Friday, August 29, 2008

Telok Tempoyak

2~3 hari lepas, aku berkunjung lagi ketempat ni - Teluk Tempoyak, Penang. Keadaan sama macam dulu, tak banyak perubahan. Aku cuba buat teknik HDR pada gambar ni secara manual, mungkin jari aku dah keras atau otak aku tak kreatif macam kaki-kaki gambar yang lain. Layan jelah...
Gelagat maksu dengan anak saudaranya. Orang takder anak yang boleh pakai gaun biasalah, macam sakit jiwa sikit tayang sana-sini anak menakan gebu dia hehehehe
Hmmm....gayat!!
Sedikit kekejaman telah berlaku pada gambar ni, hasil kerja tangan maksunya yang baru kenal digital camera. But, the original is there...true colors!
Adios

Wednesday, August 20, 2008

Monday, 5.30pm

Cost saving

Save budget...
...cost saving. Thoseday, I used this LUNA for my painting projects instead of crayon...

Tuesday, August 19, 2008

SSPN

Jumaat lepas, kebetulan aku lepas exam, aku ambil peluang untuk update akaun sspn. Di kaunter pertanyaan seorang pakcik sedang bertanyakan sesuatu. Kebetulan aku di belakangnya, so aku mendengarkan saja apa yang ditanya. Agak menarik bila penyambut tetamu bank mengatakan begini bila pakcik tersebut bertanyakan hal-hal pengeluaran;
1. Simpanan mesti melebihi setahun
2. Umur anak mesti 18 tahun pada tarikh pengeluaran
3. Had pengeluaran hanya 70% dari amaun simpanan.
Akupun congak-congak dalam kepala macam pakcik tu...waa...kalau buka akaun seawal anak umur 1 tahun dan minima simpanan RM20 X 12 bulan X 18 tahun = ??? Tapi bila nak keluar duit simpanan cuma 70% saja ke?...atau aku salah dengar nih?
Aku tengok pakcik tu terkebil-kebil pegang kad sspn, macam tak percaya mungkin...lepas tu dia berpaling pada aku cakap - "pakcik dah simpan 3 tahun, duit ada RM3000...anak baru 16 tahun, macamana nak buat?. Perlu sangat duit nih!!"
Dia keluar bank, di luar kaca aku tengok dia macam tak puas hati, mulut kumat kamit...kesian dia. Saat yang macam tu, mungkin "along" la jalan selesai singkatnya...

Budak dengan aiskrim

Monday, August 11, 2008

Last weekend

Last weekend, sempatlah juga aku menerjah ke PISA PC Fair Penang. Memang terujalah aku melihatkan dunia komputer tanpa batas dan dunia digital yang entah dari mana datangnya. Pusing-pusing sampai aku naik pusing kepala. Ramai sungguh manusia...yang nyata manusia mata sepet menguasai arena, yang sawomatang macam aku asyik meninjau-ninjau harga yang kononnya murah-murah belaka. AKu?? Mata tak boleh tahan meninjau-ninjau perhiasan dada-dada amoi yang fesyennya memang khusus untuk menonjolkan perhiasan dada mereka...fuhh!Lemas!!
Macam biasalah, di sana sempat aku berkenalan dengan DSLR yang ni. Cun, kemas, harga murah pulak tu!. Tapi nasib baiklah ada sikit pengetahuan dan info pasal DSLR ni, tipu jugak rupanya dorang nih...hehehe. 3 jam selepas tu, isi perut dgn mee goreng kassim mustafa...pada aku, indah stori dari realistic.
Jam 5.00pm, balik, on the way terima sms "bro, ban pecah - layan sunset"...kalau ikutkan kepala aku yang berpinau pusing, memang malaz nak kesana, tapi ajakan naluri kuat untuk menyaksikan detik2 akhir matahari terjun tu...memang best waktu yang sekejap tu. Masing-masing bawak camera, masing2 tembak2 apa yang patut hmmm....
Sebenarnya, waktu yang begini memang best, akupun kadang2 terleka denagn waktu maghrib ni, tapi ada sahabat yang mengingatkan waktu...terus berjemaah di mesjid sekitar Kuala Kurau - selamat. Pastu makan malam di pinggiran pantai. Aku angkat ponggong chow, bila orang-orang tua start nyanyi dangdut, satu perkara yang merimaskan aku....arghhhh!! Sampai rumah jam 10.00mlm, mandi, telan ubat migrane...lena sampai pagi.

Adios

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H