Thursday, November 27, 2008

Malam Jumaat

Semalam, hari Khamis, hari ini Jumaat, penghulu segala hari. Malam tadi malam Jumaat, apa yang istimewa sangat malam Jumaat ni? Kalau otak ‘bias’ dia ingat benda lain, bagi orang yang dah beristeri atau bersuami memang tersenyum-senyumlah, kununnya malam sunat..! Apa yang sunat, sendiri fikirlah beb!

Semasa aku masih dizaman kanak-kanak dulu, tok guru mengaji Quran cuti. Alasannya takut tok guru pendek umur. Wallahu’alam, sampai sekarang aku tak boleh jawab betul atau tidak statement tu, atau ianya mungkin muslihat yang dikatakan sunat. Tapi yang pasti, di surau-surau dan mesjid ramailah berkumpul dalam bulatan, pakat-pakat baca Yaasin berkhalifah, baca ikut tartil dan di tengah bulatan selalunya diletakkan 2-3 jar air. Untuk apa?? Wallahua’lam jugak....! Ceteknya ilmu aku. Aku cuba bertanya, wajib ke sunat ~ jawapnya sama macam aku...wallahua'lam hehehe.

Malam Jumaat macam semalam, kenapa tidak kita ambil peluang muhasabah diri. Sepanjang minggu, sepanjang tahun, apa yang sudah kita buat, apa yang tertangguh dan perancangan untuk besok? Dah hitung ke umur kita berapa sekarang? Hari tua kita yang mungkin ada - mungkin tak ada, atau mungkin sekejap lagi kita berhijrah....Kalau berhijrah kealam lagi satu, macamana?? Bekalan cukup ke?? Anak isteri macamana?? Harta-harta kita??Aduh!! Semua kita tak tahu apa nak jadi, nak meneka tidak boleh walau seminit kehadapan, jawapan tidak ada ...ramalan ada, tapi kita malas nak ambil pusing, malas nak selak helaian kitab.

Oleh itu sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama tidak mengabaikan Al Quran. Sehari, semuka pun jadilah. Nanti Quran tu dakwa kita pulak sebab abaikan dia. Seronok- seronok juga, yang ni jangan dilupa. Tak boleh laju, pelahan-lahan baca. Akupun macam tu jugak...tapi cuba jugak baca ditemani bebayang kedai kopi, starbuck, old town, kopitiam dan suasana riuh peniaga pasar malam yang melambai dan cukup menggoda. Ditambah lagi dengan sms yang bertali arus dengan ayat-ayat cinta..."jom minum yeop!!" hmmm.

Sebaik-baik insan, adalah insan yang meluangkan sekelumit waktunya bersama keluarga, sahabatnyanya mengingati Allah dan Rasul, janji baiknya serta janji kemurkaannya. Aku takut - aku tak sempat nak buat macam tu pada orang~orang yang disayangi dan sahabat-sahabat sekeliling aku.

Hari ini hari Jumaat, insyaAllah kita ke mesjid menunaikan solat fardhu Jumaat. InsyaAllah, aku takkan terlelap dari awal hingga akhir khutbah, kalau terlelap juga, nampak gayanya, aku memang ada ‘penyakit’.
Saja memperingatkan diri aku dan teman-teman yang mungkin terlupa...bahawa kita memang ada penyakit.


Adios

Tuesday, November 25, 2008

Ulat "danung"

Semalam, yang basah….semua basah termasuklah keter singa buruk aku. Taiping ni memang terkenal dengan jolokan "the rain town" kat Malaysia. Negeri lain atau pekan lain tandus, di sini hujan jugak. Sebelum ni sekira-kira sudah 2 minggu kering kontang, setitis hujanpun tak turun. So semalam juga aku pergi car wash, cuci keter aku yang berdebu tu. Memang pantang agaknya bila setiap kali aku basuh keter, esoknya hujan mesti turun, atau mungkin kebetulan hujan nak turun, no komen…hehehe, tapi yang pasti keter aku berkilat-kilat semula bukan sebab cat baru, tapi ada coating dengan air, bila malam nampak berkilat.



Kemunting berwajah baru, sana sini sudah bertukar dari semak samun ke deretan rumah kedai. Apa yang tak ada? Semuanya tumbuh macam cendawan lepas hujan. Siap dengan segala macam tempat hiburan, dari snooker, cyber sport, jamming studio, bowling dan paling banyak karaoke bawah pokok manggis. Di sini memang terkenal dengan karaoke pokok manggis ni, kerana yang menjadi pelanggan tetapnya adalah golonga 50an keatas. Nampak dah terhinggut-hinggut jalanpun, karaoke lagi bawah pokok tu. Apa nak buat, itulah peredaran zaman dan tempias
keberengsekan budaya itu mungkin terkena pada kita atau suku sakat kita nanti kalau tidak ada suatu benteng.
Mesjid kemunting, antara mesjid tertua daerah Taiping. Sudah di ubah suai dengan bantuan penuh kerajaan, tetapi wang simpanan lesap di bawa arus politik dalam mesjid. Dulunya mesjid ini mempunyai 1500 batang tiang-tiang yang menyokong bangunan lama ni, sekarang tiang kayu sudah di ganti dengan konkrit, dan kubahnya juga di tukar dengan yang baru. Kosnya?? Menimbulkan tandatanya…Ada sesuatu yang pelik, tentang mesjid ni, dulu semasa tiangnya banyak, kuliahnya hampir setiap hari dan pengejar ilmu mengerumuni setiap malam. Sekarang tiangnya sudah berkurang, kuliahnya 30 kali sebulan, penuntutnya tidak seramai mana. Mungkin sebab tiangnya sudah berkurang dan pengunjungnya sudah tidak boleh menyandarkan badan-badan mereka masa mengaji…mungkin!

Papan tanda ni dalam kawasan mesjid, setiap 1 tahun sekali company kena bayar pada mesjid, juga tayar ehsan untuk Kereta jenazah.
Lepas hujan selalu nampak pelangi, tapi di kemunting ni asal lepas hujan jer nampaklah pelangi tu, senang sungguh nampak di kaki Bukit Larut. Metos dulu-dulu pelangi tak boleh di tunjuk dengan jari telunjuk, nanti kudung jari tu. Orang tua-tua tempat aku sebut yang ni "ulat danun" atau kalau pekat petaninya di sebut "ulat danung".
Aku saja-saja tanya kawan aku yang selalu keluar tabligh, percaya ke benda-benda macam tu? Dia jawap mengarut!! Spontan aku suruh dia tunjuk dengan jari, dia tak nak…..hehehehe!!!


Adios

Monday, November 24, 2008

Sporting bride





Sabtu, tanggal 22/11/2008, berakhirlah sudah debaran seorang gadis dan teruna. Hidup baru bermula....Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga keakhir hayat. Antara yang sempat dirakam dengan kamera pekak aku di dalam suasana kecoh dan riuh rendah tetamu yang hadir. Aku tak ingat, aku lupa, aku tak peduli orang ~ jangan peduli orang bila camera di tangan!! Click! Click! Click! Hasilnyapun, jangan peduli apa orang nak kata hahahaha! Hodoh ke, cantik ke, hancuss ke, jangan kira...! Janji gambar ~ sudahlah?!
Betul ke aku tulis ni??

Friday, November 21, 2008

Engine temperature


Last year event...37 participants turn up for Penang Island Tour. Gempaq with "gringing" sound of 405, 406 and 306 pugs engine. Still fresh in my memory how's my engine temperature only touched to 80°c but the others complaining their engine temperature is quite high 95°~100°C whenever climbing Balik Pulau hill. Learn from me how to solve it dude!
Maybe a bottle of ENO can be cold down it....hahahaha
Adios

Thursday, November 20, 2008

Mesjid

Mesjid bukan asing bagi kita yang bersyahadah. Cuma kadang-kadang kita dibelenggu oleh pemikiran negative terhadap institusi ini hasil tohmahan orang-orang yang mengaku Islam tapi benci dan tidak mengikutinya. Saban hari dan waktu berkumandang seruan mua'zin tapi berapa ramai yang bergegas untuk melaksanakan tugas sebagai makmum di belakang imam? Jika dibuat perbandingan golongan pecinta kedai kopi atau yang berpeleser di sekitar pasar-pasar malam, jauh ketinggalan jumlah kehadiran di mesjid. Kenapa jadi begitu masing-masing ada jawapan bernas masing-masing mengikut hukum akal semata. Ada yang sanggup menggunakan hujah-hujah dangkal yang semakin dibiarkan semakin menampakkan ceteknya ilmu didada-dada mereka.
Besarnya majlis ilmu sehinggakan orang yang terlewat hadir tidak dianjurkan memberi salam kepada hadirin yang ada, besarnya majlis ilmu sehinggakan kita tidak payah solat sunat ketika majlis berjalan, hebatnya majlis ilmu sehingga diberitakan oleh nabi s.a.w bahawa ianya adalah salah satu dari taman-taman syurga. Rahmatnya majlis ilmu sehinggakan para malaikat memohon keampunan dari Allah terhadap pecinta majlis-majlis ini selama mana mereka berada di dalam majlis itu. Tidak cukup dengan itu, pergi dan pulang mereka dari majlis ilmu ini dijanjikan syahid oleh Allah sekiranya mereka mati dalam perjalanan menuntut ilmu.
Hebatnya majlis ilmu, sehingga menghantui golongan munafik yang takut ayat-ayat Allah dibacakan. Pada mereka, ayat-ayat Allah itu umpama petir sabung menyabung dan mereka takut akan bunyi petir itu....
Fikir.....

Wednesday, November 19, 2008

Red Sunday

Last Sunday xtvt...
NIKE ~ Just DONT Do it!
The day that I'm feeling something "spin n twist" in my head. Duno what to say, but 11.45am aku dah di rumah lay down infront of bilik kecik.

Tuesday, November 11, 2008

Apam

Makan???

Syuhada'?




Berita kematian mereka bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah seantero dunia menyaksikan tubuh mereka diusung ke tempat persemadian. Itulah yang dinantikan puak kafir yang mengklasifikasikan mereka sebagai "pengganas".
Mudah-mudahan mereka dikurniakan syahid dunia dan akhirat. Wallahua'lam...


Sunday, November 9, 2008

Vivid

This picture was taken a few months ago somewhere in Penang island. Nothing special, but I'm trying to play a vivid colour,crop, and make it "syahdu". Here it is...but it more yellowish spot.

Friday, November 7, 2008

Matan d tedai bah..?

Dunia kanak-kanak, seronok , suka, duka bila kehendaknya tidak dipenuhi. Apa yang seronok sangat bila makan di kedai nih? ...ntah, mungkin boleh tunjuk~tunjuk apa yang dia mau dan disediakan...
...atau mungkin "menurun" seseorang yang suka berkelakuan macam tu gamaknya..

My cartoon


Nobody know, this is my hobby before. Sketching everywhere, asalkan ada pen dan kertas kira jadik...and this cartoon was my previous "ilham" whenever life start bored due to not even single cent in my pocket. I forgot this cartoon sketch but last week somebody show me and asked ~ "abang ni dulu lukis kartun ker?". Hehehe, "dulu ye, sekarang dah tak lagi, hatta caligraphy pen pun dah simpan dalam almari dah..."
I still remember, my life partner always scold me whenever I'm drawing something on the paper and she dont like it becoz she felt lonely when my eyes and my mind just focus on what I'm doing on the paper, not her...heehehe
So, I stop the activity till today.
Adios

Tuesday, November 4, 2008

Kesiannya Farhan

Senyum kelat seorang ibu....sabarlah
..kesayangan nenek
Sakitnya tidak mengizinkan dia bergerak aktif seperti sebelumya.
Farhan, baru keluar ICU, di tempatkan di wad C3 Hospital Besar Pulau Pinang.

Dua minggu yang lepas, bergegas aku ke Pulau Pinang setelah mendapat berita anak saudara aku yang dimasukkan ke wad ICU. Sebabnya belum pasti tapi dari telahan awal doktor yang merawatnya, paru-parunya sudah 75% di liputi air. Pembedahan terpaksa dilakukan cepat untuk keluarkan air dari paru-parunya. Nafasnya tidak teratur dan sesak. Ketika aku melawatnya dulu, aku tak sanggup nak berdepan dengan budak-budak yang sakit macam ni....kesian! Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang sebak.
Isnin tadi, ke Penang lagi aku, tapi kira bolehlah aku usap kepalanya, cakap dan sebagainya. Kini sakitnya sudah diketahui~virus kanser paru-paru sudah ada, sudah tahap 3 dari 4 yg serious. Pembedahan membuang ketumbuhan perlu dilakukan cepat, tapi menurut doktor keadaan nadi nafasnya tidak menentu (93~95% saja) menyebabkan operasi terpaksa di tangguhkan dulu.
Wallahua'lam, kena sabar dan berdoa sajalah yang mampu. Ketika sakit sebegini, wang ringgit bukan nilaian untuk bugarkan tubuh seseorang. Semangat yang kuat perlu untuk kedua ibubapa...
Adios

a k u W A R I S A Y A H

a k u W A R I S A Y A H