Wednesday, May 6, 2009
Ubat deMO krasi
Salam,
Aku dah letih, aku dah fed-up dengan keadaan sekarang. Kucar kacir sana sini, hiruk pikuk tak tentu hala. Jalan kemaskini atau wacana merobah keadaan makin menampakkan gerutu pelbagai pihak. Robek dan campingnya makin parah. Yang bercakap ramai, tapi hanya melepaskan batuk di tepi dinding kedai kopi. Hasilnya tak ada. Yang ada hanyalah selsema yang berpanjangan.
Bergegar lagi kedai kopi. Pecah lagi cangkir kopi akibat perasaan amarah golongan marhain menatap berita sensasi. Berita penolakan hasrat sana, cerita rampasan sana sini, berita kurang ajarnya perampok halal moden, cerita mat rempit yang menjadi-jadi dan tak lupa juga cerita orang berebut kerusi empuk di dalam dewan merangka akta. Kononnya, merekalah penyelamat bangsa, kononnya merekalah yang direstui, kononnya merekalah yang bakal menyelamatkan umat di atas bumi yang dikononkan tandus pembangunan, walhal semua orang tahu, semuanya jelas...di depan cantik, di belakang mereka berulat hasil hurungan lalat-lalat moden yang mencari laba.
Aku dah letih, aku dah muak sebagaimana muaknya aku menonton tv, sebagaimana muaknya longkang di depan rumah aku akibat sampah sarap.
Ahh...aku nak makan ubat...ubat bubar DUN. Mudah2an aku tak perlu menjawap soalan lebai yang tepuk meja kedai kopi, mudah2an gerombolan pencinta adil tak perlu menjawap lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment