Friday, February 27, 2009

Tribulasi Dunia

Ribuan buku begini, bukan untuk dibaca, tapi untuk sumber rujukan. Dalam ribuan buku2 ilmiah begini, aku tidak terjumpa walau senaskah warisan peninggalan nabi Muhammad s.a.w. Mungkinkah warisan peninggalan itu dilupakan terus atau bagaimana? Ada yang menjadikannya untuk berbohong sedang dihadapannya senaskah Al Quran kononnya bersaksi benar...beraninya mereka...!
...samalah deretan fail2 ini. Ada yang berbohong untuk menyakinkan orang. Ada yang dibohongi untuk kesejahteraan hati yang dibohong. Manusia, sifatnya begitu. Yang kurang cerdik jadi makanan sipintar. Berputar matanya bila pemikirannya dibelit sang ular sawa moden yang kononnya pengamal undang2. Lumrah memberi dan menerima, memerlukan antara satu sama lain. Yang memberi tidak semestinya ikhlas, yang menerima tidak seharusnya merasa puas dan syukur. Yang membelit tidak semestinya merasa bangga kerana yang terbelit akan berdoa selagi mampu untuk melepaskan diri menghela nafas meminta nyawa. Ingat...hijab doa dibuka seluas-luasnya pada yang terbelit. Itulah saki baki usaha yang ada...kerana sifat manusia memang begitu. Doa hanya dihujung usaha, doa hanyalah permintaan yang akhir pada yang SATU...kerana manusia percaya pada kudratnya sahaja, kerana manusia malu untuk meminta-minta dari yang maha kaya, sedangkan Allah menanti permintaan setiap makhluknya yang bergelar manusia diakhir salam setiap solat.

Wallahua'lam

Saja~saja

Dhob~biawak pasir yang boleh dimakan untuk kesihatan. Kena sembelih dulu macam sembelih ayam. Dagingnya dibuat sup atau dikeringkan supaya tahan lebih lama. Ada juga yang dijadikan minyak urut yang boleh disapu dibahagian2 tertentu pada badan dan hmm...khabarnya cukup bagus dan menyihatkan sang raja urat.
Dalam ceramah MB di Bg Serai rabu tadi, ramai peniaga dari luar. Majoritinya dari Kedah, bihun sup nipun dari Kedah. Aku sempat menjamu selera yang tak menyelerakan aku tapi haganya alhamdulillah...cepat kaya tuan punya periuk besar! Kadang2 aku terfikir sendiri, kenapa orang boleh berniaga begini, soal sedap dan puashati pelanggan tidak langsung diambil endah oleh orang yang empunya periuk besar begini. Yang penting pulangan yang besar selepas berniaga. Tahukah mereka kepuasan hati pelanggan itu merangsang imbuhan yang lebih besar dimasa akan datang dan setiap kali perkataan syukur dilafazkan pelanggan itu akan membuahkan nikmat rezeki, juga baraqah yang tidak ternilai dengan wang? Mungkin tidak ada yang mengingatkan, atau mungkin lupa barangkali...
...punca rezeki~Setiap kali ada ceramah beliau, ribuan yang hadir, ribuan derma dihulurkan khusus untuk perjuangan yang perlukan istiqamah. Tanpa istiqamah, tidak akan kemana perjuangan. Silap2 perjuangan itu hanyalah untuk rezeki perut dan bawah perut sahaja. Lain2 sapu dan tolak bawah permaidani sedang kita senang melayani halwa telinga di kerusi mewah mahogani. Siapa yang akan bertanya dipenghujung nyawa dan diawal perjalanan barzakh tidak diambil kira. Janji bontotku tetap merasai nikmat kerusi mahoganiku dan alunan muzik santapan jiwa nyanyian sang pengadu domba dan pengampu.

Adios, sekadar untuk berfikir sejenak.

Friday, February 20, 2009

Maghrib

Satu maghrib dalam perjalanan antara Kulim dan Pulau Pinang...

Wednesday, February 18, 2009

Peminat?

??? Ada jugak ker?

Volvo 122

Suatu ketika aku cuba berjinak-jinak dan cuba memilikinya...tapi steering wheel besar macam lori mercedes punya hekhekhek...Lebih baik batalkan saja niat!

Redline


Code name ~ Redline.

Monday, February 16, 2009

Ibu


Ahad tadi, melayani ibu yang kepingin menikmati roti canai. Tampak sudah tidak begitu bermaya untuk berjalan kesana kemari, tapi atas kehendaknya diturutkan juga hajatnya. Sudah menjadi kewajipan anak-anak untuk melayani ibu, tapi layanan sebegini tidak mungkin dapat menyamai khidmat ibu membesarkan aku...
Sayang ibu sepanjang usia.

Sayang

Yang ditinggalkan...

Wednesday, February 11, 2009

Stim

Antara yang sempat aku rakamkan. It's not easy to wait for the golden momment...just a few minutes and this scenary will be gone.

Tinjau Penang 2


Di Pulau Pinang, ketika melalui jalan Padang Kota, bila aku terpandang dua objek ni aku teringat sewaktu pertama kali aku melihatnya. Masih segar dalam ingatan aku ketika mana arwah ayah aku menunaikan janjinya pada aku untuk ke Padang Kota dengan aku kalau aku dapat nombor satu dalam peperiksaan penggal. Ketika itu aku baru darjah dua, maka aku dengan arwah ayah aku bermotosikal kesana. Motor kapcai Honda 65, belum diwajibkan pakai helmet ketika tu. Paling tragis kapcai ayah buat hal tersengguk-sengguk semput dan kadangkala enjinnya mati terus. Di hadapan Diamond Jubilee tower ni tempat ayah aku tukar palam untuk meneruskan perjalanan dan mati semula bila nak masuk feri hehehe.
Kini, anaknya tidak bermotosikal kesana, tapi berkereta dan insyaallah enjinnya tak akan padam sewaktu keliling Padang Kota.

Tuesday, February 10, 2009

Tinjau Penang

Salah satu tempat paling aku suka kunjung ialah bazar ni. Terletak betul2 di hadapan pasaraya mydin. Macam2 ada jual kat sini, termasuklah toko ubat indon dan cina. Kalau nak beli pakaian murah2pun kat sini jugak.
Syarat wajib aku kalau ke Penang...hehehe, apa lagi~nasi kandar laa. Restoran ni siang malam ada pelanggan berbaris kat luar. Apa yang sedap, aku sendiripun tak tau...tapi sekali pekena kat sini, sampai bila2pun terkenang-kenang la kari kambing dia. Majoriti aku nampak kat sini orang melayu dan cina yang suka sangat menjamah selera. Mungkin selera merekapun sama macam aku.
Berbaris panjang bila dah dekat tengahari.

Kaya tokey mamak ni...
Nasi + sotong + sayur bendi + sure kari kambing! Kata orang makan daging kambing ada bau dan badan jadi panas. Aku tak rasa macam tu, atau mungkin mamak ni masak daging kambing bow yang siap dalam kotak je, bukan fresh punya. Makan banyak manapun okey je..cuma hati2 jugak, sebab darah sudah naik tinggi rpm hehehehe.

Adios, tepuk dada tanya selera. Makan selagi boleh makan hehehe

Penang 1

Bangunan lama yang diindahkan. Dulu nampak kusam dan buruk dan penuh nostalgia bangunan ni. Aku pernah lepak2 kat sini dulu jumpa kawan2 yang sealiran dengan aku...
Yang nipun sama jugak. Dah lama aku tak menjengah kawasan ni. Dah ada perubahan yang banyak.
Menara ni tetap macam dulu, cuma catnya mungkin saban tahun di tukar. Tak silap aku dulu berwarna kuning, sekarang dah jadi putih.
Yang ni dulu2 tak ada. Untuk apa kegunaan diletakkan di situ entahlah. Mungkin untuk mengindahkan lagi kut?

Monday, February 9, 2009

Perak negeriku

Ustaz Nor Azli Musa sedang memberi penerangan. Beliau cukup di kenali sebagai Ustaz Taliban, bukan ganaz tapi sebab janggutnya yang panjang menyebab dia di gelar begitu.
Hadirin yang hadir ke rumah MB tempohari. Kecoh, gawat, hasil usaha tangan-tangan mungkar yang merosakkan dan terus merobek suasana aman dan tenteram negeriku....
Yang berbahagia Ustaz Ahmad Awang membaca doa dan kami mengaminkannya. Mudah2an selamat semuanya.
Dato' Seri Ir Hj Muhammad Nizar menyampaikan ucapannya. Seorang MB yang menyampaikan kuliah subuh di serata pelusuk Perak mengikut giliran, seorang yang begitu senang didekati semua kaum, seorang yang sedang merencana perubahan dalam negeri, murah sangatkah beliau dimata politikus yang menikus bila diajak beradu undi?
Sesungguhnya, perjuangan ini terlalu mahal dan istiqamah amat perlu. Bak kata seorang sahabat pada aku tempohari ~ "Sedangkan nabi diancam bunuh oleh kaumnya", sejuk hati menerima kata2 ini lalu kita perlu kembali kepada apa yang telah di rencana Allah. Kita merencana dan Allah juga merencana, dan rencana Allah itu terlebih baik dari perencanaan kita...manusia yang terlalu lemah.
Pada sahabatku pejuang2, sabar dan istiqamah dalam perjuangan. Rasulullah apabila di tanya para sahabat "siapakah orang2 yang kuat di uji?" Maka jawap rasul s.a.w "Aku, sahabat2 di sekelilingku dan orang2 solleh".
Tanyalah diri kita, adakah kita sedang di uji ataupun tidak....

Waila-liqo

Aku

Long times ago...tuan punya diri sedang mengawal diri dan suasana hehehe
Hmm...sudah jadi anak remaja. Perlu di bentuk pemikiran mereka agar tidak terlalu menjurus kepada apa yang berlaku pada jenerasi X.
....syttt!

After subuh pictures

Taiping Lake Garden, early morning after enjoy the roti canai and susu lembu somewhere arround.
...Penang island after solat subuh. I want to stay here but not now.

Sama?

Sama ke?
..yang nie? Anak dengan abah...Adik aku dengan anak bongsunya..
Hmm, tak sama langsung. Adik aku yang dah kembang hehehehe...Satu perkara yang menyeronokkan bila ambil gambar adik2 dan anak saudara. Se-paten kata orang....!

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H