


Kemunting berwajah baru, sana sini sudah bertukar dari semak samun ke deretan rumah kedai. Apa yang tak ada? Semuanya tumbuh macam cendawan lepas hujan. Siap dengan segala macam tempat hiburan, dari snooker, cyber sport, jamming studio, bowling dan paling banyak karaoke bawah pokok manggis. Di sini memang terkenal dengan karaoke pokok manggis ni, kerana yang menjadi pelanggan tetapnya adalah golonga 50an keatas. Nampak dah terhinggut-hinggut jalanpun, karaoke lagi bawah pokok tu. Apa nak buat, itulah peredaran zaman dan tempias
keberengsekan budaya itu mungkin terkena pada kita atau suku sakat kita nanti kalau tidak ada suatu benteng.
Mesjid kemunting, antara mesjid tertua daerah Taiping. Sudah di ubah suai dengan bantuan penuh kerajaan, tetapi wang simpanan lesap di bawa arus politik dalam mesjid. Dulunya mesjid ini mempunyai 1500 batang tiang-tiang yang menyokong bangunan lama ni, sekarang tiang kayu sudah di ganti dengan konkrit, dan kubahnya juga di tukar dengan yang baru. Kosnya?? Menimbulkan tandatanya…Ada sesuatu yang pelik, tentang mesjid ni, dulu semasa tiangnya banyak, kuliahnya hampir setiap hari dan pengejar ilmu mengerumuni setiap malam. Sekarang tiangnya sudah berkurang, kuliahnya 30 kali sebulan, penuntutnya tidak seramai mana. Mungkin sebab tiangnya sudah berkurang dan pengunjungnya sudah tidak boleh menyandarkan badan-badan mereka masa mengaji…mungkin!
Papan tanda ni dalam kawasan mesjid, setiap 1 tahun sekali company kena bayar pada mesjid, juga tayar ehsan untuk Kereta jenazah.
Lepas hujan selalu nampak pelangi, tapi di kemunting ni asal lepas hujan jer nampaklah pelangi tu, senang sungguh nampak di kaki Bukit Larut. Metos dulu-dulu pelangi tak boleh di tunjuk dengan jari telunjuk, nanti kudung jari tu. Orang tua-tua tempat aku sebut yang ni "ulat danun" atau kalau pekat petaninya di sebut "ulat danung".
Aku saja-saja tanya kawan aku yang selalu keluar tabligh, percaya ke benda-benda macam tu? Dia jawap mengarut!! Spontan aku suruh dia tunjuk dengan jari, dia tak nak…..hehehehe!!!

No comments:
Post a Comment