Monday, October 20, 2008

Changkat Jering Perak

Minggu lalu hari Sabtu, aku meluangkan masa berkunjung ke sini. Sudah agak lama tak menjengah kemari. Sebut Changkat Jering rasanya seantero malaya tahu keistimewaannya. Terletak lebih kurang 300meter dari susur keluar lebuhraya utara selatan. Sebut saja Changkat Jering orang akan ingat ada rumah jins, kampung jins hehehe. Senator Jins Shamsudin tu. Dulu pagar rumahnya dibuat dari roda kereta lembu, sekarang dah hilang atau dibuang mungkin sebab reput dimamah usia.
Pasar sabtu ni menjanjikan segala buah kampung, ulam-ulam kampung dan tak ketinggalan gerai2 yang menjual aneka kuih, laksa, mee rebus, satey...sebut saja - cari, sure ada. Kawan aku dari luar cakap, makan kat sini murah, so aku no comment la...
Ramai pengunjung kesini mencari ikan masin, ikan pekasam, ikan entah apa2 ikan semua ada. Buah kerdaspun adaaaa...
Kuih, tapai, cucur "peniram" atau kuih telinga hindu (syttt sensitive) memang banyak, boleh beli dalam kiraan kilo kalau mahu.
...well, aku jumpa mek ni, kawan lama aku yang berniaga mee rebus dan laksa. Bagus, sekurang-kurangnya duit poket selalu penuh dan boleh tambah gram gelang tangan hehehehe....

Adios

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H