Sunday, August 23, 2009

Ramadhan

Ramadhan datang lagi. Syukur kerana kita diberikan peluang sekali lagi untuk beramal didalam bulan yang penuh barakah ini. Sebelumnya, yakni ditahun lalu kita berdoa moga2 panjang umur, murah rezeki untuk sampai Ramadhan ini. Alhamdulillah, di makbulkan tuhan, kita sihat untuk menjalankan ibadah puasa dan malamnya dgn tarawikh.
Mungkin ramai antara kita tidak sedar bahawa kita semakin lanjut perjalanan menuju alam yang lagi satu, alam kekal. Bekalan untuk kesana mesti diambil kira satu persatu, cukup atau masih compang sana sini? Kantong yg bocor mesti di jahit dengan amal kebajikan dan amal soleh. Soalnya mampukah kita beramal soleh kalau tidak berilmu? Sedangkan beramal tanpa ilmu itu amalan sia-sia dan tidak dikira. Contoh paling mudah yang dapat kita lihat ialah perlakuan dalam solat. Semuanya ada hikmahnya, ada caranya yang betul dan dituntut untuk mendalaminya. Rasanya semua orang belajar untuk mendirikan solat yang betul, tetapi beberapa tahun yang lalu? Seawal zaman kanak2 kah, atau melalui buku2 agama? Tepuk dada sendiri dan jawap sendiri. Itu baru soal pokok, soal asas menjadi seorang muslim...belum lagi masuk dalam bab2 yang lebih dalam dan lebih kronik.
Dalam bulan ini juga ujian kepada kita yang puasa ni ada macam2. Tak cukup dengan godaan mata, pasti godaan lapar dan dahaga. Pastinya ada golongan yang tidak boleh berpuasa sebab uzur syarie, ada juga uzur sebab yang mendatangkan sebab kenapa tidak mampu berpuasa.
Paling kerap jumpa ialah golongan beg plastik hitam yang tanpa segan silu membeli di kedai2 makan yang separuh buka, separuh tutup pintunya. Golongan ini terlalu ramai. Kadang2 mendatangkan rasa malu kita pada bangsa asing. Rata2 yang beratur untuk beli nasi bungkus ini bukan tak tahu malu...malu juga sebab mereka memakai topi keledar sama seperti orang2 melayu yang berbaris membeli magnum 4 nombor ekor tu. Kalau ada full face helmet lagi diaorang nak pakai, takut dikenali hehehe.
Ntahlah... ada yang menyalahkan penguatkuasaan tidak serious, tapi bagi aku mereka ni semua tidak takut tuhan. Apalah daya kita seorang manusia ni? Nak melarang memang boleh larang, tetapi sekadar boleh larang saja. Golongan ni tak takut dgn kita seorang manusia sedangkan larangan tuhan yg mencipta manusiapun dia buat tak kisah. Kecualilah kalau2 masa buat engkar tu kena sambar petir..! Kalau mcm tu, aku rasa memang tak berani geng2 ni nak buat "tahana" dalam bulan2 mulia ni.

Adios, sekadar kongsi berfikir.

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H