Sunday, May 17, 2009

Tegarnya penghisap rokok

Perokok tegar...Well, harga rokok makin hari makin bertambah, tak ada yang turun lagi. Bagaimana nak berhenti atau kurangkan pada peringkat awal? Menurut seorang kawan yang memang penghisap rokok yang setia kata dia memang dah cuba gantikan rokok dgn gula2. Memang dia boleh berhenti rokok, tapi sekarang dia hisap semula sebab katanya, tujuan utama berhenti rokok sebab dia nak kurangkan belanja keluar duit beli rokok. Tapi semasa dia hentam gula2 hampir RM5~6 juga belanja sehari...fuhh!! Mentekedarah gula2 ker?
Orang kedua yang di temui, seorang perokok tegar juga. Petani tua berumur lingkungan 70an, dia kata isap rokok atau curut tak ada apa2pun kesan pada dia, sebab selalu minum air nyiur muda untuk keluarkan segala racun2 dalam dadanya. Dah hampir 50 tahun isap curut, okey je..hehehe
Yelah, bukan semua orang yang tidur tak pakai kelambu tu kena denggi. Yang tidur dalam bilik aircond dan berjaringpun kena juga denggi berdarah. Semuanya nasib lah kalau kena, tapi kena hati2.
Kalau tekad dalam hati, isap rokok tu haram, kira kita sebagai orang Islam ni akan tinggalkan rokok, sebab ia memudaratkan. Tok2 guru juga ramai yang kata rokok tu haram sama juga dengan ganja dan adik beradiknya. Ntahlah, aku tak tau pasal stim ganja. Yang aku pernah rasa air daun ketum, sekali minum 4 hari kepala aku bengong sakit sangat2.
Lepas ni kalau orang offer minumpun aku akan tolak tepi la daun ketum...huuu

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H