Tuesday, April 29, 2008

Mahar


Ermmm....dah nak masuk bulan 5, cuti sekolah tak lama lagi, maka berkeping-kepinglah kad saman sampai kerumah. Tidak dapat tidak, kenduri kendara ni kena juga hadir tunjuk muka. Suasana "Arroh" juga dapat menemukan saudara mara atau "kulaan" jauh dekat, kadang-kadang kita tak tahupun siapa saudara mara kita. Sedang tuntutan agama kita kena cari dan tahu salasilah keturunan keluarga kita. Dalam kita seronok suka, ada orang garu kepala, renik peluh keluar di dahi mengenangkan kos untuk arroh ni. Bab belanja hangus sajapun dah ribu riban malah orang dihujung kampung sekalipun sekarang dah cecah RM10K. Bak kata jiran aku yang tidak mahu tolak ansur belanja hantaran ketika majlis peminangan anaknya yang cun - "barang baik, harga mahai". Natijah daripada itu, bimbang-bimbang kita anak menantu menanggung hutang dan interest bank selepas majlis seronok.
Peliknya aku zaman sekarang ni, hantaran yang begitu tinggi, tapi mas kahwinya cuma RM80.00~RM200.00. Itukah harga mahar seseorang yang bakal menjadi isteri seseorang?? Jom kita fikir jap...

Adios

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H