Kampungku Selama Perak, apa yang menarik? Dulu hanya pekan di hujung-hujung Malaysia, tapi sekarang sudah ada homestay, minimarket dah bercambah kiri kanan pekan kecil ini. Saban tahun bila hari raya atau hari cuti umum, aku jadi gundah dan pelik - kenapa ramai sangat?? Mungkin orang luar pulang kekampung merayakan idul fitri agaknya...
Pemandangan begini amat biasa pada hari cuti umum. Hentian bas ini dijadikan tempat parking kereta orang-orang di sini untuk ke pasar. Gambar ni dirakam seawal jam 7.45pagi sewaktu hujan renyai-renyai...
Ulam kampung, ikan air tawar selalunya jadi rebutan pengunjung bandar termasuk aku hehehe. Masih ada orang jual buah putat, pucuk kopi, bunga beka dan aku ada terjumpa orang jual buah pulasan di sini, tapi aku tak sempat nak rebut peluang beli sebab orang lain dah sambar dulu..
Sebok juga pekan kecil ni. Sana sini gerai segera dibuka sempena nak sambut raya dan peniaga menyambut duit-duit pengunjung. Jalan utama ini selalunya sunyi sepi bila jam 8.00malam...kira boleh baring tengah jalan takder sapa nak langgar hehehe. U turn Peugeot aku 10x pun takder hal, takder abang misai yang memerhati...
Adios
1 comment:
Askm
Maaf menggangu.terjumpa foto-foto pekan selama. rindu betul dah 5 tahun tak baliks ana. di situlah jamil di besar oleh nenek. sekolah menengah dato haji hussein
sekolahku.rindu selama.
Post a Comment