Monday, April 27, 2009

Iman daun pisang


Salam sejahtera, "mari-mari....pekena apa yang ada atas meja dulu, baru buat kerja, nanti perut lapar....tak boleh nak buat kerja dgn tenteram" hehehe.
Kenapa kita perlu makan dulu sebelum buat kerja? Kenapa tidak kerja dulu baru makan atau sarapan? Jawapannya ada pada diri masing2 dan pelbagai jawapan ikut logika fikir sendiri.
Ada yang makan untuk hidup, ada yang hidup untuk makan. Orang miskin berfikir bagaimana nak cari makan untuk harini, nak mengisi perutpun berkira-kira untung nasib. Orang2 yang punya pangkat besar juga berfikir, tapi berfikir bagaimana nak menghabiskan apa yang di depan mata sekarang atau masa mendatang, berfikir siapa yang nak dimakannya nanti.

Dua pemikiran yang berbeza yang diantara keduanya memerlukan antara satu sama lain. Si miskin tidak akan makan jika tidak mendapat sesuatu dari sikaya, si kaya tidak akan mendapat apa2pun jika tidak ada si miskin yang bekerja untuknya. Lumrah alam begitu, lumrah kejadian manusia juga begitu. Yang menindas ada, yang tertindas juga ada dan yang pasti yang tertindas itu berada di bawah.
Aturannya sudah begitu cantik, aturan sebegini selalunya sukar nak dirobah tangan manusia, melainkan ada tangan yang punya kuasa lebih dari yang biasa. Tangan yang nak merobah sesuatu ini mestilah tangan2 yang beriman, tangan2 yang menghulur dan bukan yang menadah dibawah. Bimbang2 juga hadirnya di akhir zaman kemunculan Dajjal yang menghulurkan bantuan dan tangannya di atas~bukan di bawah. Bimbang2 iman kita yang tak seberapa akan menerima dan menurut apa saja yang di anjurkan Dajjal sebab keperluan kita makin hari makin bertambah dan terlalu amat sukar....bimbang2 juga Dajjal membawa seribu satu macam fitnah yang tak pernah di fikirkan manusia.
...bimbang2, iman kita hanyalah pembungkus daun pisang nasi lemak. Nampak cantik diluar, sedap pada sangkaan mata dan aromanya sahaja. Bila selesai makan, pembungkus di buang dan sudah tidak berguna lagi. BImbang2 kita di mahsyar iman kita umpama daun pisang semacam ini.

Sekadar renungan bersama

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H