam begitu, lumrah kejadian manusia juga begitu. Yang menindas ada, yang tertindas juga ada dan yang pasti yang tertindas itu berada di bawah.
Aturannya sudah begitu cantik, aturan sebegini selalunya sukar nak dirobah tangan manusia, melainkan ada tangan yang punya kuasa lebih dari yang biasa. Tangan yang nak merobah sesuatu ini mestilah tangan2 yang beriman, tangan2 yang menghulur dan bukan yang menadah dibawah. Bimbang2 juga hadirnya di akhir zaman kemunculan Dajjal yang menghulurkan bantuan dan tangannya di atas~bukan di bawah. Bimbang2 iman kita yang tak seberapa akan menerima dan menurut apa saja yang di anjurkan Dajjal sebab keperluan kita makin hari makin bertambah dan terlalu amat sukar....bimbang2 juga Dajjal membawa seribu satu macam fitnah yang tak pernah di fikirkan manusia.
...bimbang2, iman kita hanyalah pembungkus daun pisang nasi lemak. Nampak cantik diluar, sedap pada sangkaan mata dan aromanya sahaja. Bila selesai makan, pembungkus di buang dan sudah tidak berguna lagi. BImbang2 kita di mahsyar iman kita umpama daun pisang semacam ini.

Sekadar renungan bersama

Wednesday, April 22, 2009

Nasi Itik...ganti nasi ayam?

Makan Nasi Itik? ( 'agak' mengarut?..)

Aku di tegur dlm email kerana tulis entry pasal "apa itu cinta" pada 14 feb?oh?katanya aku tak betul kerana menyambut hari V ( V FOR VENDETTA ) sedunia?oh?kemudian, aku di kutuk lagi pasal tulis entry tentang wanita pada hari wanita sedunia..oh?akhirnya, aku tak serik, hari ini satu april?aku nak mengarut pulak ha ha ha!

"Laukku belum cukup masin? Eloklah engkau tambah garam" Satu hari isteri ku bawakan kuih yang berwarna hijau?

Aku tanya: "kuih apa ni"

Isteri jawab: "kuih gulung"

Aku pelik: "kuih gulung?

Isteri pelik: "kenapa?

Tiba2 aku rasa sakit pada seluruh sendi, urat di badan aku rasa bergerak2. perjalanan darah dalam tubuhku bergolak dan berkocakkan, aku tengok urat ditanganku seolah olah tersembul seperti ular menjalar?yang peliknya isteriku tak nampak apa apa perubahan pada badanku?
Aku terjatuh menahan kesakitan?
Isteri cemas: "abang kenapa ni?"

Aku sakit: "aduh..aduh?jauhkan kuih hijau tu dari abang?"

Isteri sedih: "kenapa bang?kenapa boleh jadi macam ni?"

Aku sakit: "abang rasa panas?cuba awak bukan kan baju kemeja abang
niee..panaslah.."

Sebaik sahaja isteri aku membuka baju kemejaku maka terpampanglah t-shirt
'superman'..

Ohhhh..abang buat lawak ye..abang ingat ni kuih 'krypton' ke? Aku ketawa terbahak2 ke ke ke ke? (umat menderita membuang masa?Oh..! .byk sgt menonton smallville?)

Itu adalah cerita isteri aku memasak kuih hijau, hari ni aku nak tolong masak kat isteri aku pulak, org alim kata, masak memasak ni tugas suami?maka aku nak masak nasi itik hari ni, isteriku begitu terharu..maklumlah aku memasak ni macam menunggu kejadian 'gerhana bulan'?

Satu hari sorang sahabat r.a pergi rumah Nabi s.a.w dan bagi salam, maka Nabi telah keluar dengan tangannya penuh ngan tepung,(kerana sedang menolong isteri uli tepung), seorang sahabat lain nak cuba amal sunnah ni ambil masa (lebih kurang-aku tak ingat)sepuluh tahun, baru dapat: yang mana ketika dia tolong isteri dia uli tepung, org bagi salam, maka dia telah
keluar rumah dan berkata, aku telah dapat ikut sunnah nabi!, wAllahu 'alam?

Jadi marilah para suami sekalian, kita gembirakan mereka (perempuan, isteri dan?) dengan memasak !...antara kepandaian aku yg di kurnia Tuhan adalah menyediakan nasi itik:

Aku ada tanya ustaz apakah perbezaan antara mayat dan bangkai.? ustaz cakap kalau binatang tak disembelih itu adalah bangkai...oh?jadi apa yg kita makan hari hari adalah mayat ayam, ikan, lembu dll.

Biasa kat kedai kita cakap: "itik segar satu" senyum je makcik yang jual itik tu ambil duit. Cuba pergi kedai dan mintak : "mayat itik sekor" terkejut itik makcik yang jual daging itik tu..."err kat sini tak jual mayat itik, cuma jual itik segar" apa apalah... aku bukan nak bercerita mengenai bangkai ayam atau mayat itik tapi nak bercerita bagaimana nak buat nasi itik. Korang pernah makan nasi itik? Jom! Cara2 membuat nasi itik?

(resepi ni betul..ni bukan april fool?aku dah buat dah, best?insyaAllah)

Resepi:
- Daging Itik
- Rempah ratus
- Sup bunjut
- Tomato
- Lada besar
- Madu
- Kicap kipas udang
- Lada chulah
- Planta
- Ulam (timun, kobis, tomato: suka hati koranglah)
Cara memasak:

1. Rebus itik dalam air.
baki air rebus itik tadi 1/2 buat masak nasi + rempah ratus + planta.
= siap NASI

2. lagi baki 1/2 air rebus itik tadi buat sup + sup bunjut + rempah ratus +
garam.
= siap SUP

3. Itik sapu dengan madu dan goreng
dah goreng gaul dengan kicap dan tabur lada chulah .
= siap ITIK GORENG

4. Blender tomato + lada besar + gula + sedilit air = siap KUAH PEDAS LADA
MERAH

5. Potong ulam suka hati korang
=siap ULAM

Sekarang semua dah ada..

-Nasi .

-Sup

-Kuah lada Merah

-Ulam

-Itik goreng

jemputlah makan korang semua..Jemput2 makan..sila2 jangan malu2..
Tu ada lagi tu, tambah2..tambah?

HAH INI BARU NAK MASUK BAB TAZKIRAH..........

Sambil makan nasik itik tu, silalah dengar tazkirah dari aku (bukan ustaz )

Assalamualaikum, sidang hadirin sekalian, makan2 jangan tak makan?

Aku nak tanya korang:
Ada tak org yg makan nasik sahaja? kalau kita observe kat restoren2 atau gerai2 makanan, berapa ramaikah yg order nak makan nasik sahaja? Takde? Kenapa?

Dan tentu korang malu nak order nasi sajer, nanti satu kedai gelak kat korang, ha ha ha si miskin, ha ha ha!
Biasanya org yg makan nasik sahaja adalah org yg sakit/tidak sihat?org sebegini biasanya takde selera untuk makan, tapi terpaksa makan gak..takut jadi mayat?.

Begitulah korang semua, tentu malu nak solat wajib sahajakan? Sebab tu korang buat solat2 sunnat?bagus korang hari ini?alhamdulillah? korangpun malu nak solat kat rumah hari ni?korang semua solat kat masjid?korang punya 'iman' akan rasa gelisah bila tak solat berjemaah, bila tak buat solat 2 sunnat..alhamdulillah?

Aku nak tanya korang, Korang nak pegi mana tu? korang akan jawab nak pergi makan nasik.. tetapi hakikatnya, korang tak makan nasik sajer , korang makan ngan lauk-pauk yg sedap2..ikan, itik, ayam, sayur, petai bla bla bla? Aku tanya korang lagi, nak pergi mana tu? korang jawab nak pegi sembahyang.. tetapi hakikatnya, korang tak solat sajer , korang buat solat
sunnat, lepas tu mengaji, duduk iktikaf bla bla bla...Bagusnya korang sebagus makan nasik itik dengan segala accessory, dan bertambah bagus korang bila beribadah ni buat pulak ibadah tambahan.. Lepas puasa ramadhan, puasa pulak enam, lepas zakat, sedekah pulak..oh..terharunya aku ngan korang?sejuk perut mak mengandung ?

Aku nak tanya korang lagi nie," kenapa tak makan nasik kosong je.. abis makan kenyang gak" .korang jawab," mana sedap makan nasik takde lauk". Aku tanya korang,"kenapa solat tak buat yg wajib je.. yg lain tu sunnat jer..korang jawab,"aku takut Ibadah wajibku ada salah dan silap, moga Allah tampal dengan Ibadah2 sunnat.?

Bagus korang semua hari ni?korang memang di cipta oleh Allah bukan untuk makan nasik sahaja, tapi siap dengan lauk, dan bila korang makan, insyaAllah badan dah sihat?korang kuat pulak beribadat?tak cukup yg wajib, korang tambah ngan solat2 sunnat, lepas asar pun solat sunnat, dahsyat?.mertua pun hairan..lalu tanya aku, hari ni berapa haribulan?

HA HA HA

Tapi Hamka, kau cakap nasi itik, aku tengok resipi kau, sama jer dengan nasi ayam?
aku kata: korang tahu apa itu nasi itik? Nasi itik adalah nasi yg di makan dengan kuah yg banyak, bila kuah banyak jadilah nasi itik..ha ha ha? wallahu'alam!

Ps: nanti bila dah jadi mayat nanti..akan ada ulat2 yg makan kita.. jemput2 cik ulat2 sekalian , makan2 jangan segan? makan lidah, telinga, hidung? sedap tu..ha! mata ada lagi sebelah, sila
makan..otak sarebrum pun sedap! sila2 :)


Nota: Artikel ini sudah lama aku simpan, dari di buat jeruk lebih baik aku sebarkan untuk pedoman dan iktibar...

Wednesday, April 15, 2009

Julang semangat

Rasanya lama jugak aku tak menulis. Rasa mengantuk dipagi hening membuatkan aku malas nak menulis, apatah lagi nak membelek-belek sesuatu atau memikir sesuatu untuk ditulis. Pagi aku melangkah masuk ke tempat kerja dengan kepala yang agak berpinau, semalam aku lewat tidur, program photoshop cs2 aku buat hal. Jenuh juga aku nak kawtim, tapi nampak gayanya kena minta bantuan kawan yang faham setting pc, kalau tidak memang tersangkutlah pelajaran aku.
Sewaktu dalam perjalanan tadi, di kiri kanan jalan menghala ke Kemunting semua dah bersih dari bendera biru dan hijau. Minggu lepas begitu menghijau dan biru sekali seolah2 aku berada dalam dunia lain dari sebenar. Hiruk pikuk masyarakat P059, sibuknya penjawat sementara pilihanraya, gusarnya orang awam (kata2 pembaca berita tv), ramainya penunggang motor berkuasa tinggi warna putih...hmmm, tak tahu nak kata apa. Memang nampak gawat dan seolah-olah kawasan P059 ini macam nak menghadapi ancaman perang dari dunia luar. Hebatnya provokasi antara pelbagai pihak jangan ceritalah, macam-macam hal yang terjadi, tujuannya hanyalah satu, iaitu nak mengekalkan benang yang kena hujan dan satu pihak lagi nak mengeringkan benang yang kununnya sudah basah kuyup.
Pagi ni suasana aman, tidak hiruk pikuk macam minggu lepas. Semuanya teratur kembali, semuanya tenang semula. Gerombolan berkuda putih sudah pulang kesarang masing-masing menanti habuan laba yang dijanjikan. Yang menungkat dagu kehilangan sesuatu masih bising-bising merungut, yang meraih menang asyik bercerita ceriti sebab mendatangkan menang itu. Dalam bercerita itu ada atau tidak ada yang memandang sang pemuda dan sang tua marhain bawahan yang masih kelenguhan kaki tangan memasang bendera, yang memanjat pokok dan bangunan bagi meninggikan semangat orang yang memandang? Pandanglah mereka ini....mereka datang dari segenap pelusuk dan rantau. Mereka tidak dibayar, mereka meninggalkan keluarga untuk semangat juang yang sedikit. Mereka membuang peluh dan wang ringgit hanya untuk semangat yang sedikit itu. Bukan sedikit wang mereka laburkan untuk kerja-kerja begini, bukan sedikit top up mereka gunakan untuk berhubung antara satu sama lain ketika di sini.
Sepatutnya, merekalah yang dijulang. Julang setinggi pohon yang mereka panjat...julang kerana semangat juang mereka, julang kerana merekalah yang menang pada harini, julang kerana merekalah yang menjulang naik nama-nama yang dinamakan sebagai pemimpin...julang kerana mereka walla' kepada pimpinan mereka.

wallahua'lam, aku hanya julang kamera...

Thursday, April 2, 2009

Taiping District Office

One of the old building here ~ In front of Taiping Civil Court and Kwan Tung Chinese Hall. Renovated but Still remained the colonial stylish design.

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H