Friday, January 29, 2010

Born voyage

Sedar tak sedar dah setahun Khusyairi. Selama setahun tu jugak kami kadang2 terpaksa berjaga malam melayan kerenahnya ketika ibunya tidak ada. Sekarang ni dah pandai pegang seluar nak ikut mana kita nak pergi. Susah jugak, tapi suka jugak bila ada yang nak ikut ni. Tak keseorangan la bila nak berjalan. Cumanya letih sikit la bila dia wat hal bila keletihan.
hmm...yang ni, dah 4 tahun. Dah masuk tadika, dah pandai jugak nak itu ini bila kepekan. Tak di turut kehendak dia, mau dia meragam memberontak ~ tunjuk perasaan!!
Dunia budak2, dunia syurga, dunia tunjuk dapat~tunjuk dapat!!
Dunia kita?? Kena tunjuk dengan budak2, kira terkena la hehehe, tunjuk je..kena lagi hehehe

Friday, January 15, 2010

Geram

Salam all, lama tak update blog sendiri ni sebab sebok baca blog orang lain. Ide tak ada, kepala bengap semacam awal tahun ni. Runsing sebab macam2 perkara yang naik. Darahpun naik sama cepat macam harga gula naik. Tak ada signal langsung dan semalam ada juga dengar2 berita di corong radio sebut harga gula takkan naik sebelum hari perayaan. Maknanya adalah yang berkuasa pasang angan2 nak naikkan harga tu.
Ramai orang marah sebab yang berwajib kata nak mendidik orang serata alam prihal bahaya gula lebih dalam badan and so on. Tapi takkanlah sampai nak menghukum pembayar cukai yang setia macam aku nih..? Yang kaut untung pembekal mata sepet yang simpan stock menimbun. Sekarang ni dah mula heboh2 dalam media beras 15% hancur tak ada dalam pasaran, yang ada cuma beras yang super elok dan mahal dlm pasaran. Sure tak mampu orang miskin macam aku nak melahap nasi dari beras super panjang dan super gemuk nih. Nampak gaya "hint" kenaikan itu sudah ada dan tunggu sajalah kenaikan harga beras yang tidak akan "membebankan" rakyat tu.
Nyatanya kita boleh nilai sendiri, beban atau tidak, senang atau susah?? Kalau diaju soalan ni pada yang kerja kilang dan marhain, mereka akan kata amat payah hidup sekarang ni. Kalau di soal pada yang istirehat di mahogani selepas makan basmati, dia akan jawap "we will look at that problem soonest possible"

Jom pakat fikir.

Monday, December 14, 2009

Musim khitan (khatan)




Kegembiraan bertukar menjadi satu detik yang amat mengerikan bagi seorang kanak2 yang ingin melangkah kealam remaja. Tidak dapat tidak ianya harus ditempuhi dengan debaran di dalam dada. Semestinya di dalam hati ada yang dipersalahkan, ada yang mendambakan janji2 lunak dari seorang bapa bagi memujuk sianak. Ada yang tidak menerima hakikat bahawa ini jalan yang mesti dituju??
Apapun, aku dan mereka2 semua sudahpun merasakannya dan sudah dibuktikan ~ aku juga lelaki seperti mereka walaupun mudim berdepan dengan tendang terajang dari kaki aku hahahaha...
Nostalgia indah yang mengerikan itu takkan berulang.

Adios

Sunday, December 13, 2009

Gambar Kawin


Jangan pelik, ini cara aku ambil gambar. Asal ada peluang yang pelik aku shot je. Ada orang suka dan ada yang tak suka. Aku sukaaaaaaaaa...

Editing juga perlu pada kretiviti. Kalau memang gambar yang cantik tak perlu nak edit byk2, tapi sikit2 tu boleh la untuk mencantikkan lagi gambar..Sama juga, ada orang suka, ada yang orang meluat, tapi aku??? Sukaaaaaaaaaaaa hehehe.
~Log on to http://dzullni.fotopages.com

Sunday, November 22, 2009

Acu





Dah agak lama adik ipar aku ni tak balik kampung. Sekali balik disesahnyalah apa yang ada. Rezeki yang melimpah ruah, kena kongsi jugak dengan orang lain. Aku macam biasa, bila ada subject berkeliaran, maka tanganpun aktif la petik2 shutter camera. Suka sangat la dorang ni bila kena kandid. Sori la, dah mmg stail amik gambar camtu, suka camtu, nak buat camana hehe

Enjoyce

Sunday, October 25, 2009

Sudu


Lebih sudu dari garfu.
Ada cerita pasal ni dalam hidup aku lately, tapi tunggu for the next posting. Harini banyak kerja yang nak kena setel, tersangkut banyak sangat kerja2 harian ni...

Blaja susah


Saja test anak muda bukak starter motor. Terujanya dia pasal nak belajar apa yang susah. Yang senang2 dah malaz, thak thrill langsung. So peluang yang ada kita bagi je pada org muda camni. Belemoih tangan, keringat keluar di dahi...tak kisah! Belajar hidup cara susah lagi susah dari belajar hidup cara senang.

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H