Sunday, May 11, 2008

Hijau alam

Salah satu pemandangan yang agak menarik sekitar Taiping. Di sini masih dikekalkan pokok-pokok yang berusia lebih dari 100 tahun barangkali. Selalunya jadi tempat penggambaran filem iklan dan sebagainya. Ada juga yang menjadikannya tempat mengabadikan potret perkahwinan berlatar belakangkan Lake Garden ini. Asalnya lake ini adalah lombong bijih timah, maknanya mungkin dulu-dulu puak Ghee Hin dan Hai San pernah bergurau main pedang di sini berebut kawasan bijih hehehe. Wallahua'lam...
Seingat aku dulu, pokok-pokok yang merintangi jalan ini kononnya mahu ditebang, tetapi Almarhum Sultan Idris Shah yang pada ketika itu Sultan Perak mahu ia dikekalkan. Sampai sekarang masih ada pokok-pokok ini, tapi ada juga yang telahpun dicantas dahannya yang membahayakan pemandu yang tawaf lake ini.

1 comment:

Anonymous said...

i like d 2nd pic so much...

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H