Wednesday, June 25, 2008

Ubah cara hidup?

Is it necessary to change our life now? One bowl of maggie mee cost me at RM3.50?? Pheww...!!

Conveyor

Morning at 9.45am.

Saturday, June 21, 2008

Super active

Super active girl. No one can stop her now...

Kerbau oh kerbau

Perjuangan untuk meneruskan hidup...
Kepakaran orang kampung...
No comment la Pak Lang ni...

Friday, June 20, 2008

Al fadhil Ust Idris


Diatas permintaan para sahabat, ku abadikan potret ini di dalam halaman blog untuk tatapan umum. Beliau adalah salah seorang yang berjiwa pemimpin serta mempunyai semangat juang yang kental. Kuliahnya hampir setiap hari di serata pelusuk utara. Berasal dari negeri Kelantan, belajar di Pakistan, berkeluarga di Bagan Serai dan sudah boleh menguasai bahasa banjar dengan baik. Ketokohannya membuatkan kami sebagai anak murid berasa bersemangat untuk meneruskan fisabilillah.
Allahuakbar!!

Thursday, June 19, 2008

Escort sport

...aahhh! Nostalgia tahun '79 ~ 80an. Aku pernah guna perkhidmatan Ford Escort macam ni. Penyanyi Hail Amirpun masih simpan sampai sekarang...(mungkin dah tukar engine kut?) CC 1600 cukup power ketika itu dan kebanyakan Europian car yang dijual adalah ber CC sebegitu. Kelebihan escort ni kira boleh "makan" kereta buatan jepun dari segi comfort level, tapi bukan pada consumption sebab enginenya yang kecil + single cam membekalkan petrol melalui weber carb dan aku sendiri menggunakan twin weber DCOE + piper 1/2 racing cam. Pecut memang best, dan lupakanlah kereta-kereta lain hehehe. Cuma malas nak bersemuka dengan Fiat Mirafiori.
Aku jual kereta escort macam ni setelah 2 tahun guna setelah kerap sangat kena tinggal di traffic light dengan Proton Saga Megavalve 1.5...siap pasang aircond lagik?? Khabarnya kereta ni guna downdraft carb?

...dan bermulalah tukar minat pada kereta malaysia sebab springnya panjang dan boleh potong-potong kasi lowered kekekeke....

Sunday, June 15, 2008

Koboi koey teaw Simpang


Semalam, sempat menjamu selera di warung koey teaw. Makanan kegemaran sahabat aku dari Kerteh nun. Yang specialnya, orang yang goreng koey teaw ni akan pakai topi koboi. Apa sebab - wallahua'lam...but I noticed he will taken out the topi koboi after complete his job.

Saturday, June 14, 2008

Wedding photos

Selamat berbahagia...PP
Father of 12. Perghh!!
Selamat berfikir for the next daughter aroh. Take an easy....hehehe. I'm hadache too, thinking about editing and so on...

Friday, June 13, 2008

Satey

Satey, sateh, daging cucuk panggang, daging peram panggang....

Photography (family day)

Janji puas...
Nak dapat angle dan shot yang tepat macam-macam kena buat. Belum kira yang panjat pokok atau yang berada di celah-celah kaki orang ramai hehehe
Yang untungnya awexs yang macam ni, selalu diberi ruang dan peluang di tempat yang selesa. Tumpang lalu...aku tumpang amik gambar je hehehe
Nak pegang kena charge RM5, ambil gambar free, so aku pilih yang free. Kesian brader nih...kesana sini usung menatang ni cari bussiness.

Monday, June 9, 2008

Minyak oh minyak

Ini yang berlaku minggu lepas. Hiruk pikuk, gawat akibat berebut minyak harga lama sebelum jam 12.00malam. Macamlah minyak tu boleh tahan setahun kata seorang sahabat. Akupun turut sama memeriahkan suasana di sini.
Bila minyak naik harga yang bukan-bukan, banyaklah butang-butang merah aliran keluar wang perlu ditekan. Kalau tidak memang "meneneh" kata orang utara. Bukan ada orang boleh tolong kita sekarang ni, melainkan diri sendiri dan doa je mudah-mudahan tangan-tangan yang menekan butang hijau tu tahu macamana rasanya akibat dari kenaikan ini. Tak kurang juga ini merupakan satu bala dari yang maha berkuasa terhadap kita yang alpa dengan suruhan dan tegahan.

Sunday, June 8, 2008

Shot Sabtu




Aku heran...kenapa ada orang sanggup buang anak, tinggal tepi jalan, culik anak orang, buat hamba sahaya moden...sedangkan kita jentikpun sayang!

Thursday, June 5, 2008

Musim aroh

Senja

Ketika azan Maghrib...time macam ni kata orang hantu jembalang banyak keluar hehehehe

Nazifah & Ahmad Azizi wed

Bila shot gambar orang kahwin ni aku teringat lagu ni yang famous sekitar tahun 70an, dinyanyikan oleh Johari Mat Dom...liriknya agak lawak tapi enjoy dengar lagu dia.
"Tengok orang bersanding terjengket-jengket, terjengok-jengok...ala emak kawinkan aku..."

Wednesday, June 4, 2008

Arowana 1

Pemandangan tapak kolam ternak ikan kelisa.

Di sini ikan-ikan kelisa yang usianya 2 tahun keatas akan dilepaskan untuk membiak. Satu kolam cuma ada 16~20 ekor induk untuk pembiakan. Di sini ada lebih kurang 500 kolam ikan ni bagi tujuan komersial. Kami difahamkan, setiap kolam tu sudahpun ada orang yang beli (labur) dan dinamakan pemiliknya. Harga satu kolam sekitar RM60k~RM80k bergantung pada jumlah ikan induk yang ada di dalamnya. Setiap ekor induk kebiasaannya akan menghasilkan 40~60 ekor anak-anak ikan baru.
Simple calculation - 40 ekor anak X RM580= ??? Tepuk dada, tanya kemampuan.
Amacam, ada brani??

Arowana

Lama aku tak menulis, gatal habis jari-jari aku....Arowana atau kelisa, semua orang tahu sejenis ikan hiasan yang agak mahal harganya. Bagi yang mampu milik, berhajat saja terus beli. Ukuran besar atau kecil tidak menjadi soal asalkan ianya ada dalam rumah. Minggu lalu sempat aku meninjau kawasan seorang sahabat dan membawa seorang sahabat lagi yang teringin nak tengok macamana untuk biak ternak ikan-ikan ni, so akupun lapangkan waktu bersamanya.
Ikan-ikan ni ada yang dijual pada usia seawal 2 minggu dan inilah rupanya selepas keluar dari mulut ibu induknya. Harga pada usia macam ni lebih kurang RM580 seekor dari jenis airbag dan RM1800 dari jenis Malaysian Gold. Mahal, tapi laris macam goreng pisang salut tepung rangup!
Ini ulat untuk makanan ikan kelisa yang dah besar-besar. Bila usianya antara 6 bulan ke 2 tahun memang makanpun kuat. Belanja untuk 16 ekor ikan makan selama 2 tahun cecah sekitar RM1500.
Jika kita pandang dari segi perniagaan, ikan jenis ni memang boleh buat duit dalam jangka waktu yang agak tidak membebankan. Ikan boleh dijual pada usia 2~2 1/2 tahun dalam harga RM3.5k~RM4.5k (airbag) mengikut harga semasa. Pembeli memang ada, cuma jumlah ikan agak berkurangan sebab pusat ternak agak kurang juga. Tak ramai yang sanggup jaga biak ikan ini lebih-lebih lagi risikonya tinggi. Sahabat aku ni menempatkan iakn-ikannya dalam rumah~alasannya, mudah monitor dan tak ada orang nak curi...maklumlah ikan mahal ni!
Dalam fiber ni dan sekitar dalam rumah sahabat aku ni kurang lebih nilainya RM700K...perghh!!

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H