Monday, December 14, 2009

Musim khitan (khatan)




Kegembiraan bertukar menjadi satu detik yang amat mengerikan bagi seorang kanak2 yang ingin melangkah kealam remaja. Tidak dapat tidak ianya harus ditempuhi dengan debaran di dalam dada. Semestinya di dalam hati ada yang dipersalahkan, ada yang mendambakan janji2 lunak dari seorang bapa bagi memujuk sianak. Ada yang tidak menerima hakikat bahawa ini jalan yang mesti dituju??
Apapun, aku dan mereka2 semua sudahpun merasakannya dan sudah dibuktikan ~ aku juga lelaki seperti mereka walaupun mudim berdepan dengan tendang terajang dari kaki aku hahahaha...
Nostalgia indah yang mengerikan itu takkan berulang.

Adios

Sunday, December 13, 2009

Gambar Kawin


Jangan pelik, ini cara aku ambil gambar. Asal ada peluang yang pelik aku shot je. Ada orang suka dan ada yang tak suka. Aku sukaaaaaaaaa...

Editing juga perlu pada kretiviti. Kalau memang gambar yang cantik tak perlu nak edit byk2, tapi sikit2 tu boleh la untuk mencantikkan lagi gambar..Sama juga, ada orang suka, ada yang orang meluat, tapi aku??? Sukaaaaaaaaaaaa hehehe.
~Log on to http://dzullni.fotopages.com

Sunday, November 22, 2009

Acu





Dah agak lama adik ipar aku ni tak balik kampung. Sekali balik disesahnyalah apa yang ada. Rezeki yang melimpah ruah, kena kongsi jugak dengan orang lain. Aku macam biasa, bila ada subject berkeliaran, maka tanganpun aktif la petik2 shutter camera. Suka sangat la dorang ni bila kena kandid. Sori la, dah mmg stail amik gambar camtu, suka camtu, nak buat camana hehe

Enjoyce

Sunday, October 25, 2009

Sudu


Lebih sudu dari garfu.
Ada cerita pasal ni dalam hidup aku lately, tapi tunggu for the next posting. Harini banyak kerja yang nak kena setel, tersangkut banyak sangat kerja2 harian ni...

Blaja susah


Saja test anak muda bukak starter motor. Terujanya dia pasal nak belajar apa yang susah. Yang senang2 dah malaz, thak thrill langsung. So peluang yang ada kita bagi je pada org muda camni. Belemoih tangan, keringat keluar di dahi...tak kisah! Belajar hidup cara susah lagi susah dari belajar hidup cara senang.

Thursday, September 17, 2009

Tazkirah Raya

Bila anak2 tidur, cuba perhatikan kaki2 diaorang. Belek jari2 kaki diaorang ni...ada nikmatnya bila kita buat macam tu. Sekurang-kurangnya kita akan berfikir sejenak akan diri kita dan ibubapa kita dulu membesarkan kita. Jerih dan payahnya mengasuh kita dari tidak mengenal "tahi ayam", sehinggalah sekarang - ditahun milenium yang serba canggih dan mencabar setiap hari. Noktahnya tidak ada siapa yang dapat menjangga dengan kalkulator peribadi.
Husnul zan, perjalanan masih diharapkan jauh untuk kita mengaut segala pahala dari amal perbuatan sesama insan dan kepada Robb yang satu. Tidak ada duanya melainkan satu...hanya kadangkala kita seakan alpa dengan diri kita dan umat sekeliling atas alasan tanggungjawap sehinggakan kita juga alpa dengan larangannya, sedang dalam waktu yang sama kita menurut seruannya.
Zuriat kita adalah anugerah dan amanah yang maha esa bagi mengekalkan keputihan kain hatinya, malah mereka juga adalah aset2 yang tidak ternilai harganya bilamana kita di alam barzakh kelak. Doa dari anak2 yang soleh itu diberitakan akan sampai bertali arus kepada kita kelak. Segala amal kebajikan mereka hasil dari tinggalan ilmu kita kepada mereka juga akan membuah hasil2 pahala yang berlipat kali ganda.
Soalnya, mampukah atau sudahkah kita melakukan perkara yang sama untuk ibubapa kita yang telah pergi dulu dari kita? Jika belum, bermakna ianya akan berulang kepada kita kelak. Jangan jadi anak2 yang melupai korban ibubapa...
Selamat hari raya idul fitri. Mari bersedekah untuk mereka hari ini. Mudah2an mereka tergolong dari roh2 yang berbahagia.
Amin...

Sunday, September 13, 2009

Aku takde mood nak raya...

Keter aku rosak lagi. Kalini gegaran di sebelah depan makin kuat dan macam nak tercabut je tayar bila ada hentakan walau di garisan kuning dekat traffic light. Mau tak mau kena repair jugak sebab takut jugak, musim perayaan ni kut kena kemana-mana ziarah keluarga - keter buat hal kat tepi jalan. Mau berpeluh luar dalam!! Checked dan buka - stabilizer bush dah hancur hmm...
...sib baik sifu am_lion dapat kesan mender tu je, lain2 selamat lagi kat bawah tu. Tapi nasib tak berapa baik, bila semua dah okey, dalam perjalanan pulang dari Lunas, asap keluar dari bahagian belakang engine. Terutama bila keter berhenti di traffic light. Orang kiri kanan asyik tunjuk2 kat bawah, kalau tidakpun tunjuk muka heran2 la sambil tengok singa buruk aku ni.
...sangkaan aku tepat bila bukak top cover ni. Seal pecah jugak? Minyak keluar dari bahagian ni lalu ia kena pada exzos...so minyak kena besi panas = asap keluar. Kalau dibiarkan macam tu boleh terbakar keter anytime!!
...valve seal kena tukar. Dalam alur macam longkang tu letaknya seal yang bocor tu.
Ni dia, made in france punya barang. Tak mahal, tak murah sangat. Aku budget dalam RM40, tapi kena jugak RM60 untuk benda macam getah sekerap nih...
Tapi kalau tak tukar, memang aku menempah api untuk keter aku!! So - tukarlah, selamat dan boleh pakai lagi 2-3 tahun.
So raya ni budget lari gila2 lagi. Keter nak kena raya dulu dari tuannya.

Adios

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H