Cerita ceriti orang yang angan2 nak hidup berdua, berkongsi hidup susah senang. So bila nak melangsungkan majlis mesti ada yang merakam detik2 indah tu. Paling tidakpun dirakam dengan kamera still kalau tidak dengan video. Ada juga yang ambil endah tak endah perkara ni, tapi ada kewajarannya bila kita fikirkan balik gunanya foto2 sejarah perkahwinan.
Dunia digital macam sekarang ni lagi mudah untuk melaksanakan impian tersebut. Panggil seseorang yang mahir kalau tidak yang separuh mahir untuk merakam detik indah tersebut, pasti suatu hari amat berguna kepada yang dah berumah tangga. Asam garam hidup orang berkongsi bantal, paling tidak tergigit telinga kalau tidak terbaham leher hehehe. Bila dah begitu keadaannya, maka seorang tidur dipenjuru rumah, seorang lagi muncungnya panjang macam burung bangau. Masing2 menunjukkan sifat egois yang melampau. Ketika berkeadaan begini kalau bertemu para penasihat keluarga mesti dia usul supaya lihat balik foto2 sejarah nak memulakan hidup berdua dulu....saat indah. Secara automatik kalau yang jenis hati lembut, sure dia sayang nak meninggalkan semua kenangan indah itu.
Itulah peranan foto2 sejarah perkahwinan. Cantik atau sebaliknya bukan soal, tapi itulah kenangan yang patut diimbau kembali bagi menjernihkan suasana kelam atau keruh.
So, I'm the one, who get ready to be hire for that purpose hehehe
Thursday, July 16, 2009
Monday, July 6, 2009
Custom Album ...
Custom album yang telah siap untuk delivery pada pelanggan.
Ramai yang bertanya, kenapa custom album untuk wedding dan family album ni mahal?? Jawapnya agak mudah, tapi nak meluahkannya agak berat. Custome album ni kalau nak buat perlu ada kesabaran, terutama sekali semasa editing semua gambar2 tu. Di permulaannya sudah tentulah masa shot dengan camera. Camera pulak agak mahal, equipment's yang di gunakan juga mahal dan yang paling mahal ialah idea dan creativity photographer. Mengambil gambar dgn camera slr bukan semudah 1,2,3, tetapi perlu ada kemahiran. Tanpa kemahiran, memang mimpilah nak dapat gambar2 yang cantik dan artistic. Semuanya kena belajar dan latihan juga amat perlu. Satu photography clinic yang di anjurkan selalunya memerlukan bayaran tertentu kepada penganjur, malah kadang2 harga yang di kenakan tidak masuk akal. Tapi itulah realitinya bila kita memerlukan dan ada yang menawarkan.
Sama juga dgn kerja2 ambil gambar macam ni, ada pelbagai tawaran dan pelanggan akan memilih yang terbaik untuk di langgani.
Adios
Subscribe to:
Posts (Atom)