Friday, January 23, 2009

Art

Xtreme

Long journey

Hard time of 2009. Many of us will be fail during this journey...be patient.

Bokeh

Fauna...

Monday, January 19, 2009

Northern Corolla's owner

Powered by 4 throtles, DOHC 20 Valves 1600cc. ...my second brother and his lovely ride ~ Corolla's owner and enthusiast.

Friday, January 16, 2009

Training

Two days, back into classroom. Two days just yawning and sleepy...Everythings look perfect in the book, but in the real time being ~ "Tonggang langgang"

Daun

Life is just like this...when the time is coming, you're unable to do anythings...even to say "please give me a chance to improve myself in one day". If we know, for sure we are busy to shake hand to everybody and say good bye.
Are we ready for that?

Wednesday, January 14, 2009

Wang

Siapa pernah tengok duit macam ni? Ukurannya agak lebar dari yang sekarang, nilainya juga besar berbanding sekarang. $10.00 dulu kalau ke pasar, kira boleh beli ikan 2-3 jenis, sekarang ni boleh juga beli 2-3 jenis ikan, tapi ikan "tak berjenis" lah yang dapat. Ikan yang rupanya dah tak serupa ikan, bengkok sana sini.
Zaman aku guna duit ni, punyalah susah nak dapat duit. Kadar upah kerjapun tak semahal sekarang. Penganggur masih kecil bilangannya sebab masa tu kilang-kilang rancak didirikan dan pengambilan pekerja juga seingat aku agak susah. Kilang bungkus ikanpun nakkan pekerjanya tahu mengira, inikan pulak kilang electronic. Nyatanya masa tu majikan mahu yang berkualiti, bukan macam sekarang ni, pakai tangkap muat, asal ada vietnam dan bangla. Produksi yang menjulang dan akhirnya lambakan product tanpa kualiti. Daya saing sudah tertinggal jauh walaupun memang ada yang masih mengekalkan kualiti.
Aku jadi bingung, kalaulah waktu sekarang ni, ada lambakan duit kertas yang tidak berkualiti atau wang-wang electronic yang tidak bernilai...bagaimana hidup kita agaknya..? Kata orang, wang bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan wang untuk meneruskan hidup. Asal celik mata saja, nilai wang sudah bermula. Secalit ubat gigi dipagi hari, secangkir kopi di meja makan, senaskah surat berita, deruman enjin kenderaan kita kekantor.............semuanya wang!
Adakah ianya akan berakhir? Tidak, lanjutannya selepas kita dimatikan, urusan wang peninggalan akan dipersoalkan juga dari mana datangnya. Selepas itu ada juga wang yang di tinggalkan membina pahala terus-terusan hasil kerja amal anak-anak yang soleh atau kerja mungkar guna wang peninggalan kita, dan sahamnya sampai kepada kita juga.

Boleh fikir ke?

Tuesday, January 6, 2009

Life calender


Tahun baru 2009 sudahpun bermula seminggu yang lalu. Sedar tak sedar kalender hidup kita sudah bertukar kesatu tahun kehadapan. Semalam sudah menjadi kenangan, harini bakal terlaksana apa yang dilakar rancang semalam, besok lainlah pula tajuknya. Setiap hari ada sejarahnya dan aku tak pernah lupa menghitung hari-hari bertambahnya usia aku.
Kenapa hidup kita memerlukan kalender? Adakah untuk perancangan atau hanya untuk catatan sejarah hidup kita...atau hanya sekadar untuk menghitung hari? Jawapnya ada dalam diri kita. Layakkah kita menulis kebaikan kita?...atau hipokritkah kita bila menulis kebaikan kita di dalam diari hidup kita sedang di kiri dan kanan kita ada yang tidak lupa mencatat?
Aku jadi bingung bila fikir kalender harian aku. Dosa yang banyak, pahala yang kurang atau ianya belum pasti ada atau mungkin sia-sia saja amal perbuatan...

2009, bakal menyaksikan lakaran hidup kita selanjutnya jika umur dipanjangkan oleh yang mencipta.

Wallahu'alam

Sunday, January 4, 2009

Jalan Pondok Tanjong~Selama

Khamis tadi sempena cuti tahun baru, aku ambil peluang pulang ke kampung aku di Selama Perak. Kali ini aku ambil jalan Taiping ~ Selama tidak seperti biasa Bagan Serai ~ Selama. Jaraknya 50km dari Kemunting melalui jalan baru yang dibina 2 tahun lepas menggantikan jalan lama yang terkenal dengan bengkang bengkok. Hasilnya sesiapa yang tak pernah melalui jalan hutan simpan kekal ini akan mengalami trauma selepas muntah-muntah dek liku jalan yang agak kronik. Bagi yang suka layan selekoh, di sinilah cabarannya, jalan "tarmac rally".

Ketika melalui jalan baru ini aku mengimbau semula 2 tahun lalu ketika aku berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Bangun seawal 5.30pg, sarapan, mandi, pakai uniform kerja, solat subuh, bergegaslah aku keluar rumah, kurang lebih 45minit dalam pemanduan yang cukup mencabar, bukan pasal liku-liku jalan, tapi pasal mata yang mengantuk. Pernah juga aku terlena di tepi jalan, dalam dingin pagi sebab dah memang tak boleh memandu lagi ketika itu. Jalan paling baik, berhenti tepi jalan dan tidur hehehe. Itulah asam garam hidup aku selama 5 tahun.

Inilah saki baki jalan lama dulu. Penuh nostalgia, 6km yang begitu mencabar bagi yang suka layan. Aku salah seorang yang hari-hari jarang amat tekan brake di selekoh...hasilnya setiap 6 bulan aku terpaksa tukar kasut singa aku yang "botak licing" (slang Bt Kurau), jika tidak ~ memang ke hutan simpanlah singa aku lari hahahaha.
Macam-macam cerita yang aku dengar dari orang yang berulang alik di jalan hutan simpan kekal Pondok Tanjung ni. Dari cerita hantu sampailah kecerita langgar itu ini yang melintas. Aku tak pernah jumpa hantu atau jembalang sepanjang jalan ini, tapi setiap kali melalui jalan ini aku teringat cerita-cerita sensasi omongan orang lain yang begitu begini. Meremang jugak bulu tengkok aku, tapi aku ingat pesan kawan aku - "jangan pandang cermin tengok belakang" kaskaskas.
Pun begitu, aku pernah di langgar "sang sondol" berdepan. Remuk singa aku, berkerutlah jugak muka aku kena keluar duit repair keter. Sang sondol dapat sakit sebab langgar singa, aku gembira dapat bantu kawan aku yang repair keter, mekanik aku senyum sebab dia dapat business haritu. Kitaran ekonomipun berjalan.

Di selekoh akhir ini, aku pernah terbabas ke sebelah kanan jalan. Mujurlah ketika itu tidak ada kenderaan lain dari arah bertentangan. Nyawa aku masih panjang...syukur!

Dalam menyusuri jalan Taiping ~ Selama ini, mesti aku terpandang batu tanda km10 ini. Arwah ayah aku xcdent di sini dan terus dia dinaikkan keatas berjumpa tuhan pencipta agung. Tarikh yang tak pernah luput dalam ingatan aku 13/07/1998, tarikh tragis dan aku menangis ketika mengucup dahi arwah ayah. Kesal, trauma, dan seribu satu macam persoalan yang sukar nak dijawap ketika itu. Paling aku kesal ketika mana aku kucup dahi arwah ayah, timbul soalan dalam benak aku ~ kenapa aku tak pernah cium ayah sewaktu dia masih hidup?? Sedang waktu dia bergelar mayyit baru aku kucup dia...?

Aku masih punya mak...setiap hujung minggu teringat nak balik ziarah dia, cium tangan dia, kucup pipi dia...tapi tuntutan kerja membuatkan ianya terbatas....Aku takut aku tak sempat lagi kucup ibu.
Ya Allah, panjangkanlah umur ibuku, sihatkanlah tubuhnya, lapangkanlah dadanya, tenangkanlah fikirannya....


..Al fatihah untuk arwah ayahku, sejahtera untuk ibuku....Amin.

Friday, January 2, 2009

Makan lagi

Mee udang Salleh, Kuala Sepetang last week. Good taste, as usual...whenever someone visit me, this is the first place that I choose...According to my friend, "wah...! selak udang nampak mee", or "this is not mee udang, but udang mee" hahaha.
Another place that I think okey, but quite expensive for me. Teh tarik + hot nescafe cost me RM9.00. Better kedai mamak Bismillah Taiping yang lagi murah...

...but kedai mamak takderlah macam ni...syahdu siot mata tengok sudu dengan garpu. Belum makan dah rasa sedap. Sudah makan dahi keluar renek2 peluh nak bayar hehehe
Adios


Elixir

Still fresh in my memory, one of the hot fussion jazz album from Lee Ritnour in early '90s. I lost the cd's but still remember the tittle "Elixir", full with Brazillian music. This picture was captured in our meeting room at the early morning, the moment that bring me back to the missing cd's...

Aroh kulaan

Minggu lalu memang waktu yang agak sebok dengan kenduri. Aku memang menerima banyak undangan untuk hadir majlis walimah. Sure dimajlis kenduri kulaan seperti ini jumpa taulan atau sedara mara jauh yang jarang jumpa. Beribu cerita keluar antara kami. Macam biasa, kawan aku yang hadir sebagai photographer sebut dia cuma dengar bunyi "prot-pret-prot-pret" tak faham bahasa orang sini (Bagan Serai) yang majoritinya orang melayu banjar. Nasib hang la jiz hahahaha.Kak Mardawiyah, sepupu sepapat aku. Sempat perli aku yang dah lama tak ziarah dia huuu ...bz la kak!
My little lover Aina, sempat lagi ajak posing.

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H