Dhob~biawak pasir yang boleh dimakan untuk kesihatan. Kena sembelih dulu macam sembelih ayam. Dagingnya dibuat sup atau dikeringkan supaya tahan lebih lama. Ada juga yang dijadikan minyak urut yang boleh disapu dibahagian2 tertentu pada badan dan hmm...khabarnya cukup bagus dan menyihatkan sang raja urat.
Dalam ceramah MB di Bg Serai rabu tadi, ramai peniaga dari luar. Majoritinya dari Kedah, bihun sup nipun dari Kedah. Aku sempat menjamu selera yang tak menyelerakan aku tapi haganya alhamdulillah...cepat kaya tuan punya periuk besar! Kadang2 aku terfikir sendiri, kenapa orang boleh berniaga begini, soal sedap dan puashati pelanggan tidak langsung diambil endah oleh orang yang empunya periuk besar begini. Yang penting pulangan yang besar selepas berniaga. Tahukah mereka kepuasan hati pelanggan itu merangsang imbuhan yang lebih besar dimasa akan datang dan setiap kali perkataan syukur dilafazkan pelanggan itu akan membuahkan nikmat rezeki, juga baraqah yang tidak ternilai dengan wang? Mungkin tidak ada yang mengingatkan, atau mungkin lupa barangkali...
...punca rezeki~Setiap kali ada ceramah beliau, ribuan yang hadir, ribuan derma dihulurkan khusus untuk perjuangan yang perlukan istiqamah. Tanpa istiqamah, tidak akan kemana perjuangan. Silap2 perjuangan itu hanyalah untuk rezeki perut dan bawah perut sahaja. Lain2 sapu dan tolak bawah permaidani sedang kita senang melayani halwa telinga di kerusi mewah mahogani. Siapa yang akan bertanya dipenghujung nyawa dan diawal perjalanan barzakh tidak diambil kira. Janji bontotku tetap merasai nikmat kerusi mahoganiku dan alunan muzik santapan jiwa nyanyian sang pengadu domba dan pengampu.
Adios, sekadar untuk berfikir sejenak.
No comments:
Post a Comment