Ramadhan datang lagi. Syukur kerana kita diberikan peluang sekali lagi untuk beramal didalam bulan yang penuh barakah ini. Sebelumnya, yakni ditahun lalu kita berdoa moga2 panjang umur, murah rezeki untuk sampai Ramadhan ini. Alhamdulillah, di makbulkan tuhan, kita sihat untuk menjalankan ibadah puasa dan malamnya dgn tarawikh.
Mungkin ramai antara kita tidak sedar bahawa kita semakin lanjut perjalanan menuju alam yang lagi satu, alam kekal. Bekalan untuk kesana mesti diambil kira satu persatu, cukup atau masih compang sana sini? Kantong yg bocor mesti di jahit dengan amal kebajikan dan amal soleh. Soalnya mampukah kita beramal soleh kalau tidak berilmu? Sedangkan beramal tanpa ilmu itu amalan sia-sia dan tidak dikira. Contoh paling mudah yang dapat kita lihat ialah perlakuan dalam solat. Semuanya ada hikmahnya, ada caranya yang betul dan dituntut untuk mendalaminya. Rasanya semua orang belajar untuk mendirikan solat yang betul, tetapi beberapa tahun yang lalu? Seawal zaman kanak2 kah, atau melalui buku2 agama? Tepuk dada sendiri dan jawap sendiri. Itu baru soal pokok, soal asas menjadi seorang muslim...belum lagi masuk dalam bab2 yang lebih dalam dan lebih kronik.
Dalam bulan ini juga ujian kepada kita yang puasa ni ada macam2. Tak cukup dengan godaan mata, pasti godaan lapar dan dahaga. Pastinya ada golongan yang tidak boleh berpuasa sebab uzur syarie, ada juga uzur sebab yang mendatangkan sebab kenapa tidak mampu berpuasa.
Paling kerap jumpa ialah golongan beg plastik hitam yang tanpa segan silu membeli di kedai2 makan yang separuh buka, separuh tutup pintunya. Golongan ini terlalu ramai. Kadang2 mendatangkan rasa malu kita pada bangsa asing. Rata2 yang beratur untuk beli nasi bungkus ini bukan tak tahu malu...malu juga sebab mereka memakai topi keledar sama seperti orang2 melayu yang berbaris membeli magnum 4 nombor ekor tu. Kalau ada full face helmet lagi diaorang nak pakai, takut dikenali hehehe.
Ntahlah... ada yang menyalahkan penguatkuasaan tidak serious, tapi bagi aku mereka ni semua tidak takut tuhan. Apalah daya kita seorang manusia ni? Nak melarang memang boleh larang, tetapi sekadar boleh larang saja. Golongan ni tak takut dgn kita seorang manusia sedangkan larangan tuhan yg mencipta manusiapun dia buat tak kisah. Kecualilah kalau2 masa buat engkar tu kena sambar petir..! Kalau mcm tu, aku rasa memang tak berani geng2 ni nak buat "tahana" dalam bulan2 mulia ni.
Adios, sekadar kongsi berfikir.
Sunday, August 23, 2009
Sunday, August 2, 2009
Pasar malam

Seorang sahabat yang berniaga...Sudah agak lama aku tidak ke Pasar malam. Selalunya aku akan adjust time sebelum maghrib untuk beli barang jika perlu. Tapi Sabtu tadi silap perkiraan, terlewat hingga ke maghrib.
Sewaktu dalam mengatur langkah ke destinasi, aku berselisih dengan species "janggut" yang mengembek on the way home hehehe. Aku?? On the way to pasar malam...waa, malu woo kat kambing. Diapun faham waktu maghrib kekekeke.
Thursday, July 16, 2009
Business card
Cerita ceriti orang yang angan2 nak hidup berdua, berkongsi hidup susah senang. So bila nak melangsungkan majlis mesti ada yang merakam detik2 indah tu. Paling tidakpun dirakam dengan kamera still kalau tidak dengan video. Ada juga yang ambil endah tak endah perkara ni, tapi ada kewajarannya bila kita fikirkan balik gunanya foto2 sejarah perkahwinan.Dunia digital macam sekarang ni lagi mudah untuk melaksanakan impian tersebut. Panggil seseorang yang mahir kalau tidak yang separuh mahir untuk merakam detik indah tersebut, pasti suatu hari amat berguna kepada yang dah berumah tangga. Asam garam hidup orang berkongsi bantal, paling tidak tergigit telinga kalau tidak terbaham leher hehehe. Bila dah begitu keadaannya, maka seorang tidur dipenjuru rumah, seorang lagi muncungnya panjang macam burung bangau. Masing2 menunjukkan sifat egois yang melampau. Ketika berkeadaan begini kalau bertemu para penasihat keluarga mesti dia usul supaya lihat balik foto2 sejarah nak memulakan hidup berdua dulu....saat indah. Secara automatik kalau yang jenis hati lembut, sure dia sayang nak meninggalkan semua kenangan indah itu.
Itulah peranan foto2 sejarah perkahwinan. Cantik atau sebaliknya bukan soal, tapi itulah kenangan yang patut diimbau kembali bagi menjernihkan suasana kelam atau keruh.
So, I'm the one, who get ready to be hire for that purpose hehehe
Monday, July 6, 2009
Custom Album ...

Custom album yang telah siap untuk delivery pada pelanggan.
Ramai yang bertanya, kenapa custom album untuk wedding dan family album ni mahal?? Jawapnya agak mudah, tapi nak meluahkannya agak berat. Custome album ni kalau nak buat perlu ada kesabaran, terutama sekali semasa editing semua gambar2 tu. Di permulaannya sudah tentulah masa shot dengan camera. Camera pulak agak mahal, equipment's yang di gunakan juga mahal dan yang paling mahal ialah idea dan creativity photographer. Mengambil gambar dgn camera slr bukan semudah 1,2,3, tetapi perlu ada kemahiran. Tanpa kemahiran, memang mimpilah nak dapat gambar2 yang cantik dan artistic. Semuanya kena belajar dan latihan juga amat perlu. Satu photography clinic yang di anjurkan selalunya memerlukan bayaran tertentu kepada penganjur, malah kadang2 harga yang di kenakan tidak masuk akal. Tapi itulah realitinya bila kita memerlukan dan ada yang menawarkan.
Sama juga dgn kerja2 ambil gambar macam ni, ada pelbagai tawaran dan pelanggan akan memilih yang terbaik untuk di langgani.
Adios
Wednesday, June 3, 2009
Trauma @ fobia tak abis lagi...
Salam semua.
Aku baru kerja harini setelah cuti jumaat sampai semalam (Isnin). Kebetulan aku mmg ada kerja di luar kawasan liputan. Kebetulan juga semalam besday aku, so aku cutilah untuk merehatkan badan yang sengal2 akibat drive yang mendatangkan stress. Asalnya aku nak balik terus lepas habis tembak2 di Cheras, tapi aku rasa letih sgt, jadi aku tumpang bermalam di Bukit Beruntung, rumah adik ipar aku. Selamatlah malam tu, sebab aku terlalu capek pada siangnya.
Bangun seawal jam 5.00 subuh, solat, lepas tu makan nasik lemak ciptaan bini aku hehehe. Dua pinggan selesai, lepas tu aku tanya apa hadiah harijadi aku tahun ni pada anak aku...saban tahun stokin pasar malam RM5 - 3 pasang tu hehehe. Tahun ni tak nampak bayang bungkusan "cinoni"pun...? Ahh, mungkin lebih besar punya hadiah la tur..takpa simpan dulu anganan tu.
Jam 8.30pg, aku bertolak dari Bkt Beruntung terus ke Serendah sebab nak jemput mak aku dari sana bawa balik. Lepas bual2 dgn sedara mara, jam 9.45pg teruskan perjalanan balik. Jalan okey saja....”man-man” sebab tak ada apa yang urgent. Melepasi kawasan Rasa anak kecik tu mengamok nak susu dan dia ni mmg perangai dia tak boleh tolak ansur punya.. Sebut je, time tu jugak dia nak, bukan boleh tunggu2 dah. So isteri aku suruh berhenti tepi jalan dekat kawasan redup. Anak aku yang besar turun dan bukak boot belakang untuk bancuh susu. Tak sampai 3minit satu kereta datang dari arah depan jenis Wira plet no MAG4352 blue black menghadang dari depan (didalamnya ada 3 orang India). Aku dah tak sedap perut la dalam keadaan macam tu, jerit panggil anak dara aku masuk cepat dalam kereta, bila dia masuk saja aku lock dari dalam. Tunggu apa nak jadi...............
Aku undurkan kereta, dia sondol aku dari depan, seorang dari India dalam kereta turun dan ketuk cermin kereta suruh buka. Aku turunkan sikit cermin untuk dengar apa dia nak cakap. "Halo!! Ini kereta Rosli punya kan??? Hutang sama RHB sudah 9 bulan tarak bayar, kita mau tarik ini kereta!!!" Aku jadi keliru, gamam...Rosli??? RHB??? Silap orang ker??? Aku bukan Rosli, bukan hutang dgn RHB...! Baru gantung payment sebulan jer, takkan mcm ni??... Provokasi melampau supaya aku keluar dari kereta tapi sempat dia sambung cakap aku "celah" terus melalui tepi longkang, jalan berumput di situ. Dalam hati aku kata mmg dorang ni nak merompak. Aku tekan pedal tak hingat laa...mmg laju, sekejap dorang potong himpit aku ketepi, sekejap aku himpit diaorang ketengah jalan, mcm tulah. Jgn dorang ni ada pistol cukup la...dah jadi macam cerita hisdustan la gayanya kat jalan raya antara Rasa ke Kualal Kubu Bharu.
Aku tak tau apa nak buat melainkan call abg ipar aku yang duduk di Besout. "Bang tolong aku, ada geng India bersubang ligan aku, di kawasan dotdotdot, blablabla...." dan aku tunggu selanjutnya apa dorang nak buat. Anak isteri, mak aku dah mcm nangis2 dah takut, melemahkan kaki tangan aku semua. Jalan paling baik biarlah aku di belakang dorang. Bila dorang berpaling kebelakang, aku suruh dorang kedepan lagi, tujuan aku supaya dorang ni masuk perangkap geng Besout pulak. Apa nak jadipun kira jadilah!! Kurang ajar punya geng subang nih!!
Nasib aku baik, bila sampai di Kalumpang dekat dengan Tanjung Malim. Di situ ada JPJ dan Polis buat road block. Geng subang ni berpatah balik bila nampak road block tu. Aku masih belum selamat sebab dorang ni mmg ada geng lain mungkin. Sebab takut di ekori lagi, abg ipar aku hantar semua geng2 resque melayu ni tunggu di setiap jalan utama antara Tanjung Malim ke Besout. Aku perasan ada yang mengekori aku sampai aku masuk Besout dan selamat di situ.
Menurut diaorang ni, bila aku beritahu rupa paras dan sebagainya, tempat kejadian - sah!! Hang silap berhenti. Tu mmg kawasan orang potong kepala.
Petang jam 4.30, aku keluar semula setelah di pastikan jalan selamat. Sampai umah jam 6.30ptg, solat asar dan rehat.
Anak isteri aku mungkin mengalami trauma yg panjang....! Dan inilah hadiah harijadi aku untuk tahun ini. Aku masih terfikir dan terus berfikir…kenapa jadi macam tu? Kifarah dosa atau ujian pada aku dan keluarga?
Moralnya, jangan berhenti di tepi jalan untuk bancuh susu. Pastikan bawak susu yang sentiasa panas yg di letakkan dalam bekas polisterin kedap udara panas tu, atau guna susu original yang tergantung tu hehehe.

Pastikan langkah kita selamat selalu!
Monday, June 1, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
a k u W A R I S A Y A H