Ketika aku menulis ini, sahabat aku ini mungkin sedang sebok tawaf keliling ka'abah. Sudah sampai gilirannya setelah sekian lama menyimpan niat dan wang. Mudah-mudahan dia membawa pulang seribu rahmat dan haji yang mabruro.
Aku masih ingat ketika aku berintraksi dengan seorang mua'lim dari kuala kangsar, ust Ismail, seorang guru tasauf. Hidupnya cuma bertani dan membela kambing untuk saraan keluarganya. Aku jadi kagum dengan ketabahan beliau. Dengan membela kambing itu, beliau sudahpun 3x menunaikan haji. Sekali dengan hasil titik peluhnya dan lagi 2x rezeki Allah yang membawanya kesana katanya (orang sponsor).
Ada yang menunaikan haji kerana mereka ada wang, ada yang ke mekah kerana title "al-hajj", ada yang ke sana kerana mereka diberi kemudahan, dan yang paling menarik katanya orang yang ke mekah itu terbahagi kepada 2, iaitu tetamu dan bukan tetamu Allah. Aku jadi termanggu-manggu berfikir kenapa jadi begitu. Lalu disambung kenyataannya begini;
Mekah itu rumah Allah, sesiapa yang berhajat untuk hadir, boleh hadir...tetapi yang hadir tanpa di jemput bagaimana? Samalah kita ke rumah seseorang, kalau dijemput, bermakna sememangnya kita ditunggu dan dilayani. Bagaimana yang tidak dijemput?? Fikir sendiri...
Dalam kotak fikir aku sampai sekarang masih berfikir, mungkin itulah yang disebut haji mabrur...segala amal ibadat ditahap yang tertinggi nilaiannya. Pulang dengan meninggalkan segala kebobrokan hidup yang lalu. Tidak hairan kalau yang bukan tetamu itu bila pulang mereka masih seperti dulu, tiada perubahan, cuma kepala yang botak selepas tahlul. Perangai dan tutur bicara masih sama. Lihat sendiri sekeliling kita, dan perhatikan sahabat atau jiran kita yang pulang dari mekah nanti, bagaimana.
Wallahua'lam, mudah-mudahan kita adalah tetamu allah yang dijemput nanti. Simpan wang dan niat, paling kurang sekiranya kita mati sebelum menunaikan haji, kita tidak tergolong dalam golongan nasrani atau majussi.
No comments:
Post a Comment