Siapa pernah tengok duit macam ni? Ukurannya agak lebar dari yang sekarang, nilainya juga besar berbanding sekarang. $10.00 dulu kalau ke pasar, kira boleh beli ikan 2-3 jenis, sekarang ni boleh juga beli 2-3 jenis ikan, tapi ikan "tak berjenis" lah yang dapat. Ikan yang rupanya dah tak serupa ikan, bengkok sana sini.
Zaman aku guna duit ni, punyalah susah nak dapat duit. Kadar upah kerjapun tak semahal sekarang. Penganggur masih kecil bilangannya sebab masa tu kilang-kilang rancak didirikan dan pengambilan pekerja juga seingat aku agak susah. Kilang bungkus ikanpun nakkan pekerjanya tahu mengira, inikan pulak kilang electronic. Nyatanya masa tu majikan mahu yang berkualiti, bukan macam sekarang ni, pakai tangkap muat, asal ada vietnam dan bangla. Produksi yang menjulang dan akhirnya lambakan product tanpa kualiti. Daya saing sudah tertinggal jauh walaupun memang ada yang masih mengekalkan kualiti.
Aku jadi bingung, kalaulah waktu sekarang ni, ada lambakan duit kertas yang tidak berkualiti atau wang-wang electronic yang tidak bernilai...bagaimana hidup kita agaknya..? Kata orang, wang bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan wang untuk meneruskan hidup. Asal celik mata saja, nilai wang sudah bermula. Secalit ubat gigi dipagi hari, secangkir kopi di meja makan, senaskah surat berita, deruman enjin kenderaan kita kekantor.............semuanya wang!
Adakah ianya akan berakhir? Tidak, lanjutannya selepas kita dimatikan, urusan wang peninggalan akan dipersoalkan juga dari mana datangnya. Selepas itu ada juga wang yang di tinggalkan membina pahala terus-terusan hasil kerja amal anak-anak yang soleh atau kerja mungkar guna wang peninggalan kita, dan sahamnya sampai kepada kita juga.
Boleh fikir ke?
1 comment:
bos.....gambo dasat2 thanks sbb visited my blogspot
Post a Comment