Wednesday, March 18, 2009

Bukit Gantang




Taiping, Bukit Gantang bakal riuh rendah lagi dengan pilihanraya. Tapi isunya menenggelamkan isu-isu di Bukit Selambau Kedah. Isu perang mulut, isu dewan dikunci, isu pokok, isu derhaka, isu rampas kuasa, mb halal, mb haram, speaker rosak hehehe...
Taiping bermaksud "aman selamanya", Taiping kaya dengan bijih timah dulu-dulu sehingga membawa pergaduhan puak Ghee Hin dan Hai San lalu membawa perjanjian antara keduanya. Pergeseran berebut kawasan melombong. Sekarang bijih tidak diusahakan lagi, tapi masih berlaku pergelutan berebut kuasa dan kawasan...tapi cara baru, cara yang dibenarkan, cara terhormat, cara yang tidak menumpah walau setitis darah. Cumanya cara baru ini memerlukan wang yang banyak. Ada yang menggunakan wang untuk membeli segalanya termasuk pemilik jari-jari hantu. Yang pasti, ada yang memperoleh laba dari pilihanraya dan tak kurang juga ada yang mengeluarkan sejumlah wang untuk tujuan tertentu.
Terpulang pada tahap iman masing-masing, dan sudah pasti aku berkeringat memasang bendera secara suka rela kerana aku tidak punya wang untuk membeli tangan-tangan pemasang bendera keramat pilihan ramai.

Adios, selamat berjuang wahai penduduk Bukit Gantang.

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H