Thursday, September 17, 2009

Tazkirah Raya

Bila anak2 tidur, cuba perhatikan kaki2 diaorang. Belek jari2 kaki diaorang ni...ada nikmatnya bila kita buat macam tu. Sekurang-kurangnya kita akan berfikir sejenak akan diri kita dan ibubapa kita dulu membesarkan kita. Jerih dan payahnya mengasuh kita dari tidak mengenal "tahi ayam", sehinggalah sekarang - ditahun milenium yang serba canggih dan mencabar setiap hari. Noktahnya tidak ada siapa yang dapat menjangga dengan kalkulator peribadi.
Husnul zan, perjalanan masih diharapkan jauh untuk kita mengaut segala pahala dari amal perbuatan sesama insan dan kepada Robb yang satu. Tidak ada duanya melainkan satu...hanya kadangkala kita seakan alpa dengan diri kita dan umat sekeliling atas alasan tanggungjawap sehinggakan kita juga alpa dengan larangannya, sedang dalam waktu yang sama kita menurut seruannya.
Zuriat kita adalah anugerah dan amanah yang maha esa bagi mengekalkan keputihan kain hatinya, malah mereka juga adalah aset2 yang tidak ternilai harganya bilamana kita di alam barzakh kelak. Doa dari anak2 yang soleh itu diberitakan akan sampai bertali arus kepada kita kelak. Segala amal kebajikan mereka hasil dari tinggalan ilmu kita kepada mereka juga akan membuah hasil2 pahala yang berlipat kali ganda.
Soalnya, mampukah atau sudahkah kita melakukan perkara yang sama untuk ibubapa kita yang telah pergi dulu dari kita? Jika belum, bermakna ianya akan berulang kepada kita kelak. Jangan jadi anak2 yang melupai korban ibubapa...
Selamat hari raya idul fitri. Mari bersedekah untuk mereka hari ini. Mudah2an mereka tergolong dari roh2 yang berbahagia.
Amin...

Sunday, September 13, 2009

Aku takde mood nak raya...

Keter aku rosak lagi. Kalini gegaran di sebelah depan makin kuat dan macam nak tercabut je tayar bila ada hentakan walau di garisan kuning dekat traffic light. Mau tak mau kena repair jugak sebab takut jugak, musim perayaan ni kut kena kemana-mana ziarah keluarga - keter buat hal kat tepi jalan. Mau berpeluh luar dalam!! Checked dan buka - stabilizer bush dah hancur hmm...
...sib baik sifu am_lion dapat kesan mender tu je, lain2 selamat lagi kat bawah tu. Tapi nasib tak berapa baik, bila semua dah okey, dalam perjalanan pulang dari Lunas, asap keluar dari bahagian belakang engine. Terutama bila keter berhenti di traffic light. Orang kiri kanan asyik tunjuk2 kat bawah, kalau tidakpun tunjuk muka heran2 la sambil tengok singa buruk aku ni.
...sangkaan aku tepat bila bukak top cover ni. Seal pecah jugak? Minyak keluar dari bahagian ni lalu ia kena pada exzos...so minyak kena besi panas = asap keluar. Kalau dibiarkan macam tu boleh terbakar keter anytime!!
...valve seal kena tukar. Dalam alur macam longkang tu letaknya seal yang bocor tu.
Ni dia, made in france punya barang. Tak mahal, tak murah sangat. Aku budget dalam RM40, tapi kena jugak RM60 untuk benda macam getah sekerap nih...
Tapi kalau tak tukar, memang aku menempah api untuk keter aku!! So - tukarlah, selamat dan boleh pakai lagi 2-3 tahun.
So raya ni budget lari gila2 lagi. Keter nak kena raya dulu dari tuannya.

Adios

Sunday, September 6, 2009

Bila lagi?




406? Mungkin bukan jodohku sekarang...bila?? Wallahua'lam....

Wednesday, September 2, 2009

Ayam percik


Very popular ayam percik in my village
...ayam bersalut madu

Setiap kali Ramadhan, inilah juadah lauk yang aku suka. Ayam percik, walaupun terpaksa que panjang. Duno why...I'm not looking for other's but only this akak becoz there are special "kuah" inside my plastic bag for me hahaha. She always mentioned "dont tell anybody" about the extra kuah, but my friend told me that akak also remind him the same "ayat". So...I realized, that is a business trick on addict customer's like me...

Monday, August 31, 2009

Baju raya? Ada ke tahun nih..?



Baju raya?? Hehehe, puasa baru melangkau 10 hari je, dah riuh pasal baju raya. Hmmm...semalam cuti merdeka cuba belek almari baju, terjumpa sehelai baju yang akupun dah tak ingat berapa kali aku pakai. Rasanya inipun baju raya aku dulu kalau tak silap tahun 2003, 6 tahun lalu. Ada la pakai raya pastu aku jadi lupa dan malaz nak pakai sebab panas. Masa nak beli bukan main lagi, siap belek2 dekat 40x hekhekhek, pakai tak lebih dari 4x saja. Membazir betul la kita nih...
Tahun ni mungkin pakai baju melayu tahun lepas je dengan kain pelikat. Itu lagi best - berkelambu warghh-warghh-warghh!!!

Tuesday, August 25, 2009

Hebat

Harini puasa lagi, sama macam semalam. Tapi harini dada ada sedikit lega dan lapang tidak seperti semalam dan hari2 sebelumnya. Semalam pulang dari office agak awal, seawal 4.45ptg...zass, terus saja ke parkir dihujung premis. Balik awal ada tujuan...tujuan paling utama ialah nak berbuka dan yang kedua penting ialah keputusan menang atau kalah perang moden berebut kerusi wakil suara rakyat.
Gendang perang sebelum ni dipalu dgn gegak gempita mengatakan suara2 rakyat menolak wakil terdahulu dan amat perlu wakil yang baru, wakil yang penuh bergaya, wakil yang menjamin kesaksamaan pembangunan. Yang terdahulu kununnya tidak ada apa2 perubahan sekian tahun kecuali tempat2 menuntut ilmu agama saja yang tumbuh macam cendawan. Ini merosakkan minda orang2 moden dan perjalanan pembangunan agaknya mmengundur kebelakang.
Entahlah, itu cakap2 disebalik lensa kamera media yang berbagai ragam olahan ceritanya, dan aku serta ramai lagi sebagai penontonnya. Betul atau menipu kenyataan yang disiarkan masing2 boleh menilai sendiri. Masing2 punya otak anugerah ilahi untuk berfikir dan cara mana untuk berfikir sudahpun digariskan di dalam banyak hadith yang dirawikan ulama' muktabar sejak dari dulu lagi. Percaya atau engkar, terpulang...tepuk dada tanya iman.
Sms bertali arus dari sahabat2 pejuang sealiran. Berita gembira, berita yang sepatutnya diterima di dalam bulan barakah ini. Menang lagi kepimpinan islam, menang lagi partai yang dikatakan kolot, menang lagi partai pak lebai yang dilabelkan malang selalu...menang dengan penuh gaya dan sekaligus menyingkir dakwaan sang-sang yang berputar alam memberi kenyataan media itu-ini-begitu-begini. Aku dan sahabat2 bertaqbir gembira dan bersyukur. Masih ramai yang mencintai agama dari janji duniawi yang kosong dan menipu.
Kepada sahabat2 yang bertugas - "jazakumullah u khairan katsiro". Mudah2an keberkatan itu berkekalan sehingga akhir hayat.

Allahuakbar.

Monday, August 24, 2009

Berbuka puasa

Dah masuk 3 hari puasa. Macam biasa saja rasanya, tapi badan dah rasa ringan sikit. Maklumlah, puasa sehari menghilangkan lemak yang terkumpul selama setahun. Itu kata nabi. Hari pertama agak tidak bermaya rasanya, lembik, lapar...bila berbuka minum secawan kopi o panas terus makan kuih dan solat maghrib lepas makan.
Waktu solat ni yang agak payah sikit, maklumlah - perut penuh dgn angin pada siangnya, bila makan sure ada tekanan dalam usus. Bila solat muka berkerut, kaki terkepit-kepit menahan kentut hehehe. Mahu atau tidak kena teruskan juga hingga selesai solat maghrib.
Itu yang agak payah bila ada sahabat2 yang ajak berbuka dirumah mereka atau di mana2 saja. Aku didalam kepayahan bila saat2 genting macam tu. Maaf la bebanyak pada yang offer tu...bukan tak sudi, tapi itulah realitinya.
Semalam berbuka ala kadar je, makan nasi dgn sup tulang kaki. Sedap juga, tapi lemak2nya sudah dibuang, yang tinggal hanyalah urat2 kaki yang lembut untuk dicecah dgn air assam. Meleleh juga air liur waktu nak beli semalam. Kalau ikutkan nafsu mmg nak beli banyak tapi bila berbuka makan sikit dah cukup - sengkak perut!!
Mungkin setakat itu saja rezeki aku yang tuhan beri untuk semalam.

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H