Ribuan buku begini, bukan untuk dibaca, tapi untuk sumber rujukan. Dalam ribuan buku2 ilmiah begini, aku tidak terjumpa walau senaskah warisan peninggalan nabi Muhammad s.a.w. Mungkinkah warisan peninggalan itu dilupakan terus atau bagaimana? Ada yang menjadikannya untuk berbohong sedang dihadapannya senaskah Al Quran kononnya bersaksi benar...beraninya mereka...!
...samalah deretan fail2 ini. Ada yang berbohong untuk menyakinkan orang. Ada yang dibohongi untuk kesejahteraan hati yang dibohong. Manusia, sifatnya begitu. Yang kurang cerdik jadi makanan sipintar. Berputar matanya bila pemikirannya dibelit sang ular sawa moden yang kononnya pengamal undang2. Lumrah memberi dan menerima, memerlukan antara satu sama lain. Yang memberi tidak semestinya ikhlas, yang menerima tidak seharusnya merasa puas dan syukur. Yang membelit tidak semestinya merasa bangga kerana yang terbelit akan berdoa selagi mampu untuk melepaskan diri menghela nafas meminta nyawa. Ingat...hijab doa dibuka seluas-luasnya pada yang terbelit. Itulah saki baki usaha yang ada...kerana sifat manusia memang begitu. Doa hanya dihujung usaha, doa hanyalah permintaan yang akhir pada yang SATU...kerana manusia percaya pada kudratnya sahaja, kerana manusia malu untuk meminta-minta dari yang maha kaya, sedangkan Allah menanti permintaan setiap makhluknya yang bergelar manusia diakhir salam setiap solat.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment