Wednesday, June 4, 2008

Arowana

Lama aku tak menulis, gatal habis jari-jari aku....Arowana atau kelisa, semua orang tahu sejenis ikan hiasan yang agak mahal harganya. Bagi yang mampu milik, berhajat saja terus beli. Ukuran besar atau kecil tidak menjadi soal asalkan ianya ada dalam rumah. Minggu lalu sempat aku meninjau kawasan seorang sahabat dan membawa seorang sahabat lagi yang teringin nak tengok macamana untuk biak ternak ikan-ikan ni, so akupun lapangkan waktu bersamanya.
Ikan-ikan ni ada yang dijual pada usia seawal 2 minggu dan inilah rupanya selepas keluar dari mulut ibu induknya. Harga pada usia macam ni lebih kurang RM580 seekor dari jenis airbag dan RM1800 dari jenis Malaysian Gold. Mahal, tapi laris macam goreng pisang salut tepung rangup!
Ini ulat untuk makanan ikan kelisa yang dah besar-besar. Bila usianya antara 6 bulan ke 2 tahun memang makanpun kuat. Belanja untuk 16 ekor ikan makan selama 2 tahun cecah sekitar RM1500.
Jika kita pandang dari segi perniagaan, ikan jenis ni memang boleh buat duit dalam jangka waktu yang agak tidak membebankan. Ikan boleh dijual pada usia 2~2 1/2 tahun dalam harga RM3.5k~RM4.5k (airbag) mengikut harga semasa. Pembeli memang ada, cuma jumlah ikan agak berkurangan sebab pusat ternak agak kurang juga. Tak ramai yang sanggup jaga biak ikan ini lebih-lebih lagi risikonya tinggi. Sahabat aku ni menempatkan iakn-ikannya dalam rumah~alasannya, mudah monitor dan tak ada orang nak curi...maklumlah ikan mahal ni!
Dalam fiber ni dan sekitar dalam rumah sahabat aku ni kurang lebih nilainya RM700K...perghh!!

No comments:

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H