Monday, May 26, 2008

Tukar gearbox kaput II

Hari Jumaat lepas, kerja-kerja pemasangan gearbox keter aku di lakukan, selepas mekanik aku jatuh bangun keluar masuk hospital sebab pitam...penangan gearbox 405. Kesian dia, tapi nak buat macamana, memang dia perlu siapkan apa yang terkandas. Aku cuma boleh tolong sikit-sikit sebab masa aku terbatas di office saban hari.Cluth plate yang terbakar dan hancur jelas kelihatan di sini.
Filter yang amat kotor disebabkan cluth plate yang hancur.
Bahagian dalamannya yang masih baik, tapi dah tak berguna lagi.
Kerja-kerja akhir pemasangan.
Ini fenomena biasa bagi yang menggunakan auto transmision. Bila kaput, tukar seketul. Kerjanya lebih mudah dari overhaul gearbox asal dan kosnya tidaklah begitu mahal bagi yang ada duit. Bagi aku yang kurang berduit ni, faham-faham sajalah. Selepas ni kenalah berhati-hati, tidak boleh amalkan cara pemanduan "jump rabbit" di traffic light, tukar gear secara manual ketika sedang dirasuk hantu dijalanan. Paling baik, berhati-hati di jalanraya...

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H