Monday, August 24, 2009

Berbuka puasa

Dah masuk 3 hari puasa. Macam biasa saja rasanya, tapi badan dah rasa ringan sikit. Maklumlah, puasa sehari menghilangkan lemak yang terkumpul selama setahun. Itu kata nabi. Hari pertama agak tidak bermaya rasanya, lembik, lapar...bila berbuka minum secawan kopi o panas terus makan kuih dan solat maghrib lepas makan.
Waktu solat ni yang agak payah sikit, maklumlah - perut penuh dgn angin pada siangnya, bila makan sure ada tekanan dalam usus. Bila solat muka berkerut, kaki terkepit-kepit menahan kentut hehehe. Mahu atau tidak kena teruskan juga hingga selesai solat maghrib.
Itu yang agak payah bila ada sahabat2 yang ajak berbuka dirumah mereka atau di mana2 saja. Aku didalam kepayahan bila saat2 genting macam tu. Maaf la bebanyak pada yang offer tu...bukan tak sudi, tapi itulah realitinya.
Semalam berbuka ala kadar je, makan nasi dgn sup tulang kaki. Sedap juga, tapi lemak2nya sudah dibuang, yang tinggal hanyalah urat2 kaki yang lembut untuk dicecah dgn air assam. Meleleh juga air liur waktu nak beli semalam. Kalau ikutkan nafsu mmg nak beli banyak tapi bila berbuka makan sikit dah cukup - sengkak perut!!
Mungkin setakat itu saja rezeki aku yang tuhan beri untuk semalam.

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H