Semalam jam 5.30ptg, aku keluar dari office terus ke Medan Selera Kemunting kerana paksu aku sudah menunggu untuk minum petang. Bergegas aku ke sana pasal pentingnya menghargai pelawaan seorang bapa saudara ni. Cadangan awal nak pekena bihun sup, tapi sebab terlalu awal, si Shahril belum ready lagi, so kami mengambil tempat di belakang gerai menghadap tapak pasar malam. Kebetulan semalam ada pasar malam di situ.
Aku memang jarang ke pasar malam sebab aku tak suka langsung tempat macam tu...tempat yang senangnya mendapat dosa. Peniaga yang senang mendapat dosa keana nak menjual, pembeli yang senang mendapat dosa kerana asbab yang boleh mendatangkan dosa juga. Jadi aku cukup mengelak bila nak ke pasar-pasar malam.
Dalam berbual rancak, datang seorang tua kenalan paksu aku, singgah sebentar menghilangkan lelah dengan kopi o, sedang di tangannya masih memegang seplastik penuh dengan buah limau. Di dalam beg plastik itu ada lagi satu beg plastik lalu diasingkan dua biji limau sementara selebihnya diberinya pada kami berdua untuk makan atau bawa pulang. Kami jadi pelik kenapa begitu. Selamba dia berkata _ "tadi nak beli 2 biji saja, tapi peniaga tak mau jual, jadi aku belilah sepuluh, yang siap dalam raga kecik tu, aku beli untuk mak ngah hang je, aku tak makan...kat rumah tinggal berdua saja". Faham la duduk perkara.
"Cuba hangpa tengok tu" mulut dia menjuih kesatu pasangan..."tu baru kawin tu...inai berjalur kat kaki pompuan tu, tengok...mesti laki dia beli buah anggur punya". Memang betul, lepas 2~3 kali belek buah lain, sisuami memang beli buah anggur...hehehe. "Mana pak cik tau?" aku saja gatal mulut tanya....
"Dulu masa pakcik baru kawinpun selalu beli buah anggur untuk makcik hang, tapi la ni beli buah limau je pasal dia nak kawal darah tinggi dia" oo...!
"Apa kaitan buah anggur dengan masa mula kawin pakcik?". Dia sambung lagi..."baru kawin tu semua manis, nak makanpun yang manis2, cakappun manis2 belaka, kentut depan mukapun masih senyum manis hehehe. Bila dah lama kawin semua nampak hambar, tawar pasal tak ada masa-masa manis, yang ada kencing manis mula nak mai macam aku ni!!"
Aku dengan paksu gelak saja bila dia buat lawak, tak terfikir langsung hal2 macam tu hehehe. Tapi petang semalam semasa nak kebilik air aku terima sms dari seseorang yang menyatakan perasaan kosongnya terhadap pasangan hidupnya...
...aku terfikir semula kata-kata pakcik tu tetapi mungkinlah berbeza keadaannya...mungkin dulu minumannya bersusu, tapi sekarang sudah "O" sebab faktor usia atau sudah berubah seleranya pada minuman yang lebih hangat...mungkin saja.
Tolong aku yang sedang FIKIR.
No comments:
Post a Comment