Wednesday, April 15, 2009

Julang semangat

Rasanya lama jugak aku tak menulis. Rasa mengantuk dipagi hening membuatkan aku malas nak menulis, apatah lagi nak membelek-belek sesuatu atau memikir sesuatu untuk ditulis. Pagi aku melangkah masuk ke tempat kerja dengan kepala yang agak berpinau, semalam aku lewat tidur, program photoshop cs2 aku buat hal. Jenuh juga aku nak kawtim, tapi nampak gayanya kena minta bantuan kawan yang faham setting pc, kalau tidak memang tersangkutlah pelajaran aku.
Sewaktu dalam perjalanan tadi, di kiri kanan jalan menghala ke Kemunting semua dah bersih dari bendera biru dan hijau. Minggu lepas begitu menghijau dan biru sekali seolah2 aku berada dalam dunia lain dari sebenar. Hiruk pikuk masyarakat P059, sibuknya penjawat sementara pilihanraya, gusarnya orang awam (kata2 pembaca berita tv), ramainya penunggang motor berkuasa tinggi warna putih...hmmm, tak tahu nak kata apa. Memang nampak gawat dan seolah-olah kawasan P059 ini macam nak menghadapi ancaman perang dari dunia luar. Hebatnya provokasi antara pelbagai pihak jangan ceritalah, macam-macam hal yang terjadi, tujuannya hanyalah satu, iaitu nak mengekalkan benang yang kena hujan dan satu pihak lagi nak mengeringkan benang yang kununnya sudah basah kuyup.
Pagi ni suasana aman, tidak hiruk pikuk macam minggu lepas. Semuanya teratur kembali, semuanya tenang semula. Gerombolan berkuda putih sudah pulang kesarang masing-masing menanti habuan laba yang dijanjikan. Yang menungkat dagu kehilangan sesuatu masih bising-bising merungut, yang meraih menang asyik bercerita ceriti sebab mendatangkan menang itu. Dalam bercerita itu ada atau tidak ada yang memandang sang pemuda dan sang tua marhain bawahan yang masih kelenguhan kaki tangan memasang bendera, yang memanjat pokok dan bangunan bagi meninggikan semangat orang yang memandang? Pandanglah mereka ini....mereka datang dari segenap pelusuk dan rantau. Mereka tidak dibayar, mereka meninggalkan keluarga untuk semangat juang yang sedikit. Mereka membuang peluh dan wang ringgit hanya untuk semangat yang sedikit itu. Bukan sedikit wang mereka laburkan untuk kerja-kerja begini, bukan sedikit top up mereka gunakan untuk berhubung antara satu sama lain ketika di sini.
Sepatutnya, merekalah yang dijulang. Julang setinggi pohon yang mereka panjat...julang kerana semangat juang mereka, julang kerana merekalah yang menang pada harini, julang kerana merekalah yang menjulang naik nama-nama yang dinamakan sebagai pemimpin...julang kerana mereka walla' kepada pimpinan mereka.

wallahua'lam, aku hanya julang kamera...

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H