Wednesday, May 28, 2008
Nor Firdaus
Viking405
Tuesday, May 27, 2008
Monday, May 26, 2008
Tukar gearbox kaput II
Hari Jumaat lepas, kerja-kerja pemasangan gearbox keter aku di lakukan, selepas mekanik aku jatuh bangun keluar masuk hospital sebab pitam...penangan gearbox 405. Kesian dia, tapi nak buat macamana, memang dia perlu siapkan apa yang terkandas. Aku cuma boleh tolong sikit-sikit sebab masa aku terbatas di office saban hari.
Cluth plate yang terbakar dan hancur jelas kelihatan di sini.
Filter yang amat kotor disebabkan cluth plate yang hancur.
Bahagian dalamannya yang masih baik, tapi dah tak berguna lagi.
Kerja-kerja akhir pemasangan.
Ini fenomena biasa bagi yang menggunakan auto transmision. Bila kaput, tukar seketul. Kerjanya lebih mudah dari overhaul gearbox asal dan kosnya tidaklah begitu mahal bagi yang ada duit. Bagi aku yang kurang berduit ni, faham-faham sajalah. Selepas ni kenalah berhati-hati, tidak boleh amalkan cara pemanduan "jump rabbit" di traffic light, tukar gear secara manual ketika sedang dirasuk hantu dijalanan. Paling baik, berhati-hati di jalanraya...

Thursday, May 22, 2008
Tyre
Gambar di atas menunjukkan tayar yang baru keluar dari mold, panas-panas punya! Tapi tak boleh pakai lagi, kena melalui proses kembangkan bentuk tayar tu dulu dan disejukkan dengan tekanan angin di dalamnya lebih kurang 50psi selama 2 jam. Selepas tu baru boleh di simpan atau dipasarkan terus.
Sikit info jer boleh bagi....pasal ramai yang tanya, so aku jadi "fenin" nak jawap.
Wednesday, May 21, 2008
Fuhh....
Memang sudah dirancang rapi, replacement gearbox tu cuma mengambil masa 2 hari, tapi kita merancang...yang menentukan ialah Allah swt. Mekanik aku tu semput, demam pada hari kedua terus tumbang dia kena penangan gearbox pug nih. Terlantar di Hospital Taiping dengan body temp yang tinggi, juga kandungan gula dalam darah yang melampau. Kesian dia...!
Kesian jugak la kat aku ni, yang ikut sama jadi semput pasal masalah ni. Harini aku pandu Renault 19. Baik sungguh paksu aku...semalam dia hantar kerumah untuk aku guna ulang alik ketempat kerja.
Aku teringat sekitar tahun 90, aku takder duit langsung nak beli makan. Aku cuba minta pinjam dari dia yang ketika itu dia sendiripun tak berduit. Petangnya dia datang kerumah aku, bagi duit RM10..."nah, paksu pinjam dari member RM20, hang setengah, paksu setengah". Peristiwa tu memang aku ingat sampai bila-bila, mungkin itulah sebabnya aku selalu lembut hati dengan orang-orang yang macam ni.
Orang berbudi, kita berbahasa...
Monday, May 19, 2008
Thinking of life
....dan sekarang, berfikirkah kita tentang dunia penghabisan kita, bekal perjalanan yang hampir bermula bertemu pencipta agung...warisan kita, ilmu yang dituntut serta disampaikan dan mampukah tinggalan zuriat kita menghadiahkan Al -Fatihah setiap hari?
Fikirkan...
Taiping Lake lagi...
Sunday, May 18, 2008
Tukar gearbox

Aku cukup jaga gear box lama, setiap 30K km sure tukar minyaknya, tapi yang pasti, aku mungkin terlalu lanyak keter aku tu (hehehe sampai diapun fed-up!). Harini, mungkin baru siap...kerja-kerja aku disiapkan oleh mekanik. Upah setengah jer sebab aku tolong bukak screw, tarik keluar, pasang balik. Keras tangan aku....!
Friday, May 16, 2008
Gearbox kaput

Adios
Cornering
Aku juga pernah menjadi mangsa sang sondol yang ikut sama lap di selekoh diwaktu subuh hening. Mungkin aku yang tak nampak dia sebab bergegas nak ketempat kerja atau dia tak nampak keter aku sebab dia juga bergegas baru pulang dari cari rezeki perut! Natijahnya...ranap bumper pug aku.
Sang sondol dapat sakit, aku dapat bahana pasal kena keluar duit repair keter, mekanik senyum pasal dapat duit dari aku. Adat kitaran ekonomi...
Namun, sekarang arus mengembalikan kepercayaan rakyat, khabarnya jalan ini akan diluruskan, bermakna tiada lagilah lap peugeot, alfa dan fiat. Yang ada nanti semua untuk keter nasional hehehe
Thursday, May 15, 2008
Dancing flag
Anak
Adios
Wednesday, May 14, 2008
Tuesday, May 13, 2008
Titi Sg Gedong
Monday, May 12, 2008
Hijau alam II
Nostalgia...
Aku suka apa saja yang di pandang hijau dan kuning, cuma aku tak suka bila bukak mata lepas tidur semuanya jadi kuning...itu tandanya darah dah naik tahap 10 bar.
...lagi
Satu ketika dahulu, tempat ni jadi tumpuan pada malam hari. Bukan kerana ada lampu neon yang cantik-cantik, tapi kehadiran kupu-kupu "aww" dalam jumlah yang ramai untuk cari rezeki haram. Aku pernah tanya harga satu bontot kupu-kupu malam ni dan dijawap dengan selamba oleh "ibu bapak ayam" ni..."anak ikan montot tak kasi, kalau nak yang otai punya 5 hinggit (RM5) cukup la bang...!" Geli geleman aku bila dorang ni manjanya lebih teruk dari yang kat lorong Hj Taib nun hehehe. Tak lupa, aku pernah lari lintang pukang kat sini kena hambat dengan perempuan yang aku sangka pondan.
Sekarang zaman dah berubah, anak ikan, bapak ikan semua dah takder. Baru-baru ni terjumpa kupu-kupu otai pencen berketayap duduk mesjid, wirid...aku salam dia bagi semangat mungkin...tapi yang pasti aku nak jeling buah dada dia, ada lagi tak...kikiki - memang masih ada membusung...

Sunday, May 11, 2008
Hijau alam

Ayah si Adawiyah
Friday, May 9, 2008
Air
Air dalam "bosi", sekarang air dalam plastik...kreatifnya manusia!

...ada yang suka air, ada yang di "sukakan" dengan air untuk tujuan tertentu selanjutnya. Ada yang bersuka ria terkena percikan air, ada yang mati kerana air, ada orang menang pilihan rakyat dengan air...

Pemberian Allah ini jika dinodai, suatu masa akan jadilah apa yang berlaku pada nabi Noh, yakni dilemaskan oleh air besar, lebih dasyat dari tsunami...Ada yang berjanji bawa air dari gunung dan bukit kedalam rumah dengan harga yang mahal. Ada yang sudahpun menurunkan harga khidmat tersebut. Ada yang pertikai bab air dan bergaduh di parlimen, ada yang bergaduh di kedai kopi pasal tak bayar lagi teh tarik yang di minum..

Tuesday, May 6, 2008
Alfa Romeo GTV 2000
Alfetta 2.0L

Alfetta 2000, twin overhead camshaft, backwheel drive. Late 70's car ~ most popular and cool pass car arround town. Police department used as patrol car before they decided to replace it with Volvo 360GLT. I'm Alfa lover too, but the cost of maintainance for this car is very high. The cost is almost double from pug spareparts. I owned this type of car in 1988 but sell it 6 months later due to "tak tahan gurauan". My friend said because of "ular cobra belit kat steering wheel", kena patuk~ tu yang tak tahan tu...!
Sunday, May 4, 2008
Lumut
Last year, aku di sini, berpeluang dalam ruang waktu yang cukup singkat bersama rakan-rakan aku. Berbicara soal duniawi....terlupa sekejap soal-soal remeh tempat kerja bila di sini.
...berbeza dengan tempat kerja, ada juga tempat yang gardener terlepas pandang hehehe
...di Lumut, berpeluang juga ambil gambar yang sebegini dalam kelam kabut cari surau nak maghrib. Sepatutnya kita hirup udara nyaman, tapi maaf le, bau hanyir ikan jer hahaha.
Friday, May 2, 2008
Masterpiece
Pug club
Suatu ketika, ianya menjadi kebanggaan buat orang-orang seperti aku memiliki topi sebegini. Topi yang melambangkan kuatnya persatuan dan extreme. Sekarang makin lama, makin surut auranya. Namun begitu aku tetap bersyukur, aku jumpa ramai kenalan dan dari itu juga nickname aku tercipta.
Hebat benarkah kenderaan seperti ini? Atau hanya legenda yang diriuhkan pemiliknya? Tepuk dada, tanya poket. Mungkin ada benarnya ungkapan orang terdahulu...tak kenal maka tak cinta.
Adios
Thursday, May 1, 2008
Tukang gambar
Teh candu
Subscribe to:
Posts (Atom)
a k u W A R I S A Y A H