Wednesday, June 3, 2009

Trauma @ fobia tak abis lagi...

Salam semua.
Aku baru kerja harini setelah cuti jumaat sampai semalam (Isnin). Kebetulan aku mmg ada kerja di luar kawasan liputan. Kebetulan juga semalam besday aku, so aku cutilah untuk merehatkan badan yang sengal2 akibat drive yang mendatangkan stress. Asalnya aku nak balik terus lepas habis tembak2 di Cheras, tapi aku rasa letih sgt, jadi aku tumpang bermalam di Bukit Beruntung, rumah adik ipar aku. Selamatlah malam tu, sebab aku terlalu capek pada siangnya.
Bangun seawal jam 5.00 subuh, solat, lepas tu makan nasik lemak ciptaan bini aku hehehe. Dua pinggan selesai, lepas tu aku tanya apa hadiah harijadi aku tahun ni pada anak aku...saban tahun stokin pasar malam RM5 - 3 pasang tu hehehe. Tahun ni tak nampak bayang bungkusan "cinoni"pun...? Ahh, mungkin lebih besar punya hadiah la tur..takpa simpan dulu anganan tu.
Jam 8.30pg, aku bertolak dari Bkt Beruntung terus ke Serendah sebab nak jemput mak aku dari sana bawa balik. Lepas bual2 dgn sedara mara, jam 9.45pg teruskan perjalanan balik. Jalan okey saja....”man-man” sebab tak ada apa yang urgent. Melepasi kawasan Rasa anak kecik tu mengamok nak susu dan dia ni mmg perangai dia tak boleh tolak ansur punya.. Sebut je, time tu jugak dia nak, bukan boleh tunggu2 dah. So isteri aku suruh berhenti tepi jalan dekat kawasan redup. Anak aku yang besar turun dan bukak boot belakang untuk bancuh susu. Tak sampai 3minit satu kereta datang dari arah depan jenis Wira plet no MAG4352 blue black menghadang dari depan (didalamnya ada 3 orang India). Aku dah tak sedap perut la dalam keadaan macam tu, jerit panggil anak dara aku masuk cepat dalam kereta, bila dia masuk saja aku lock dari dalam. Tunggu apa nak jadi...............
Aku undurkan kereta, dia sondol aku dari depan, seorang dari India dalam kereta turun dan ketuk cermin kereta suruh buka. Aku turunkan sikit cermin untuk dengar apa dia nak cakap. "Halo!! Ini kereta Rosli punya kan??? Hutang sama RHB sudah 9 bulan tarak bayar, kita mau tarik ini kereta!!!" Aku jadi keliru, gamam...Rosli??? RHB??? Silap orang ker??? Aku bukan Rosli, bukan hutang dgn RHB...! Baru gantung payment sebulan jer, takkan mcm ni??... Provokasi melampau supaya aku keluar dari kereta tapi sempat dia sambung cakap aku "celah" terus melalui tepi longkang, jalan berumput di situ. Dalam hati aku kata mmg dorang ni nak merompak. Aku tekan pedal tak hingat laa...mmg laju, sekejap dorang potong himpit aku ketepi, sekejap aku himpit diaorang ketengah jalan, mcm tulah. Jgn dorang ni ada pistol cukup la...dah jadi macam cerita hisdustan la gayanya kat jalan raya antara Rasa ke Kualal Kubu Bharu.
Aku tak tau apa nak buat melainkan call abg ipar aku yang duduk di Besout. "Bang tolong aku, ada geng India bersubang ligan aku, di kawasan dotdotdot, blablabla...." dan aku tunggu selanjutnya apa dorang nak buat. Anak isteri, mak aku dah mcm nangis2 dah takut, melemahkan kaki tangan aku semua. Jalan paling baik biarlah aku di belakang dorang. Bila dorang berpaling kebelakang, aku suruh dorang kedepan lagi, tujuan aku supaya dorang ni masuk perangkap geng Besout pulak. Apa nak jadipun kira jadilah!! Kurang ajar punya geng subang nih!!
Nasib aku baik, bila sampai di Kalumpang dekat dengan Tanjung Malim. Di situ ada JPJ dan Polis buat road block. Geng subang ni berpatah balik bila nampak road block tu. Aku masih belum selamat sebab dorang ni mmg ada geng lain mungkin. Sebab takut di ekori lagi, abg ipar aku hantar semua geng2 resque melayu ni tunggu di setiap jalan utama antara Tanjung Malim ke Besout. Aku perasan ada yang mengekori aku sampai aku masuk Besout dan selamat di situ.
Menurut diaorang ni, bila aku beritahu rupa paras dan sebagainya, tempat kejadian - sah!! Hang silap berhenti. Tu mmg kawasan orang potong kepala.
Petang jam 4.30, aku keluar semula setelah di pastikan jalan selamat. Sampai umah jam 6.30ptg, solat asar dan rehat.

Anak isteri aku mungkin mengalami trauma yg panjang....! Dan inilah hadiah harijadi aku untuk tahun ini. Aku masih terfikir dan terus berfikir…kenapa jadi macam tu? Kifarah dosa atau ujian pada aku dan keluarga?

Moralnya, jangan berhenti di tepi jalan untuk bancuh susu. Pastikan bawak susu yang sentiasa panas yg di letakkan dalam bekas polisterin kedap udara panas tu, atau guna susu original yang tergantung tu hehehe.
Pastikan langkah kita selamat selalu!

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H