Monday, April 14, 2008

Something about kayuh baimbai

Kayuh Baimbai??...apa maksudnya, boleh makan ker...hehehe
Makna kayuh baimbai itu adalah kayuh bersama, satu slogan dalam pertubuhan banjar. Di Malaysia ini begitu ramai orang banjar, termasuk aku. Aku di lahirkan dalam 2 dunia, mak aku orang petani, pertuturannya juga petani, ayahku orang banjar, tapi percakapan hariannya lebih menjurus kepada petani.Almaklum, kampung aku di namakan sebagai Kampung Sumatra, mungkin di sini ramai orang dari seberang, malah tokwan aku asalnya dari Sulawesi. Melayukah aku? Aku sendiripun was-was....hehehehe
Kayuh baimbai juga membawa erti "moving ahead together", so dalam masyarakat banjar, tolong menolong amat dititik beratkan. Dalam bab beragama, orang banjar lebih dikenali sebagai guru-guru yang mengajar di seluruh pelusuk dunia. Orang banjar juga amat menghormati jenerasi yang paling tua. Bab ni aku baru tau last year. Tak lupa juga, dulu2 orang takut nak berkawan dengan orang banjar sebab menurut ceritanya orang banjar nie pantang diganggu, maka naiklah penampar jepun atau parang di "timpas". Nimpas parang ni amat popular bagi orang yg suka nak ejek-ejek orang banjar.
Aku telah diajak oleh bapa saudara aku ke satu majlis kenduri di Sungkai Perak. Kenduri disebut disebut "arroh" dlm bahasa banjar. So akupun pergilah dgn bapa saudara aku dan bila sampai di sana, aku seronok sangat pasal boleh kenal adik beradik aku yang selama ni aku mmg tak ambil pot lansung. Hang-hang, aku-aku. Lagipun, kami di sebelah ayah mmg dah jauh sangat ikatan kekeluargaan...biasalah, orang2 tua dah banyak diangkat kelangit jumpa pencipta agong. Yg muda2, anom-anom tak amik hal, asal tahu adik beradik saja kira good enuf...!
Di sini aku mengenal erti hormat saudara tua, ketika aku bersalaman dengan 2 ~ 3 pupu aku, paksu aku introduce aku sebagai anak "abang Jelani yang sulung", dorang pakat salam, peluk cium segala...semua anak2 dan adik beradik dalam rumah diajak keluar, salam...tunduk kepala hormat jepun kat aku. Aku jadi pelik semacam, pasal aku tak pernah dijabat tangan, salam sebegitu rupa...satu keluarga plak tuh! Makan di tempat vip la, mcm YB la dorang treat aku nih...
Masa otw balik, aku tanya paksu aku, pasai pa lagu tuh..? Jawab dia " hang jangan tak tau, hang tu anak sulung, ayah hang jugak sulung, tok hang sulung, nyang hangpun sulung jugak. Setiap jenerasi sulung mesti ada umphh nya dikalangan orang banjar".
Hehehehe....sampai sekarang ni aku masih mencari2 jawapan, mana "umphh" pada diri aku yg di sebut ada tur...? Pada aku jenerasi wawasan ni, sama jer...
Wallahua’lam - Makna di atas tu kalau tak betul, maaf ler sebab aku bukan pandai sangat bahasa banjar nie....hehehe


Adios!

Sunday, April 13, 2008

Bandar hujan


...hujan renyai-ranyai ke tepeng...

...salam....hari Isnin macam nie, matapun malas nak buka pagi-pagi...nak datang kerja penuh dengan kecintaan pada bantal dan tilam. Semalam cuti, lepak habis. Tidur, bangun, makan, tidur semula ntah berapa kali. Petangnya bawak anak kecil belaan aku jalan-jalan ambil angin, tapi tak boleh buka tingkap keter pasal ujan lebat. Biasalah...tepeng nie bandar hujan. Tempat lain kontang, tapi kat sini ada hujan.










Friday, April 11, 2008

kenangan



Hujung minggu camni, selalunya aku boring...boring pasal tak kemana-mana. Rasa macam nak balik kampung, tengok tinggalan sejarah aku. Di rumah ni, aku mengenal dunia seawal elektrik dijana generator besar di hujung kampung. Elektrik hanya di supply bermula seawal jam 6.00ptg, masa kitaorang sebok mandi di telaga, 6.30ptg ada cerita Ultraman di tv hitam putih milik tokwan aku. Bertolak hang akulah dengan sepupu sepapat aku nak tempat yang paling depan sebab tv cuma tv kecil Hitachi 12". Tombol pulas tukar chanel ntah kemana hilang pasal tercabut hasil perebutan tv cucu-cucu tokwan aku hehehehe.
Arwah tokwan aku cuma memerhati tingkah kami semua, sekali sekala dia berdehem kuat tanda protes kami buat bising, kadangkala pasal dia tak boleh tengok chanel yang dia suka....alah...ada 2 channel jer time tu, tv1 dan tv2. Tv1 bahasa melayu, tv2 kebanyakannya inggeris, kadang-kadang slot untuk tamil dan mandarin.
Dirumah inilah 90% hidup aku semasa kecil. Halaman yang besar tu lumat kami kerjakan, tambahan kalau ada becak, mak ayah takleh nak bersuara langsung sebab "big boss" ada jadi mopiko. Apa-apa hal ngadu ngan tokwan, so "mopikaw lai aa.." Selamatlah kitaorang semua hehehe.
Kegemaran aku, main guli, gerek, basikal dan main senapang "bemban", pelurunya dibuat dengan bemban juga untuk main perang-perang. Sama macam zaman bebudak sekarang main paintball tu , cuma dulu-dulu takder safety jacket, face visor atau google. Yang nyata kalau kena tembak sure merah la dada atau belakang. Yang peliknya, tak pernah kena mata atau kawasan "burung sembunyi". Yang tersasar selalunya tokwan aku jadi mangsa sebab dia baring di pangkin bawah rumah hehehehe. Lepas tu pakat2 diam kena marah dgn mak atau ayah aku. Tapi sifat mopiko tu menyelamatkan keadaan la selalunya.
Kini tokwan dah 26 tahun meninggalkan aku. Segalanya jadi hiruk pikuk pasal harta tinggalan. Anak2 tokwan aku semuanya anak angkat, termasuklah mak aku sendiri. Walaupun akrab hubungan, tapi kadang-kadang tergigit juga hati yang seketul tu. Aku sebagai anak warisan, cuma boleh memerhati tanpa boleh berbuat apa-apa. Ditegur akan dianggap derhaka, diam bererti tak ambil kisah - at last aku jadi orang bisu....
Rumah tinggalan ini masih lagi dalam keadaan baik, mungkin tukang rumah dulu2 amat teliti kerja tangannya. Rumah ini juga tak punya paku, semuanya guna tanggam dan selak kayu. Menurut arwah tokwan aku, rumah ini dibina dengan sebatang kayu balak. Aku tak boleh agak besar mana balak tu, tapi bila tengok rantai gajah di bawah rumah (masih ada) tu rasanya memang besar. Di kampung aku cuma ada 3 buah rumah saja yang satu pattern atau design macam ni, yang satu dah kena baham api, yang satu lagi milik sepupu tokwan aku. Tokwan aku pernah tunjuk kat aku masa nak tidur malam, satu makhluk berjuntai kaki di alang rumah....badannya hitam, matanya kuning bersinar-sinar...heeee.
Tinggal kat kampung ni, bukan macam dalam bandar semuanya kena kunci. Rumah tokwan ni selamat sikit pasal di sebelah pagarnya ada balai polis Sg Bayor. So memang selamat.....
Yang bimbangkan aku, selamat ke lagi rumah ni 10 tahun akan datang?
Adios...

Who is lamaQue?

....i still remember one of my friend said yesteryears, even in my club...people just know your nick but not your face...here I am dude..

..my key chain

...as what all pugter's love to show off...

everybody is blind...

Pagi-pagi ni drive my lovely wrek - pug 405, dalam kesibukan jalanraya yang bersimpang siur, adala satu kereta yang pada pandangan aku dia drive secara amat tidak selamat bagi dirinya dan merbahayakan pemandu lain jugak. Sekejap ketepi, sekejap di tengah jalan, nanti dalam beberapa saat jer dah ke haluan yg bertentangan. Kereta dari arah depan asyik megelak dari dia, bukan dia yg elak. Aku cuma ikut di belakang pada jarak 2 buah kereta dan cukup berhati-hati, takut kalau-kalau kereta di depan terjun parit yang tak kenal orang.

Dalam berkira-kira untuk overtake keter tu, aku teringat masa dulu-dulu, aku kena penyakit mengantuk bila drive, asal pegang steering jer matapun ikut nak redup-redup nak katup. Lama jugak aku cuba jadi driver yg sihat. Macam-macam ubat aku makan, kawan-kawanpun ada yang suggest minum itu ini, tapi tak jalan jugak. Akhirnya ada seorang mua'lim beri petua. Katanya kalau sujud akhir solat subuh, sujud tu biar lama sikit dari biasa - insyaallah akan baik jadinya. Alasan, aku tak tahu sebab tidak di beri sebarang alasan untuk berbuat demikian.

Akupun mencuba petua mua'lim ini, seminggu yang pertama memang ada kesan - aku lena dalam sujud tu....hehehe, mmg aku tak ngantuk pasal lewat gi kerja, drive keter aku mcm ribut la...mana ada time nak layan mata. Minggu kedua, alhamdulillah, tapi bila nak duduk tahiyat akhir, mata aku rasa macam nampak colour kuning jer...2 hari aku mc pasal panel doctor cakap darah tinggi hahaha.

Sekarang aku tak ngantuk lagi, sebab on the way nak datang kerja, ada satu keter jepung, drivernya sorang awex cun (kalau tengok tudung dialah), setiap hari kita orang main cilok-cilok, hehehe, so ada xtvt - matapun bukak luas jer...

Boring


....He got a house besides of my house

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H