Makhluk ciptaan agung, berapa ramai yang berfikir dan sudi melapangkan waktu memerhati kejadian setiap makhluk baharu ini? Perhatikan dalam diri dan pertanyaan ulung....Sempurnakah aku yang bergelar makhluk sempurna ini?
Monday, December 22, 2008
Makhluk baharu
Makhluk ciptaan agung, berapa ramai yang berfikir dan sudi melapangkan waktu memerhati kejadian setiap makhluk baharu ini? Perhatikan dalam diri dan pertanyaan ulung....Sempurnakah aku yang bergelar makhluk sempurna ini?
Sunday, December 21, 2008
Kuku bima
Project pagi-pagi
Friday, December 19, 2008
Jari
Dah menjadi rutin harian aku, setiap pagi buka email - jawap apa yang patut. Kadang-kadang aku jadi termanggu-manggu apa yang nak ditaip, acapkali juga aku cuma membaca tanpa menjawap apa-apa soalan. Ada soalan, ada jawapan, tapi selalunya kita tidak menjawap soalan dengan tepat, penuh dengan liku bahasa pelik yang sukar manusia lain untuk mengerti.Ada ketikanya aku jadi kaku seribu bahasa. Jari-jari aku semacam keras atau lembik tidak bermaya untuk mengungkapkan sesuatu dengan seseorang. Layakkah aku memberi nasihat sedangkan aku masih memerlukan nasihat? Bolehkah aku memberi buah fikir yang bagus-bagus sedang aku sendiri masih mendambakan ilmu dari orang lain ?
Banyak soalan duniawi masih belum terjawap oleh aku. Banyak sudah individu yang kononnya mereka ahli fikir cuba menjawap persoalan yang sama dalam diri aku, namun kelihatannya begitu dangkal malah kedangkalan itu diresponkan terlalu baik oleh para pemikir yang lain. Di jalan benarkah aku bila aku menolak ratusan respons lain itu sedang aku cuma berpandukan senaskah tafsir dan sebaris hadith?
BAKIS oh BAKIS
Wednesday, December 17, 2008
Hidup limau dan anggur
Semalam jam 5.30ptg, aku keluar dari office terus ke Medan Selera Kemunting kerana paksu aku sudah menunggu untuk minum petang. Bergegas aku ke sana pasal pentingnya menghargai pelawaan seorang bapa saudara ni. Cadangan awal nak pekena bihun sup, tapi sebab terlalu awal, si Shahril belum ready lagi, so kami mengambil tempat di belakang gerai menghadap tapak pasar malam. Kebetulan semalam ada pasar malam di situ.
Aku memang jarang ke pasar malam sebab aku tak suka langsung tempat macam tu...tempat yang senangnya mendapat dosa. Peniaga yang senang mendapat dosa keana nak menjual, pembeli yang senang mendapat dosa kerana asbab yang boleh mendatangkan dosa juga. Jadi aku cukup mengelak bila nak ke pasar-pasar malam.
Dalam berbual rancak, datang seorang tua kenalan paksu aku, singgah sebentar menghilangkan lelah dengan kopi o, sedang di tangannya masih memegang seplastik penuh dengan buah limau. Di dalam beg plastik itu ada lagi satu beg plastik lalu diasingkan dua biji limau sementara selebihnya diberinya pada kami berdua untuk makan atau bawa pulang. Kami jadi pelik kenapa begitu. Selamba dia berkata _ "tadi nak beli 2 biji saja, tapi peniaga tak mau jual, jadi aku belilah sepuluh, yang siap dalam raga kecik tu, aku beli untuk mak ngah hang je, aku tak makan...kat rumah tinggal berdua saja". Faham la duduk perkara.
"Cuba hangpa tengok tu" mulut dia menjuih kesatu pasangan..."tu baru kawin tu...inai berjalur kat kaki pompuan tu, tengok...mesti laki dia beli buah anggur punya". Memang betul, lepas 2~3 kali belek buah lain, sisuami memang beli buah anggur...hehehe. "Mana pak cik tau?" aku saja gatal mulut tanya....
"Dulu masa pakcik baru kawinpun selalu beli buah anggur untuk makcik hang, tapi la ni beli buah limau je pasal dia nak kawal darah tinggi dia" oo...!
"Apa kaitan buah anggur dengan masa mula kawin pakcik?". Dia sambung lagi..."baru kawin tu semua manis, nak makanpun yang manis2, cakappun manis2 belaka, kentut depan mukapun masih senyum manis hehehe. Bila dah lama kawin semua nampak hambar, tawar pasal tak ada masa-masa manis, yang ada kencing manis mula nak mai macam aku ni!!"
Aku dengan paksu gelak saja bila dia buat lawak, tak terfikir langsung hal2 macam tu hehehe. Tapi petang semalam semasa nak kebilik air aku terima sms dari seseorang yang menyatakan perasaan kosongnya terhadap pasangan hidupnya...
...aku terfikir semula kata-kata pakcik tu tetapi mungkinlah berbeza keadaannya...mungkin dulu minumannya bersusu, tapi sekarang sudah "O" sebab faktor usia atau sudah berubah seleranya pada minuman yang lebih hangat...mungkin saja.
Tolong aku yang sedang FIKIR.

Sunday, December 14, 2008
Bius
Wednesday, December 10, 2008
60's Volkswagen
According to the owner, he spend a lot on his lovely ride. For the whole body paint cost him RM5.0K, how about the other parts?? Jangan fikir la beb!! Love will turn u to be crazy hehehe...tepuk dada, jangan tanya selera tapi tanya poket - half or full?
Jaga anak?
Puteri mandi
Huuhuuu.
Thursday, December 4, 2008
Gawat
SUSAH, memang susah nak di ungkapkan. Barangkali tidak ada ucapan yang perlu di lontarkankan dari mulut kita. Sewaktu bergegas keluar tadi subuh , dengan otak yang angankan sesuatu yang enak untuk dimakan, terpandang dari dalam kereta semasa di lampu merah, seorang lelaki separuh umur mengangkat seguni yang entah apa di dalamnya. Pada fikiran aku, mungkin getah sekerap untuk di jual kerana bentuknya persis guni orang bawa getah sekerap hasil torehan semalam, atau ubi kayu?? Tapi nyata meleset bila mana nampak berkeliaran anak-anak kucing yang baru kenal dunia, terpinga-pinga di tepi jalan. Selepas ini kemana anak-anak kucing itu melarat, mengiau minta di belas. Ibunya tiada, kesian.Terfikir juga dalam hati, inilah akibatnya jika kucing terlalu banyak di rumah, atau mungkin sesuatu onar sudah dilakukan oleh kucing-kucing itu hahaha, atau kantung tuannya sudah mulai tidak pernah penuh lagi seperti dulu akibat ekonomi yang meleset.
KITA?? Mungkin besok, lusa atau suatu hari nanti akan diberitahu oleh majikan kita, kamu boleh pulang kerumah, rehatkan minda, jangan susah hati, kami akan hubungi kamu secepat mungkin...ATAU, maaf...kamu sudah tidak diperlukan lagi. Di luar pagar sekumpulan warga Myanmar, Vietnam, Indon sedang sabar menunggu untuk memenuhi ruang-raung kantor kita...atau seluruh premis rezeki kita.
Ketika itu, apa yang harus kita lakukan dengan keadaan sekarang yang terlalu meruncing, gawat politik, rasuah, kronisma, tolak agama, pijak kepala, hentam kromo, tidak bersatu di bawah lembayung agama? Sedangkan bangsa lain, sudah menunjukkan sifatnya yang tidak ubah seperti heina yang menunggu peluang mencarik-carikkan daging mangsa sang singa yang lapar serta kedekut itu??
FIKIR....
Bihun sup Railway
Suatu ketika dahulu aku jadi pelik, kenapa di warung shahril ini tidak meletakkan kipas angin, at least pelanggan tak panas. Ringkas jawapannya..."nanti lepas makan orang duduk lama-lama melepak sedangkan pelanggan lain sedang menunggu. Jadi aku tak mau letak kipas"...sendiri kena fahamlah, sebab di warung ini kalau nak makan bihun sup kena tunggu agak lama sebab ramainya pelanggan, paling cepatpun 1/2jam huuuu. Ada baiknya warung ni ditukar nama kepada "warung sabar menanti". Pada yang tak pernah makan sila singgah di railway station Taiping antara jam 9.00pg ~ 12.00tghari dan petang di Medan Kemunting.
Adios
Monday, December 1, 2008
Wan.Soo dan mekah.
Ketika aku menulis ini, sahabat aku ini mungkin sedang sebok tawaf keliling ka'abah. Sudah sampai gilirannya setelah sekian lama menyimpan niat dan wang. Mudah-mudahan dia membawa pulang seribu rahmat dan haji yang mabruro.Aku masih ingat ketika aku berintraksi dengan seorang mua'lim dari kuala kangsar, ust Ismail, seorang guru tasauf. Hidupnya cuma bertani dan membela kambing untuk saraan keluarganya. Aku jadi kagum dengan ketabahan beliau. Dengan membela kambing itu, beliau sudahpun 3x menunaikan haji. Sekali dengan hasil titik peluhnya dan lagi 2x rezeki Allah yang membawanya kesana katanya (orang sponsor).
Ada yang menunaikan haji kerana mereka ada wang, ada yang ke mekah kerana title "al-hajj", ada yang ke sana kerana mereka diberi kemudahan, dan yang paling menarik katanya orang yang ke mekah itu terbahagi kepada 2, iaitu tetamu dan bukan tetamu Allah. Aku jadi termanggu-manggu berfikir kenapa jadi begitu. Lalu disambung kenyataannya begini;
Mekah itu rumah Allah, sesiapa yang berhajat untuk hadir, boleh hadir...tetapi yang hadir tanpa di jemput bagaimana? Samalah kita ke rumah seseorang, kalau dijemput, bermakna sememangnya kita ditunggu dan dilayani. Bagaimana yang tidak dijemput?? Fikir sendiri...
Dalam kotak fikir aku sampai sekarang masih berfikir, mungkin itulah yang disebut haji mabrur...segala amal ibadat ditahap yang tertinggi nilaiannya. Pulang dengan meninggalkan segala kebobrokan hidup yang lalu. Tidak hairan kalau yang bukan tetamu itu bila pulang mereka masih seperti dulu, tiada perubahan, cuma kepala yang botak selepas tahlul. Perangai dan tutur bicara masih sama. Lihat sendiri sekeliling kita, dan perhatikan sahabat atau jiran kita yang pulang dari mekah nanti, bagaimana.
Wallahua'lam, mudah-mudahan kita adalah tetamu allah yang dijemput nanti. Simpan wang dan niat, paling kurang sekiranya kita mati sebelum menunaikan haji, kita tidak tergolong dalam golongan nasrani atau majussi.
Subscribe to:
Comments (Atom)
a k u W A R I S A Y A H