Thursday, November 27, 2008

Malam Jumaat

Semalam, hari Khamis, hari ini Jumaat, penghulu segala hari. Malam tadi malam Jumaat, apa yang istimewa sangat malam Jumaat ni? Kalau otak ‘bias’ dia ingat benda lain, bagi orang yang dah beristeri atau bersuami memang tersenyum-senyumlah, kununnya malam sunat..! Apa yang sunat, sendiri fikirlah beb!

Semasa aku masih dizaman kanak-kanak dulu, tok guru mengaji Quran cuti. Alasannya takut tok guru pendek umur. Wallahu’alam, sampai sekarang aku tak boleh jawab betul atau tidak statement tu, atau ianya mungkin muslihat yang dikatakan sunat. Tapi yang pasti, di surau-surau dan mesjid ramailah berkumpul dalam bulatan, pakat-pakat baca Yaasin berkhalifah, baca ikut tartil dan di tengah bulatan selalunya diletakkan 2-3 jar air. Untuk apa?? Wallahua’lam jugak....! Ceteknya ilmu aku. Aku cuba bertanya, wajib ke sunat ~ jawapnya sama macam aku...wallahua'lam hehehe.

Malam Jumaat macam semalam, kenapa tidak kita ambil peluang muhasabah diri. Sepanjang minggu, sepanjang tahun, apa yang sudah kita buat, apa yang tertangguh dan perancangan untuk besok? Dah hitung ke umur kita berapa sekarang? Hari tua kita yang mungkin ada - mungkin tak ada, atau mungkin sekejap lagi kita berhijrah....Kalau berhijrah kealam lagi satu, macamana?? Bekalan cukup ke?? Anak isteri macamana?? Harta-harta kita??Aduh!! Semua kita tak tahu apa nak jadi, nak meneka tidak boleh walau seminit kehadapan, jawapan tidak ada ...ramalan ada, tapi kita malas nak ambil pusing, malas nak selak helaian kitab.

Oleh itu sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama tidak mengabaikan Al Quran. Sehari, semuka pun jadilah. Nanti Quran tu dakwa kita pulak sebab abaikan dia. Seronok- seronok juga, yang ni jangan dilupa. Tak boleh laju, pelahan-lahan baca. Akupun macam tu jugak...tapi cuba jugak baca ditemani bebayang kedai kopi, starbuck, old town, kopitiam dan suasana riuh peniaga pasar malam yang melambai dan cukup menggoda. Ditambah lagi dengan sms yang bertali arus dengan ayat-ayat cinta..."jom minum yeop!!" hmmm.

Sebaik-baik insan, adalah insan yang meluangkan sekelumit waktunya bersama keluarga, sahabatnyanya mengingati Allah dan Rasul, janji baiknya serta janji kemurkaannya. Aku takut - aku tak sempat nak buat macam tu pada orang~orang yang disayangi dan sahabat-sahabat sekeliling aku.

Hari ini hari Jumaat, insyaAllah kita ke mesjid menunaikan solat fardhu Jumaat. InsyaAllah, aku takkan terlelap dari awal hingga akhir khutbah, kalau terlelap juga, nampak gayanya, aku memang ada ‘penyakit’.
Saja memperingatkan diri aku dan teman-teman yang mungkin terlupa...bahawa kita memang ada penyakit.


Adios

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H