Tuesday, March 24, 2009

Always ~ ummi...

She just 3 years old, but her behaviour just like the older's...


She's already 20 years old, but just like olden day kids...hehehe It's okey, before someone to take care of u later....Not so easy to be a good mum.

Thursday, March 19, 2009

Fenin

Hmm, singa aku buat hal lagi. Dua tiga harini sudah mula menampakkan tanda-tanda buah pinggangnya rosak dan makin teruk. Adakah ianya menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku?? Migrane lagilah nampak gayanya aku, bukan setakat di kepala, tapi di poket pasal kena keluar lagi sejumlah kertas ada gambar agung dan bertanda tangan zetty...uhhgh! Feninnya mikir...

Cuba teka

Bunga apa ni? Pokoknya tinggi, buahnya ada warna merah dan putih, ada kaitan dengan susu. Sikit berebut, banyak dibiar bersepah je...

Wednesday, March 18, 2009

Bukit Gantang




Taiping, Bukit Gantang bakal riuh rendah lagi dengan pilihanraya. Tapi isunya menenggelamkan isu-isu di Bukit Selambau Kedah. Isu perang mulut, isu dewan dikunci, isu pokok, isu derhaka, isu rampas kuasa, mb halal, mb haram, speaker rosak hehehe...
Taiping bermaksud "aman selamanya", Taiping kaya dengan bijih timah dulu-dulu sehingga membawa pergaduhan puak Ghee Hin dan Hai San lalu membawa perjanjian antara keduanya. Pergeseran berebut kawasan melombong. Sekarang bijih tidak diusahakan lagi, tapi masih berlaku pergelutan berebut kuasa dan kawasan...tapi cara baru, cara yang dibenarkan, cara terhormat, cara yang tidak menumpah walau setitis darah. Cumanya cara baru ini memerlukan wang yang banyak. Ada yang menggunakan wang untuk membeli segalanya termasuk pemilik jari-jari hantu. Yang pasti, ada yang memperoleh laba dari pilihanraya dan tak kurang juga ada yang mengeluarkan sejumlah wang untuk tujuan tertentu.
Terpulang pada tahap iman masing-masing, dan sudah pasti aku berkeringat memasang bendera secara suka rela kerana aku tidak punya wang untuk membeli tangan-tangan pemasang bendera keramat pilihan ramai.

Adios, selamat berjuang wahai penduduk Bukit Gantang.

Alfa Romeo

Sewaktu pulang dari office, aku singgah di bengkel baiki kenderaan sahabat lama aku. Ternampak aku species yang hampir pupus ni. Walau dah puluhan tahun, tapi baunya tetap ada. Bau kereta Italy. Tak ramai yang tahu, cuma yang betul-betul fanatik continental car akan dapat menghidu baunya hehehehe. Penuh nostalgia pada pemiliknya, mungkin sebab kuasa twin cam 2.0 nya, atau carburetor side webernya.

Monday, March 16, 2009

nasib

Ada orang suka pada aku, ada orang benci aku sebab dihiasi sesuatu bagi mencantikkan dan nampak menyelerakan. Ada orang gian pada aku, malah setiap pagi dan petang dilahapnya aku tanpa belas. Ada orang suka tengok saja tanpa berbuat sesuatu. Ada orang cuma suka telur aku saja, tapi aku dipinggirkan. Ada orang cuma menjadikan aku sebagai pengalas telur. Ada orang, tak kenalpun aku. Nasib.....apa nak buat...aku hanyalah si roti hambar, dipotong dan dihias. Tak ada telur, siapalah aku...

Welcome dear...


Speechless new babies on board. Welcome dear and be my partner day and night....I'll take care of you and don't forget ~ I need your service soon...hahahaha!

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H