Monday, July 6, 2009

Custom Album ...



Custom album yang telah siap untuk delivery pada pelanggan.
Ramai yang bertanya, kenapa custom album untuk wedding dan family album ni mahal?? Jawapnya agak mudah, tapi nak meluahkannya agak berat. Custome album ni kalau nak buat perlu ada kesabaran, terutama sekali semasa editing semua gambar2 tu. Di permulaannya sudah tentulah masa shot dengan camera. Camera pulak agak mahal, equipment's yang di gunakan juga mahal dan yang paling mahal ialah idea dan creativity photographer. Mengambil gambar dgn camera slr bukan semudah 1,2,3, tetapi perlu ada kemahiran. Tanpa kemahiran, memang mimpilah nak dapat gambar2 yang cantik dan artistic. Semuanya kena belajar dan latihan juga amat perlu. Satu photography clinic yang di anjurkan selalunya memerlukan bayaran tertentu kepada penganjur, malah kadang2 harga yang di kenakan tidak masuk akal. Tapi itulah realitinya bila kita memerlukan dan ada yang menawarkan.
Sama juga dgn kerja2 ambil gambar macam ni, ada pelbagai tawaran dan pelanggan akan memilih yang terbaik untuk di langgani.
Adios

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H