Friday, April 11, 2008

kenangan



Hujung minggu camni, selalunya aku boring...boring pasal tak kemana-mana. Rasa macam nak balik kampung, tengok tinggalan sejarah aku. Di rumah ni, aku mengenal dunia seawal elektrik dijana generator besar di hujung kampung. Elektrik hanya di supply bermula seawal jam 6.00ptg, masa kitaorang sebok mandi di telaga, 6.30ptg ada cerita Ultraman di tv hitam putih milik tokwan aku. Bertolak hang akulah dengan sepupu sepapat aku nak tempat yang paling depan sebab tv cuma tv kecil Hitachi 12". Tombol pulas tukar chanel ntah kemana hilang pasal tercabut hasil perebutan tv cucu-cucu tokwan aku hehehehe.
Arwah tokwan aku cuma memerhati tingkah kami semua, sekali sekala dia berdehem kuat tanda protes kami buat bising, kadangkala pasal dia tak boleh tengok chanel yang dia suka....alah...ada 2 channel jer time tu, tv1 dan tv2. Tv1 bahasa melayu, tv2 kebanyakannya inggeris, kadang-kadang slot untuk tamil dan mandarin.
Dirumah inilah 90% hidup aku semasa kecil. Halaman yang besar tu lumat kami kerjakan, tambahan kalau ada becak, mak ayah takleh nak bersuara langsung sebab "big boss" ada jadi mopiko. Apa-apa hal ngadu ngan tokwan, so "mopikaw lai aa.." Selamatlah kitaorang semua hehehe.
Kegemaran aku, main guli, gerek, basikal dan main senapang "bemban", pelurunya dibuat dengan bemban juga untuk main perang-perang. Sama macam zaman bebudak sekarang main paintball tu , cuma dulu-dulu takder safety jacket, face visor atau google. Yang nyata kalau kena tembak sure merah la dada atau belakang. Yang peliknya, tak pernah kena mata atau kawasan "burung sembunyi". Yang tersasar selalunya tokwan aku jadi mangsa sebab dia baring di pangkin bawah rumah hehehehe. Lepas tu pakat2 diam kena marah dgn mak atau ayah aku. Tapi sifat mopiko tu menyelamatkan keadaan la selalunya.
Kini tokwan dah 26 tahun meninggalkan aku. Segalanya jadi hiruk pikuk pasal harta tinggalan. Anak2 tokwan aku semuanya anak angkat, termasuklah mak aku sendiri. Walaupun akrab hubungan, tapi kadang-kadang tergigit juga hati yang seketul tu. Aku sebagai anak warisan, cuma boleh memerhati tanpa boleh berbuat apa-apa. Ditegur akan dianggap derhaka, diam bererti tak ambil kisah - at last aku jadi orang bisu....
Rumah tinggalan ini masih lagi dalam keadaan baik, mungkin tukang rumah dulu2 amat teliti kerja tangannya. Rumah ini juga tak punya paku, semuanya guna tanggam dan selak kayu. Menurut arwah tokwan aku, rumah ini dibina dengan sebatang kayu balak. Aku tak boleh agak besar mana balak tu, tapi bila tengok rantai gajah di bawah rumah (masih ada) tu rasanya memang besar. Di kampung aku cuma ada 3 buah rumah saja yang satu pattern atau design macam ni, yang satu dah kena baham api, yang satu lagi milik sepupu tokwan aku. Tokwan aku pernah tunjuk kat aku masa nak tidur malam, satu makhluk berjuntai kaki di alang rumah....badannya hitam, matanya kuning bersinar-sinar...heeee.
Tinggal kat kampung ni, bukan macam dalam bandar semuanya kena kunci. Rumah tokwan ni selamat sikit pasal di sebelah pagarnya ada balai polis Sg Bayor. So memang selamat.....
Yang bimbangkan aku, selamat ke lagi rumah ni 10 tahun akan datang?
Adios...

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H