Wednesday, February 17, 2010

Yang menipu dan tertipu.

Aku pulang ke kampung sempena cuti tahun baru cina baru2 ni. Banyak juga surat2 aku yang sampai kekampung, maklumlah...sampai sekarang ni alamat surat menyurat semuanya masih guna alamat rumah asal aku. Malas nak tukar2 yang tentunya bila ditukar akan mendatangkan kesulitan lain pulak. Lagipun posmen kat kampung semua dah sinonim dengan nama aku mungkin sebab surat pos berdaftar tak pernah aku ambil sejak 2-3 tahun ni...faham2 le hehehe...
Dalam membelek-belek surat yang banyak tu terpandanglah satu sampul yang bernama arwah ayah aku dan dalam kepala dah meneka-neka akan isi kandungan dalam sampul tu. Kalau tak pasal promosi jual beli, sure pasal cabutan bertuah kat mana2 kononnya. Bila bukak, aku tak tahan la perut sebab ketawa macam nak putus tali pusat hahahaha. Ada lagi orang kurang cerdik macam ni. Dulu2 aku dah pernah "test" nombor yang di beri, tapi tak lain tak bukan memang diaorang nakkan duit sahaja. Yang lain2 tu semua tak boleh percaya. Lagipun aku bukan kaki nombor 4 digit atau apa2 yang bersangkutan dengan judi. Walau susah atau terhimpit macamana sekalipun kehidupan aku ~ sure aku takkan berjudi.
Banyak contoh kehidupan yang telah di pertontonkan depan mata berjudi itu haram dan menyusahkan tapi heran yang amat2 heran aku...kenapa ramai sangat yang berjudi khususnya judi 4 nombor ekor nih? Di kawasan **tut* dekat kawasan aku, heboh kononnya babi membawa "ong" pada yang menyentuh babi tersebut. Dah berduyun2 jugak orang kesana bagi makan pada babi tu kemudian pakat2 sentuh bulu babi tu konon2nya akan membawa hasil pada pelaku judi ni...hasilnya wallahualam la. Yang pasti babi tu kenyang sebab dapat makan nasi lemak, burger dan sebagainya. Orang yang hantar makanan tu belum tentu makan lagi sebab kepala dah bagi signal kenyang je sebab berangan jadi kaya lepas bagi makan babi hahahaha....
Jangan marah, cerita ni khusus untuk orang yang sasau pasal main judi...perlu diingat, orang yang main judi akan tertolak saksi atas dirinya sebab perlakuan mereka itu adalah perlakuan fasik. Bayangkanlah jika kaki2 judi ni nak nikahkan anak atau di ambil sebagai saksi nikah anak atau saudara mara kita...maka tidak sah nikah disebabkan perlakuan fasiknya.

Fikirkanlah...

Friday, January 29, 2010

Born voyage

Sedar tak sedar dah setahun Khusyairi. Selama setahun tu jugak kami kadang2 terpaksa berjaga malam melayan kerenahnya ketika ibunya tidak ada. Sekarang ni dah pandai pegang seluar nak ikut mana kita nak pergi. Susah jugak, tapi suka jugak bila ada yang nak ikut ni. Tak keseorangan la bila nak berjalan. Cumanya letih sikit la bila dia wat hal bila keletihan.
hmm...yang ni, dah 4 tahun. Dah masuk tadika, dah pandai jugak nak itu ini bila kepekan. Tak di turut kehendak dia, mau dia meragam memberontak ~ tunjuk perasaan!!
Dunia budak2, dunia syurga, dunia tunjuk dapat~tunjuk dapat!!
Dunia kita?? Kena tunjuk dengan budak2, kira terkena la hehehe, tunjuk je..kena lagi hehehe

Friday, January 15, 2010

Geram

Salam all, lama tak update blog sendiri ni sebab sebok baca blog orang lain. Ide tak ada, kepala bengap semacam awal tahun ni. Runsing sebab macam2 perkara yang naik. Darahpun naik sama cepat macam harga gula naik. Tak ada signal langsung dan semalam ada juga dengar2 berita di corong radio sebut harga gula takkan naik sebelum hari perayaan. Maknanya adalah yang berkuasa pasang angan2 nak naikkan harga tu.
Ramai orang marah sebab yang berwajib kata nak mendidik orang serata alam prihal bahaya gula lebih dalam badan and so on. Tapi takkanlah sampai nak menghukum pembayar cukai yang setia macam aku nih..? Yang kaut untung pembekal mata sepet yang simpan stock menimbun. Sekarang ni dah mula heboh2 dalam media beras 15% hancur tak ada dalam pasaran, yang ada cuma beras yang super elok dan mahal dlm pasaran. Sure tak mampu orang miskin macam aku nak melahap nasi dari beras super panjang dan super gemuk nih. Nampak gaya "hint" kenaikan itu sudah ada dan tunggu sajalah kenaikan harga beras yang tidak akan "membebankan" rakyat tu.
Nyatanya kita boleh nilai sendiri, beban atau tidak, senang atau susah?? Kalau diaju soalan ni pada yang kerja kilang dan marhain, mereka akan kata amat payah hidup sekarang ni. Kalau di soal pada yang istirehat di mahogani selepas makan basmati, dia akan jawap "we will look at that problem soonest possible"

Jom pakat fikir.

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H