Tuesday, August 19, 2008

SSPN

Jumaat lepas, kebetulan aku lepas exam, aku ambil peluang untuk update akaun sspn. Di kaunter pertanyaan seorang pakcik sedang bertanyakan sesuatu. Kebetulan aku di belakangnya, so aku mendengarkan saja apa yang ditanya. Agak menarik bila penyambut tetamu bank mengatakan begini bila pakcik tersebut bertanyakan hal-hal pengeluaran;
1. Simpanan mesti melebihi setahun
2. Umur anak mesti 18 tahun pada tarikh pengeluaran
3. Had pengeluaran hanya 70% dari amaun simpanan.
Akupun congak-congak dalam kepala macam pakcik tu...waa...kalau buka akaun seawal anak umur 1 tahun dan minima simpanan RM20 X 12 bulan X 18 tahun = ??? Tapi bila nak keluar duit simpanan cuma 70% saja ke?...atau aku salah dengar nih?
Aku tengok pakcik tu terkebil-kebil pegang kad sspn, macam tak percaya mungkin...lepas tu dia berpaling pada aku cakap - "pakcik dah simpan 3 tahun, duit ada RM3000...anak baru 16 tahun, macamana nak buat?. Perlu sangat duit nih!!"
Dia keluar bank, di luar kaca aku tengok dia macam tak puas hati, mulut kumat kamit...kesian dia. Saat yang macam tu, mungkin "along" la jalan selesai singkatnya...

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H